Dalam ruang yang kecil di dalam sebuah mall mampu muat maksimum 15 orang, keluar dan masuk, naik dan turun lif untuk mengunjung ke tingkat yang sepatutnya mereka kunjung.
Setengah orang tidak perasan akan sebuah kamera cctv yang telah dipasang pada setiap ruang kecil itu. Ia merakam setiap pergerakan didalam ruang itu jika sesuatu yang akan berlaku pada mereka.
Pintu lif yang bertampalkan paparan iklan HOT FM dibuka, kosong. Hanya sekadar dinding kosong yang berbesi. Datang seorang lelaki berkemeja kemas membawa backpack menjadi orang pertama yang memasuki lif dahulu. Dia menekan butang nombor lima di sebelah kanannya. Pintu ditutup. Keadaan di dalam sangat sunyi malah kakinya dirasai seperti ditekan ataupun ditarik oleh tarikan graviti dengan hanya sekejap sahaja. Sambil itu dia dengan tenang memasang earbuds pada kedua-dua belah telinganya.
Lif itu berhenti di tingkat B1, masih di basement, kini ditemani oleh tiga pekerja perempuan berpakaian seragam yang sama berwarna beige yang kelihatan seperti pekerja cleaner menekan butang nombor yang sama walaupun ianya sudah menyala. Mereka nampak muda tapi usia mereka lebih daripada itu dan juga mereka kuat bergosip dengan berbahasakan jawa dengan sesama sendiri. Tapi lelaki itu masih tenang dengan earbudsnya melekat di telinga.
Datang lagi seorang di tingkat satu, seorang gadis free hair berikar berpakaian yang agak sloppy berjaket hoodie dan berseluar jeans koyak membawa beg dengan segulung kertas terkeluar, gadis seni perhaps. Air mukanya begitu serius sehinggakan pekerja-pekerja cleaner di dalam terasa takut untuk mendekatinya. Gadis itu tidak hirau, dia diam saja sambil dia merenung pada lantai lif. Apa yang dia sedang fikirkan?
Ruang lif separuh penuh apabila sekumpulan lelaki mula masuk ke dalam lif setelah ia berhenti di tingkat dua. Seorang dari mereka menekan butang lif, selepas itu bermulalah mereka bermain dengan telefon bimbit sambil itu seorang lagi dari mereka pandang pada si gadis yang sedang bersandar sambil memandang ke arah lantai. Dia memberitahu kepada teman-temannya tentang gadis itu dengan memberi isyarat tangan.
Disebabkan ruang yang begitu kecil keadaan menjadi tensyen gara-gara tidak cukup udara untuk bernafas malah juga panas. Mereka akhirnya keluar dari lif setelah mereka tiba di tingkat lima. Mereka akhirnya dapat menghidu kesejukan penghawa dingin di luar sana.
Gadis sloppy juga turut keluar bersama mereka tetapi dia dihalang oleh sekumpulan lelaki di dalam lif, dia beralih ke tepi juga tidak berguna kerana mereka, lalu dikurung.
Mereka melihat gadis yang sedang mundur ke belakang sambil memegang tali pinggang "Hai dik. Sorang je ke? Mai la join dengan kitorang, baru best." gadis sloppy itu diam sambil dia pandang tangan lelaki kurus yang sedang pegang tali pinggang. Dia turut pandang juga pada tangan sendiri.
"Tengok apa tu? Tengok tali pinggang saya ke? Kenapa? Awak nak tengok ke? Heh, ini bukannya mahal pun dik, ciplak je ni beli kat kedai india. Kalau awak nak saya boleh belikan, tapi first..." ujarannya terhenti.
Gadis itu tetiba menanggalkan pakaiannya. Tidak ada seurat benang pun ada pada badannya. Terlanjang saja di depan mereka. Mereka mula teruja dan gersang melihat tubuhnya yang kurus itu seolah boleh muat 3 dalam 1.
"Fuhh.. Macam tahu aje apa yang aku nak suruh dia buat. Anak dara rupanya, patut la bersih, suci, mesti best main ni. lagi sendat lagi sedap neh. Fuii!" ujarnya sambil melihat setiap bahagian tubuhnya.
Gadis itu terus senyum nipis sambil dia mendongak ke arah mereka dengan warna matanya berubah keseluruhannya menjadi hitam sambil dia menjilat bibirnya dan mulutnya mula membuka luas. Terkilan melihat sesuatu yang keluar dari mulutnya melainkan lidah. Makhluk hitam yang keluar dari mulutnya itu kecil, panjang dan tidak punyai sepasang mata, kepalanya semakin lama semakin besar dan membuka mulutnya seperti kelopak bunga yang sedang mekar dipenuhi gigi hingga ke belakang. Makhluk yang berupa seperti bunga itu lalu membaham separa dari badan lelaki itu sambil dia meronta-ronta dan gadis yang masih terlanjang itu berdiri kaku saja disitu melihat dia dimakan. Bunyi keratan tulang itu membuat mereka takut hingga seluar dibasahi air kencing mereka.
Mayat lelaki itu telahpun dilepaskan dari mulutnya, mereka menjerit ketakutan melihat separuh dari tubuhnya sudah lagi tiada dengan tali ususnya terkeluar dari badan, lif juga kini membasahi darah mangsa dan salah seorang akan dijadikan makanan makan tengahari.
*DING*
YOU ARE READING
cerpen rabak
Short Storysebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016