Mute

1.4K 44 2
                                    

Nota-nota musik bersepah atas karpet biliknya. Ivan telah meluangkan masa satu malam menulis nota lirik lagu yang sudah dimainkan untuk dijadikan sebuah akustik, adakalanya dia mencipta lagu sendiri untuk dimainkan di tepi jalan untuk mencari rezeki. Bukan sekadar di tepi jalan tapi di taman dan juga di jambatan dia main bersama kawannya, Vivian. Seorang penyanyi dan gitaris jalanan.

Tak ramai orang yang melihat mereka main kecuali seorang gadis muda yang sering melihat mereka main  dari jauh setiap hari. Dia bukan sekadar melihat mereka bermain tapi dia melihat Ivan bermain dengan gitarnya. Cara dia bermain telah menarik hati buat si gadis tetapi Ivan tak perasan yang dia dilihat oleh gadis itu kecuali Vivian. Dengan hanya sekelip mata dia sudah hilang di kalangan orang ramai. Ivan tertanya pada diri, siapa perempuan itu?

"Ivan." seru Vivian.

Ivan bergerak terus ke beg gitar milik Vivian untuk melihat jumlah wang Pound yang mereka terima. Tak banyak wang kertas yang ada di dalamnya, kebanyakan hanya duit syiling saja.

"Nah, ambil ni." Vivian memberi separuh dari tangannya dan beri kepada Ivan.

Ivan membalas kepada Vivian dengan menggunakan Tabletnya. "Thanks Viv."

"Tak perlu nak terima kasih sangat Ivan. Kita kan satu team. Dah la jom kita gerak."

Malam menjelma, Ivan dan Vivian bermakan malam di salah sebuah kafe  berhampiran menara jam Big Ben, Ivan merenung sambil memikirkan tentang gadis berambut blond yang dia nampak kelmarin. Dia masih lagi tertanya siapa si gadis yang telah dia senyum pada Ivan.

"Ivan?" Mata Ivan beralih ke arah Vivian setelah dia memanggilnya. "Kau okey tak? Duk berangan je dari tadi."

Ivan mengambil tablet dari beg galasnya untuk membalas kata-kata Vivian. "Viv. Aku nak tanya kau. Siapa perempuan dekat seberang jalan tadi tu?"

Vivian sama ada nampak gadis itu atau tidak di seberang jalan lalu dia menggeleng kepalanya. Cukup kecewa bagi Ivan kerana tidak tahu jawapan daripada Vivian, Ivan padam tabletnya dan menyimpan semula ke dalam beg. Tetapi sebelum dia menyimpannya, gadis cantik itu muncul masuk ke dalam kafe. Ivan memandang pada dia dari jauh tetapi gadis itu tak perasan yang Ivan berada di situ. Vivian melihat wajah Ivan yang sedang merenung pada si gadis yang ingin mencari meja kosong untuk duduk, maka Vivian menyedari bahawa gadis itulah yang Ivan fikirkan.

------------

Dear diary, 

Siang tadi. Aku ternampak  seorang gadis rambut beralun keemasan memandang aku di khayalak orang ramai masa aku main gitar akustik sehingga kini di kafe aku merenung wajah dia tapi dia tak pandang pada aku. Mungkin dia terlalu sibuk cari meja kosong kecil untuk hanya dia seorang saja. Aku harap pada hari esok aku dapat bertemu dengan dia.

Selesai catit diari pada tabletnya.

Ivan bersila atas karpet dari katilnya untuk mengumpul semula kertas-kertas nota musik yang telah dibiar berselerak. Tetapi sesuatu telah terlantas ke dalam fikiran dia.

  ------------  

Vivian telah bercadang dengan Ivan untuk membuat street performance di jambatan kerana ramai orang selalu berjalan dan melepak  di situ. Di saat Vivian membiarkan beg gitarnya dibuka Ivan sudahpun bermain dengan gitarnya dengan semangat. Vivian belum lagi bersedia untuk menyanyi tapi diarah oleh Ivan sejurus dia sedang bermain, Vivian membantai saja lirik lagu apa dia mahu nyanyi ketika dia mendengar irama pada gitar Ivan.

Nyanyian berjudul Until I Met You yang asalnya dinyanyikan oleh Cameron Forbes telah dinyanyikan oleh Vivian telah menarik perhatian orang ramai terutamanya jurugambar. Tiba-tiba muncul satu suara yang sangat merdu telah menarik perhatian orang yang melihat mereka berdua bermain. Rupanya suara itu adalah si gadis yang Ivan nampak semalam. Vivian terkejut dengan suaranya yang begitu merdu lalu dia mengajak untuk menyanyi bersama. Sorakan orang ramai diberi setelah nyanyian sudah selesai.

"Sedap juga suara awak ye dik. Nama adik siapa?"

"Ummm takde la sedap mana pun. Nama saya Capricia, awak boleh panggil saya Caprice. Awak?"

"Caprice eh.. Call me Vivian. Dan yang ni, Ivan. The guitarist."

Caprice menoleh kepala ke arah Ivan yang kelihatan malu lalu dia memujinya "Hi Ivan, awak mungkin tak perasan saya selama ni tapi hampir setiap hari saya datang jenguk awak main gitar. Saya suka la bila awak main. hehe."

Caprice dalam kebuntuan melihat Ivan keluarkan tabletnya dan menaip. Dia ingat dia tak hiraukan lalu Ivan menunjuk tabletnya kepada Caprice.

"Terima kasih Caprice. Saya amat menghargai pujian awak." itulah apa yang dibalas oleh Ivan, Caprice hanya senyum saja. Tapi Ivan masih belum habis lagi. "So shall we hangout and grab a coffee or something?" Caprice mengangguk.

Vivian pula mencelah "Takde hal la. Lepas kita habis performance ni baru kita pergi. Deal?"

Mereka bersetuju.

  ------------  

"Nak saya escort awak balik?"

Caprice angguk lalu bertukar fikiran. "Tapi.. Saya rasa awal lagi nak balik, apa kata kita duduk sekejap di taman, boleh la kita tengok bintang-bintang di langit sama-sama. Betul tak?"

Ivan cuba mempertimbangkan cadangan Caprice untuk memastikan tak ada apa-apa yang akan dilakukan oleh Caprice kepadanya sendiri tapi sedangkan Ivan sendiri percayakan dia maka dia balas "Alright."  pada tabletnya. Apa yang Ivan fikirkan adalah kemungkinan ada juga orang yang bertapa di sana pada waktu malam.

"Ivan. Boleh saya tanya awak sesuatu tak?" 

Ivan memandang Caprice tanpa balas darinya.

"Kenapa awak balas pada orang termasuk saya dan kak Vivian dengan tablet? Awak ni lelaki bisu sebab awak malu nak bercakap ke? Atau awak ada pengalaman pahit yang membuatkan awak tak mahu bercakap?" soal Caprice.

Terkejut Ivan didengar soalan yang telah keluar dari mulutnya. Soalan tentang pengalaman pahit itu telah menusuk dirinya sehingga dia sendiri tak mahu jawab malah Ivan terpaksa luahkan kepada Caprice.

"Sebenarnya... Saya ada pengalaman pahit yang ada pada diri saya." Ivan akhirnya menarik kolar turtle neck ke bawah. Sesuatu yang mengejutkan Caprice di depan matanya.

"Ivan..... Awak....."

"Ya.. Parut yang sebesar pen marker ni la yang buat saya hilang kemampuan untuk bersuara."

"A-Apa dah jadi? Tell me."

"Masa saya usia 13 tahun, ayah ajak saya pergi memburu di sungai tapi ada masalah pada shotgun ayah saya sampai saya ditembak di leher dengan tak sengaja. Badan saya mampu bergerak tapi ayah kata bawa bertahan jadi saya mula pengsan. Pada mulanya saya ingat saya akan mati, tapi tuhan berkata pada saya 'awak tak patut mati.'. Saya tak percaya. Macam mustahil bila dia cakap macam tu sedangkan saya kena tembak dengan tak sengaja dengan orang tua saya sendiri. Bila saya mula sedar, saya masih hidup. Saya bersyukur  saya hidup cuma yang buat saya sedih bila suara saya dah tak ada. Tapi dalam diri saya tak kisah." Ivan tiba-tiba berhenti menaip.

Caprice tiba-tiba menjadi murung apabila membaca kisah silam Ivan di tablet seolah-olah dia teringat sesuatu yang mungkin ada persamaan dengan Ivan. Dia menyelak rambutnya ke belakang telinganya dan menunjukkan alat pendengaran pada kedua-dua belah telinganya. Kebetulan Caprice telah mengalami cacat pendengaran sejak dia lahir. 

"Guess we both have in common, right? We are not perfect." kata Caprice.

"We all have imperfections Caprice. Kita sebagai manusia tak semestinya nak semuanya sempurna. Sebab tu kita kena bersyukur apa yang ada pada diri kita."

"Macam awak berkemampuan untuk main gitar. Awak tak perlu bersuara untuk menyanyi hanya bermain saja."

"That's right."


cerpen rabakWhere stories live. Discover now