Ini sebuah kisah benar pasal kisah paranormal yang aku pernah alami sejak 3 tahun aku belajar dekat Mantin, Negeri Sembilan since 2010.
Engkorang pernah dengar nama kampus Legenda tak? LEGENDA okay, bukan Lagenda. Memang tipulah siapa yang tak pernah dengar nama kampus tu, sekarang dah tukar ke Kolej Linton. Kalau tak tahu kampus tu dekat mana, haa. Cuba engkorang lalu dekat highway LEKAS. Kalau engkorang jumpa apartmen-apartmen lima tingkat sebelah menara tangki air tu, itulah hostel kitorang tapi untuk foreigner saja, lokal dekat bahagian dalam. Melainkan hostel ada juga student dengan lecturer yang sewa dekat kondo Sri Palma. Memang dekat dengan kampus, jalan kaki ke kelas tak sampai sepuluh dua puluh minit gitu.
Ok. Speaking of hostels and condos,
Let's talk about hostel. Pada mula aku masuk, aku agak skeptik dengan benda paranormal ni sampai setahun setengah depan aku alami sesuatu yang mengejutkan. Petang tu, kelas habis pukul 4 petang, balik tu aku masuk bilik baring kejap atas karpet dalam sepuluh minit gitu sebab letih. Sekali aku bangun, ada entiti hitam setinggi pintu bilik berdiri dekat hujung kaki aku. Memang terperanjat akulah masa tu tapi nasib baik aku tak menjerit, aku terus berucap. Aku buka semula mata, benda tu dah tak ada dekat situ.
Tapi bukan setakat entiti saja, during my final year, malam tu dalam pukul 3.30 pagi, aku tengah isomnia jadi aku baring atas katil berangan sepanjang malam tiba-tiba muncul satu cahaya dekat langsir bilik aku. Pada mula tu aku fikirkan lampu kereta, bila aku fikir balik, takkanlah lampu kereta seterang tu kot, mungkin kilat. Bila fikir balik pasal kilat, it is too freaking small to be a lightning. Aku cuba recall, cahaya apa yang terbang laju dekat langsir, rupanya cahaya anomaly terbang menuju ke besi katil aku. Tapi aku buat tak peduli, anomaly je pun. Bukan entiti.
Some of my seniors and juniors pernah alami benda yang sama macam aku dekat situ. Mostly the girls. Biasa la kan. Housemate aku Miza ada cerita dekat kitorang masa roommate dia nak pergi rumah member dia just a few blocks away, dia ada nampak ada benda jenguk dia dari tingkap dekat tingkat satu blok SC06 sedangkan rumah tu ada student duduk situ masa tu waktu sianglah dia nampak. Malam tu nak pergi kedai beli makanan ringan dengan housemate aku lepas, kitorang nampak diorang ada buat majlis surah Yassin dekat rumah tu untuk halau benda tu supaya tak kacau budak-budak tu.
Another thing dekat kondo Sri Palma. Paling menakutkan bila kondo tu berada betul-betul sebelah tanah perkuburan islam kecil depan simpang tiga traffic light nak hala ke Semenyih dengan Nilai. Kebanyakan student foreigner dengan lecturer tinggal dekat kondo suka hadap kolam renang. Cuma aku asyik terfikir pasal satu blok kondo yang kosong hadap jalan tu. Ada yang kata blok tu puaka. Sebab apa, aku pun tak tahu la tapi ada student yang sanggup sewa kondo kat blok tu.
********
Member aku yang satu course dengan aku malam tu ada mesej dalam pukul 2 pagi
"Min. Ko dah tido ke?" itu yang dia mesej.
Aku nak balas tapi mata aku tak mampu nak buka luas, jadi esok malam tu aku tanya dia
"Lia. Awat mesej aku time aku tengah buat taik mata?"
"Aku mesej ko sebab aku ingat nak tumpang tidur kat rumah ko. Tak tahu pulak yang ko dah tidur."
"Eh nak tumpang pasal apa?"
"Aku tak berani tidur sorang-sorang. Malam-malam aku asyik kena kacau je."
Rupanya dia pun kena kacau. Kata si dia, seluruh muka dia seolah-olah kena cucuk dengan jarum, lepas tu pintu bilik dia kena ketuk bila tanya housemate, bukan diorang yang ketuk. Lagi satu dia pun ada juga kena kes yang sama dengan aku, entiti hitam berdiri depan dia. Patutlah dia nak tumpang.
Lagi sorang member aku juga satu course dengan aku, budak india, dia cerita pasal awek dia, katanya awek dia jumpa cahaya anomaly depan pintu rumah dia masa nak keluar.
********
Lagi satu cerita menarik pasal dua bangunan terbiar dekat kawasan Legenda ni. Satu, hostel yang dah berkurun terbiar tak siap terletak dekat belakang blok hostel perempuan SC08, SC09 dan SC10. Satu lagi bangunan kecil yang sekarang dah jadi kawasan semak terletak dekat belakang medan selera.
Masa kitorang ada kelas fotografi masa aku sem pertama kitorang buat shooting secara bebas jadi aku dengan member aku si Oja shoot dekat hostel saja la, yang lain... Entah ler. Niat aku nak cuba snap bangunan kosong tu sebab bangunan tu seolah-olah menarik perhatian aku, macam seram pun ada la juga. Baru nak tekan punat kamera terus muncul benda putih macam mist jalan dekat tingkap dekat arah kiri aku tingkat lima, tak sempat aku nak tangkap sebab benda tu gerak laju. Aku cuak takut mist tu pandang aku jadi aku decide untuk jauhkan diri dari bangunan tu.
The next month, aku cuba explore bangunan di sebalik semak tu dengan member-member aku mungkin tempat tu boleh guna untuk buat modelling, bangunan tu macam dewan kecil, tengok ada kolam dah dipenuhi air loji, tak boleh tengok lebih dekat sebab gross. Bluekk.
Lagi menarik bila bangunan tu jadikan tempat photoshoot kitorang secara suka-suka sebab interior yang menarik walaupun dah berumput dan berbunga tambah lagi berlecak. Nak lagi menarik pergi dekat dewan. Situ dah jadi padang bunga. Bagi aku, aku gelar tempat tu sebagai A Hellish Garden sebab ada longgokan tulang-tulang anjing. Nak modelling dengan tengkorak anjing pun boleh. Haha. Nak lepak buat shooting situ tak ada masalah cuma by senja dah keluar dari situ.
Orait mate. Setakat ni saja aku mampu untuk cerita, aku tak nak cerita lebih-lebih pasal benda aneh dekat kampus kesayangan aku takut aku yang kena nightmare.
YOU ARE READING
cerpen rabak
Historia Cortasebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016