Retis

619 17 3
                                    


Syasya merupakan pelukis paling berbakat di Malaysia sehingga lukisan-lukisannya menjadi viral. Ada beberapa umat manusia yang sanggup membeli hasil nukilan milik Syasya dengan bayaran minimum RM500. Impian Syasya adalah menjadikan apartmennya sebagai sebuah kanvas, lalu berjaya tetapi sekadar dalam rumah sendiri tidak cukup baginya malah dia ingin mencari bangunan yang lebih luas untuk dijadikan sebagai kanvas. Kini Syasya menetap di New York City kerana kerja sebagai Fine Artist di sebuah art studio.

Syasya dalam keletihan setelah separuh dari apartmennya dipenuhi abstrak. Pintu tiba-tiba diketuk kuat mengikut rhythm. Syasya yang sedang membongkang atas sofa terus membangkit menuju ke pintu. Tombol dipulas buka, kepala berpaling keluar ke kiri dan kanan, tiada siapa disitu. Syasya mula fikir ini kerenah budak-budak nakal dari jiran sebelah yang suka bermain permainan seperti itu yang sering membuat seluruh kejiranan naik marah. Dengan tenang dia tutup saja pintu dan berbalik ke ruang tamu.

"Ek ehem..."

Langkah Syasya terhenti selepas mendengar suara yang sedang membersihkan kerongkongnya. Seorang lelaki jambu berambut perang panjang, kurus dan berpakaian seperti model berkemeja ungu beropol-ropol ala sepanyol dan berseluar jeans putih ketat berlubang di lutut dan berbandana merah diikat pada tangan kirinya.

"Waarrrhh!!!" Syasya terperanjat hingga terlanggar belakangnya pada pintu

"Shh.. Shh. Jangan takut sayang. Jangan takut. Saya tak ada niat nak takutkan awak." Kata lelaki itu.

"K-Kau ni... Siapa?"

Lelaki itu memperkenalkan diri dengan penuh bergaya "Saya? Nama saya adalah Dimitri."

"Dimitri mana? Dimitri Vegas ke?"

"Eh tak. Saya Dimitri Cortez. It's nice to meet you and you must be Syasya, betul?"

"Ya. Kejap.. Macam mana kau tahu nama aku? Kau datang dari mana sebenarnya?"

Dimitri cuba diamkan Syasya dengan meletakkan jari di bibirnya "Shhhh.. Itu semua tak penting. Apa yang penting bagi saya adalah bakat awak. Saya sangat admire. It is a brilliant masterpiece. Inilah yang saya cari selama ini. Ahhh. Such beauty." Kedivaan Dimitri melihat apartmen yang menjadi warna-warni telah membuat Syasya rasa kurang selesa sampai dia sendiri tidak dapat menghalang kerenah Dimitri.

"Uhh Dimitri?"

"Shh not now sayang. Ahhh." Masih tenung pada dinding penuh abstrak.

Syasya tidak mampu menegur Dimitri memandangkan dia asyik sibuk mengimpress diri dengan hasil seni orang. Fedap. Dia melangkah tuju ke dapur mengeluarkan teko bercorakan bunga ala-ala klasik. Air yang dimasak dengan cerek elektronik diisi ke dalam teko bersamaan dengan dedaun teh Earl Grey dan dibawa ke ruang tamu.

"I must say. Your art. Is. Fabulous!!" ujar Dimitri dengan gelagat divanya.

"Err... Thanks?"

"Cerita kat saya. Macam mana awak boleh come up dengan idea macam ni? Cepat cerita."

Biji mata berpusing dari kiri ke kanan bawah "Well... Saya buat research je. Kenapa?"

"Research? Itu je ke yang awak buat? Aduh. Art is freedom baby, no research required. Besides, ada banyak lagi ruang dalam dunia ni awak boleh luahkan."

"Tak konfiden saya nak buat cenggitu. Takut kena tangkap vandalis pulak."

"Ah! Tak payah. Awak tu artist. And artist are supposed to spread your creativity freely. Let them blow their minds with your masterpiece hunn."

Syasya diam. Agak sukar uuntuk dia luahkan secara bebas dengan undang-undang tegas. Apa yang Dimitri katakan kepada Syasya itu benar. Dia perlu luahkan kreativiti secara bebas tetapi sekali lagi dia tidak tahu di mana dia mahu bermula. Dimitri juga diam sambil dia menghirup teh yang dihidang sambil dia mengambil alat kawal tv di sofa untuk membuka siaran. Siri kartun barat dengan pelbagai jenis watak yang unik menarik perhatian Dimitri, lalu alat kawal itu diletakkan di atas sofa sebelah pangkuannya "Emm. Cerita ni nampak interesting." Kata Dimitri sambil dia silangkan kakinya.

cerpen rabakWhere stories live. Discover now