Sudah pukul 11.30 malam, setengah jam sebelum pukul 12 tengah malam, baru keluar dari ofis sebab banyak kerja ingin dalam perjalanan pulang ke stesen Batang Benar, tren KTM ke Seremban Sungai Gadut masih belum tiba di stesen Kuala Lumpur, stesen yang aku berada sekarang ini. Suasana di stesen ni memang sunyi teramat pada lewat malam, jadual masa tren di kaca skrin LCD sudah dipadam, sambil tunggu sambil baring atas bangku dan termenung pada lampu-lampu yang berliplap seolah-olah mentol hampir rosak.
Aku cuba lelapkan mata sekejap tetapi rasa kurang selesa seperti ada sesuatu yang memerhati aku dari jauh lalu aku membuka mata, penampakan kelibat hitam bermata merah yang sedang berdiri di atas lampu itu tiba-tiba bersua muka dengan aku. Nak katakan burung gagak? Takkanlah burung gagak merayau sampai ke sini. Aku bangun semula dari bangku dan mula berjalan-jalan sekitar stesen ni.
Terfikir pula nak serbu ke kiosk 24 Jam nak beli snek-snek untuk mengisi perut aku buat sementara tapi pintu pula kunci, aku menghendap pada tingkap tuan kedai pula tak ada disitu.
Alamak ai... Terpaksa aku tunggu tuan kedai tu muncul.
Aku duduk dan pandang semula pada lampu yang berliplap tu, benda tu masih lagi memandang aku dari situ. Meremang rasa bila aku diperhati oleh makhluk-makhluk halus seperti kelibat atas lampu tu, apa aku mampu buat adalah berdoa saja.
Setengah jam berlalu.
Masih lagi menunggu tren tiba kata pakcik konduktor tren yang aku tunggu sekarang ni adalah tren KTM yang terakhir. Yang terakhir? Tren mana yang bakal tiba aku pun tak tahulah. Aku hanya harapkan tren Seremban Sungai Gadut yang akan sampai ke sini itu saja.
Huh... Kata tren yang last bakal muncul tak nampak pun batang hidung kepala gerabaknya. Dekat sejam aku tunggu. Haih....
Daripada aku buat-buat bodoh sambil menunggu ni aku kena buat sesuatu yang mampu aku hilangkan bosan. Apatah lagi aku cuba bersenam sebentar. Aku menggeleng kepala pandang kiri kanan dari pertengahan platform, dari kedua-dua belah arah adalah tren kargo tanpa enjin, dari kiri aku kargo simen dan dari kanan aku pula kargo apa entah sampai ada kren dengan gerabak penumpang karat di situ tapi adanya enjin. Aku tenung pada gerabak itu nampak aneh tapi meremang bulu roma aku bila pandang terlalu lama. Dahlah tren tu nampak menakutkan. Tak pasal-pasal ada makhluk lain yang sembunyi dalam gerabak karat tu. Aku berucap dan berdoa agar tren terakhir datang cepat.
Sudah lebih satu jam aku berada di stesen KL tren masih lagi tak muncul aku cuba lari satu stesen cari konduktor yang masih ada tapi tak ada siapa tapi aku dapat dengar bunyi tapak kasut kemungkinan dari jauh walaupun tak berapa jelas bunyinya. Aku fikirkan ada polis yang meronda stesen lewat-lewat malam gini aku cari sajalah, kebetulan bunyi tu datang dari platform nombor satu, platform di mana kargo simen tu berada aku hanya nampak panampakan sepasang kaki yang sedang berjalan disebalik kargo tu. Aku cuba memanggilnya tak ada respon, panggil beberapa kali pun sama tiba-tiba terus senyap. Penampakan kaki bukan lagi ada di platform sana. Entah-entah dia dah lari masuk jaga pintu masuk. Ah peduli apa aku malas nak layan. Aku duduk semula dan tunggu.
Haih lama lagi ke?
Aku hela menarik nafas dan hembus sedangkan hati aku tengah panas, aku teruskan berucap. Ini saja yang aku mampu untuk tenangkan diri. Tapi masih lagi meremang, terasa macam ada sesuatu yang cuba mengambil perhatian aku tapi aku tetap berucap dan berdoa. Ucap punya ucap, berdoa tapi diri aku terganggu juga lalu aku toleh ke belakang aku sebabnya auranya memang sah datang dari gerabak karat tu. No doubt. Terasa macam ada yang memerhati aku dari situ.
Aku tahu kau menyorok kat dalam tu. Cepatlah keluar setan! Kau nak apa dengan aku ha?!
Bergema satu stesen aku menjerit nasib tak ada siapa yang dengar sama juga dengan bunyi tapak kasut. Aku fikir abang polis tu mesti terdengar aku berteriak, selain dari tu bunyi tapak kasut pula semakin kuat seolah-olah ia berjalan mendekati aku dan terasa seperti aku ditemani oleh makhluk yang lain. Sebuah entiti hitam muncul di depan mata aku sendiri bergerak dekat dengan aku.
Apa yang aku nampak sekarang bukan sekadar ditemani oleh satu makhluk saja tapi.... Lebih daripada tu yang kini berada di sekeliling aku. Ada yang berjalan, ada yang berdiri. Tangan dan kaki aku mula bergetar-getar sehingga aku terjatuh atas lantai akibat badan hilang kestabilan lalu menggigil dalam ketakutan. Aku mendongak pada lampu tadi, makhluk yang aku jumpa dah hilang hanya tinggal aku seorang diri bersama makhluk-makhluk entiti yang lain ini.
Ya Allah...Tolong....Tolonglah aku.. Tolonglah selamatkan aku dari makhluk-makhluk halus ini.
YOU ARE READING
cerpen rabak
Kurzgeschichtensebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016