BEAST

665 14 2
                                    

Sejuk. Sangatlah sejuk seperti aku berata di bawah salji. Gelap. Kelihatan yang sangat gelap. Bunyi yang menggeram didengar pada kedua-dua belah telingaku seperti serigala. Aku dapat rasai kakiku diheret olehnya. Makhluk apa yang sedang mengheret tubuhku ini?

Bunyi itu tiba-tiba bertukar kepada suara manusia tetapi garau. Aku buka mata selepas aku dengar suara itu. Pandangan aku kabur. Hanya aku nampak di depanku adalah makhluk yang kelihatan seperti anjing husky sedang duduk, bila makin jelas ia bukan husky tapi serigala. Bukan seekor tetapi ada tiga ekor kesemuanya dengan warna bulu yang sama. Hitam. Salah seekor darinya memandang tajam padaku. Sungguh menyeramkan lebih lagi dengan warna mata yang berwarna merah menyerlah. Warna mata itu sangat jarang aku temui pada seekor serigala hitam. Lagi dua ekor warna berlainan, hijau dan kuning.

"Bangunlah wahai manusia." Kata serigala bermata merah itu.

Tangan aku berketar ketika aku bangkit. Menggigil lalu aku peluk tubuhku sendiri dalam kesejukan walaupun berpakaian lengan panjang. Kiri kanan aku pandang "Kenapa gelap ni? Aku.. Aku kat mana?"

"Dalam gua. Mujurlah kau masih hidup, kami telah tunggu kehadiran kau."

"Tunggu aku? Apa maksud kamu semua? Apa semua ni? Cuba cerita kat saya."

"Kami perhati kau dari jauh dan cuba perhati sikap kau. Akhirnya kami dah tahu apa yang kau inginkan pada diri kau."

"Apa dia?"

"Kemenangan."

Aku terkesima. Macam mana dia tahu yang aku nak sangat untuk menang sesuatu? Tunggu... Aku baru ingat satu match yang dicabar oleh Faezah. Elemen. Dia tahu yang aku punyai elemen api dan dia pula punyai elemen tanah. Hurm.. Tidak semua yang punyai elemen tersendiri.

"Kau nak menang dan kebebasan, kan?" soal sang serigala bermata hijau.

Aku perlahan angguk "Ya tuan. saya nakkan kemenangan dan saya nakkan kebebasan."

"Baiklah, kalau macam tu. Kami akan tunaikan hajat kau. dengan syarat.."

*

"Kai!"

Buat terkejut aku je. Aku kembali ke dunia asalku tanpa rasa apa pun.

"Sedap kamu lena dalam kelas saya ya, cik Kai."

Semua tertawa depanku. Dan Faezah, cewek berambut blond itu senyum saja, ikutkan hati dia sedang gelak sambil berkata dengan menggunakan isyarat tangan "Kau aku berdua lawan petang ni pukul 4 kat dalam arena kosong tu. Jangan lambat. Kau lambat, nahas." Dia pandang aku dengan pandangan yang begitu tajam.

Dalam hati aku, api mula membara terhadap cewek yang bengis itu. Bengang. Lalu kertas aku sedikit terbakar pada bucu kertas di bawah siku aku, mujur tidak berasap. Tapi aku masih ingatkan perjanjian dia untuk berlawan dalam sebuah arena. Haihh.. Takkanlah aku nak train pada last minit.

"Ok ok, class, senyap semua. Before you all dismiss, saya nak kamu semua buat nota sendiri from chapter 8 until chapter 10 and we will discuss that on the next class on... Tomorrow morning. Okay? No need to be in details. So class dismissed and I'll see you tomorrow."

"Thank you, sir." Ucap beberapa pelajar. Setengah daripada mereka sudah menuju ke pintu dan ada yang masih lepak lagi dalam dewan ini. Aku pula terus kemas dan bergerak keluar menuju ke arena.

*

Loker yang karat, dipenuhi kesan conteng pada pintu begitu juga dengan bangku panjang yang berhabuk dan usang. Baju T yang aku pakai ditanggalkan dan bertukar kepada baju singlet hitam seperti baju bengkung khas untuk pengkid. Kain putih dibalut pada kedua-dua belah tangan. Aku mencerminkan diri dulu sebelum bermulanya perlawanan dua elemen antara aku dan Faezah. Aku mereflek pada diri dengan wajahku yang bengang ini sambil mengingat suatu insiden di mana aku dijadikan mangsa kepada dia. Dibuli, dan selalu main kotor terhadap aku, maruah aku juga hancur. Kau tunggulah betina, aku akan balas dendam pada kau kejap lagi.

*

Pintu aku buka dengan kasar, aku tampilkan diri dengan mukaku yang bertopengkan gas mask.

"Lambat sungguh kau, and by the way, what the hell is up with the mask? You seriously look ridiculous. Hahahaha." tawa Faezah dengan kuat. Penampilannya cukup meluat dengan berpakaian genie bra dan jeans ketat sama seperti aku.

"Kau tahu kan, tempat ni berhabuk. So. Mana crowd nya? Takkan la nak lawan tanpa spectators."

"Oh ini bukan lawan semata nak show off pada orang ramai, this is only a fight between us girls. No one else. If you win, I'll set you free."

"If you win?"

"If I win... I'll keep on humiliating you." Balas Faezah.

Aku mula berang dengan apa yang dia balas padaku, dan kali ini aku tidak mahu terjadi pada diri aku seumur hidup kalau aku menang.

Faezah sudah membuka langkahnya manakala aku tidak membuka apa-apa langkah sedangkan aku sendiri mahu tahu apa taktik yang dia akan serang. Maka Faezah keluarkan dua biji batu yang besar dari tanah lalu membaling ke arahku. Inilah peluang aku untuk hancurkan batu-bata itu dengan eleman api dengan membelahnya seperti aku memiliki double katana hanya api di tangan saja.

Sebaik aku kecaikan batu hingga beribu ketul yang dicampak oleh dia, aku mula membalas serangan dia dengan serangan api dengan tanganku, tetapi dia sempat mengelak dan terus membaling batu mengenai pada tangan kanan aku, terasa seperti hampir retak pada pergelangan tangan. Lalu aku cuba serang lagi dengan api dengan tangan kiri, malangnya disitu juga kena. Faezah dengan pantas mendekatiku dan menyepakku di perut jauh rebah menyembah tubuhku ke tanah. Kanta pada topeng aku pecah.

Aku tidak dapat bergerak. Aku mampu lihat bayangan si Faezah berdiri di belakangku "Give up little shrimp?"

 Aku hanya pandang pada tanah dan cuba fikirkan sesuatu tiba-tiba aku mula teringat. Bunyi geraman serigala berada dalam tubuhku. Aku dapat rasa aurainya "Bangkitlah wahai manusia."

Aku ingat lagi apa yang sang serigala itu berkata "Dengan syarat, kami akan hidup di dalam tubuh kau seumur hidup." Aku terima apa saja yang mereka buat untuk aku sebagai balas budi.

Kali ini aku bukan diriku. Aku berubah seperti serigala. Aku bangkit dengan aura serigala dengan mataku yang merah sama sepertinya. Liar. Serigala itu sudah mula take over seluruh tubuhku sewaktu ia bangkit, bersama-sama melawan balik cewek itu dengan kekuatan yang begitu luar biasa. Dia hampir membunuh aku dengan batu yang dia angkat lalu aku rebahkan dia dengan menendangnya pada perut dengan api yang membara di kakiku. Tubuh Faezah menyembah tanah dan membangkit semula, aku dengan pantas menarik rambut dan mengetuk lehernya kuat dengan lutut dan menyepak jauh pada perut. Dia tidak rebah kali ini. Aku menyembah api pada dia, dia masih tidak rebah. Dia mundur dirinya ke belakang. Aku rebahkan dia dan mula menarik tangannya kuat lalu putus. Darahnya merecik hingga ke topengku. Faezah meronta-ronta kesakitan kerana aku memutuskan tangan kanannya habis-habisan. Dia lihat mataku yang bertukar merah. Dia mula takut.

Faezah terus bangkit kesakitan. Aku melihatnya lari dariku dan aku mengejarnya seperti serigala mengejar mangsa. Dia rebah lagi dan bangkit, tidak sempat berlari aku sudah tangkap dia. Faezah sudah muntah darah semasa tanganku sudah menembusi isi perutnya. Aku tarik keluar segala isi perut serta ususnya dan membakarnya dengan tanganku sendiri. Matanya membulat ketakutan lalu aku putuskan ususnya dengan menyepaknya jauh di perut lagi melanggar pada dinding.

Darah dari mulut masih mengalir. Dia sudah tidak bergerak. Hampir lumpuh seluruh tubuh yang membasahi darah sendiri. Aku mendekati dia dengan pandangan yang tajam.

"Sayonara BITCH." Ucapku.

Dengan akhir langkah aku terus membakar tubuhnya dengan serangan apiku yang membara di tangan.

Tubuhku mula lemah, melutut ke tanah. Naik turun nafas seperti diriku ini masih lagi berapi. Aku akhirnya mahu luahkan emosi kemarahan dalam diri. Letting my emotions running free.

Aku terus tanggal topengku dan menjerit sepuas-puasnya hingga jantungku mahu terkeluar  "AAAAAAAAAAARRRGGGHHH!!!!!!" dengan api membara dari badan naik ke bumbung yang berlubang itu. Lega. Aku telah kembali jadi diri sendiri. Aku sudah bebas. Bebas dari seksaan cewek gila itu. Tetapi kebebasan bukan sekadar bermula disitu saja, namun aku harus hidup bebas bersama sang serigala yang berada di dalam tubuhku ini. Bagai syaitan hidup dalam tubuh manusia.

cerpen rabakWhere stories live. Discover now