Bibliofilia

2.5K 43 6
                                    

"Mana Reza? Bukan dia dengan kita ke masa kita keluar dari Kino tadi?" soal Hawa.

"Jap, aku try call dia." balas Mastura.

Mastura cuba menghubungi Reza, tidak terjawab. Mereka kembali ke Kinokuniya untuk mencari Reza seolah-olah dia tersesat di dalam kedai itu. Tiada di bahagian alat tulis, di bahagian buku-buku latihan dan juga bahagian komputer hanya satu bahagian yang mereka belum serbu.

Bahagian novel.

"You have got to be shitting me. Kat sini rupanya kau Rez." ujar Mastura.

Reza hanya diam bersila di hadapan rak buku yang dipenuhi novel-novel termasuk novel terbitan Terfaktab, Fixi, Lejen Press dan Dubook. Kesemua buku-buku yang dia keluarkan telah diletakkan diatas lantai. Hawa mengusha setiap novel yang Reza keluarkan dari rak buku sambil dia fikirkan kenapa dia sanggup membaca buku-buku seperti ini? Mampukah dia mahu beli semua ini?

Reza memandang kiri kanannya sehingga dia tidak perasan Mastura dan Hawa berada di sisinya.

"Aik. Beli dah ke korang? Tak kabo aku pun." kata Reza.

"Dah lama dah. Tunggu kau je. Ingatkan kau dah keluar sekali tengok-tengok kau takde, rupanya kau masih terperap kat sini. Aku call kau tadi tak berjawab pun."

Reza periksa henfon lalu memberi senyuman nipis dan dan meletak semula buku-buku yang dia keluarkan pada tempat yang asal tetapi dia hanya mengambil sebanyak tujuh buah novel yang ada diatas lantai dan membawanya ke kaunter dan mengeluarkan tiga keping wang RM50 dari dompetnya. Mastura dan Hawa terkejut melihat jumlah kesemua novel-novel yang dia beli pada resitnya kerana harga bagi sebuah buku pun RM20 sahaja bagi harga kedai.

"Serius seratus lebih. Baik beli online je , lagi murah." ujar Mastura.

Reza sekali lagi diam saja. Dalam hati dia terlalu gembira yang dia dapat beli buku-buku yang baru dia idamkan terutama sekali yang baru diterbitkan. Kadang-kadang Hawa tertanya pada diri tentang Reza bahawa adakah dia ini seorang bibliofilia, seorang yang menggemar membaca buku bukan setakat membaca tetapi suka mengumpul buku sehingga biliknya menjadi sebuah perpustakaan.

"Rez."

"Yes?"

"Dah berapa buah buku awak baca?" soal Hawa.

Reza memandang pada langit biru memikirkan berapa jumlah buah buku yang dia sudah baca setakat ini sambil memegang biskut kacang pistachio. 

"Entah la. Rez pun tak ingat dah berapa banyak buku Rez dah baca. Tapi Rez tahu banyak juga la. Kenapa?"

"Takdelah. Tanya je."

---------------  

Hawa merenung pada komputer ribanya memikirkan Reza tentang buka-buku yang dia beli seolah-olah dia terpengaruh dengan dia selepas dia melihat pada salah satu novel yang menarik perhatiannya dan ada keinginan untuk membaca. 

"Hairan, selama ni aku bukannya minat pun baca novel, kenapa diri aku ni  tetiba rasa naik minat nak baca ? Mungkin sebab aku terpengaruh dengan Reza? Ah, peduli apa aku." kata Hawa dalam hati.

Walaupun dia tidak berminat tetapi lama-kelamaan dia akan terpengaruh pada masa yang singkat. Mungkin.

Bunyi pintu diketuk oleh teman serumahnya si Mastura sehingga Hawa hampir melatah dari mulutnya "Oi Hawa, aku panggil kau dua tiga kali kau tak dengar ke?"

"Sori la Mas, tertidur." bohong.

"Iyelah tu cik adik nampak sangat muka kau tu tak mamai, entah-entah kau dok fikirkan pasal si Rez tu. Aku tahu la dia tu spesis ulat buku..."

cerpen rabakWhere stories live. Discover now