Neko

3.3K 59 19
                                    

Serabut, kotor, busuk.. Itulah kami.

Aku cuma hidup kat tengah bandar yang kotor ini rumah aku pula di tepi tong sampah saja, makan pun apa yang ada kat tong sampah kalau tak di warung makan tak pun di tepi jalan di mana manusia-manusia suka buang merata-rata. Itulah tebiat mereka. Populariti bagi kami bagaikan anak miskin ada yang kehilangan ibunya dilanggar kereta, anak mati kelaparan, manusia pun geli melihat kami. Sama macam manusia.

Ahh hujan dah turun, aku terkial-kial nak lari cari tempat teduh dengan makanannya lagi apatah lagi aku terpaksa ambil yang mana patut dan meninggalkan makanan yang berlebihan ini dulu asalkan aku dapat isi perut. Tiba-tiba aku ternampak makhluk kecil yang sama spesis macam aku ni sesat di tengah jalan mengiau dengan sekuat-kuat cari mak dia, tengok pun macam kesian tapi dilemanye aku nak ambik budak tu ke atau nak proceed makan.."Ahh! pening! pening! Takpe aku ambik bawak sajalah dia tu," maka aku pun jalan menghala ke budak itu. "Adik, adik buat apa kat sini basah-basah ni? meh ikut abang."

"HISSSS!!" Aih..dia pulak yang marah aku, aku cuma nak tolong aje. Salah ke?

Biasalah tu.. Kucing, kan? Kadang-kadang kucing suka bergaduh terutama sekali anak kucing. Tapi hujan nak lebat aku tiada pilihan untuk angkut juga si kecil ni ke tempat yang selamat. Nak bergarang dengan aku pun lantak dia lah. Aku juga sedekahkan saja makanan yang aku bawa tu bagi kat dia tengok dia pun memang betul-betul kelaparan, kecil tapi kurus kering. Aku kesian dengan budak harimau coklat ni.

Riuh sungguh... "Kenapa ni? Kenapa aku nampak seperti manusia mengejar dengan kayu lagi? Alamak..jangan cakap manusia tu penangkap kucing kot, aku harus lari tapi budak tu hilang pula, mana dia lari? Alamak, habislah macam ni." aku pun ditangkap juga dan dibawa masuk ke dalam van. Nampaknya ada juga kawan-kawan aku ni mengadu minta keluar tapi manusia pun tak hirau.

"Jangan risau ya si gebu, awak dah selamat." kata manusia berjaket serba coklat. Yalah tu, selamatlah sangat mana tahu kena masuk lokap seumur hidup. "Tapi sebelum tu doktor akan periksa awak dulu kot-kot ada cedera kat mana-mana ke lepas tu kita bagi makan ya." Ha? makanan? Betul ke? Tak sabar la, tapi kena check dulu, Doc, saya tak cedera okay, lepaskan saya sekarang. Lepas periksa, doktor terus bawa aku ke bilik mandi. "Eh? mandi? Alamak~...." itulah kelemahan bagi semua kucing. Well bukan semua la ada juga yang suka air.

"Sabar ye belang comel, saya cuma nak bersihkan awak je." kata salah seorang doktor. "Eh, harimau kenit pun ada?" aku perhatikan saja manusia tu buat dengan dia, air pancut sudahpun dibuka, meremang bulu roma aku tengok si kenit tu jerit kena mandi..haihh.. Selepas ini giliran aku pula..ahh.

Agaknya berapa lama aku akan hidup kat dalam penjara ni ya? seumur hidup? Aku cuba tanya yang lain tapi tiada siapa pun yang hiraukan aku. Si kenit ada kat pintu sebelah aku. Aku nampak manusia tua tu berjalan sambil bertanya "Manusia..oh manusia, bila saya nak keluar ni?" itu pun dia tak dengar, dia cuma dengar aku mengiau saja. Susah jugak nak interaksi dengan manusia sesama kucing, faham-faham sajalah sambil aku pandang pada kotak yang tergantung di dinding di mana gambar tu bergerak dan ada bunyi, manusia biasa panggilnya televisyen..Layan...sampai aku tertidur.

"Mama..Mama tengok miau-miau tu!" kata seorang manusia kecil dengan suara keriangan. Aku terjaga dari tidur disebabkan dia tu lalu manusia itu menghulurkan jarinya ke arah aku. Eh kenapa aku?

"Mama, yang kucing montel belang tu comel la. Nak bela dengan yang baby cat yang sebelah dia tu sekali. Bole la ma~pweaaase~"

"Ok..Ok ..janji kamu jaga elok-elok tau."

Dengan harimau kenit pun nak sekali ke? kiranya aku dan dia akan bebas? hurrah! Selamat tinggal penjara!

"Ha..yang montel ni, adik nak panggil awak Neko bawa maksud kucing, dan yang kecik ni pulak adik nak panggil awak Chibineko maksudnya anak kucing..hihihi" ujar tuan baru aku sambil mengusap kepala aku

Ahh.. Sedap betul nama aku...Neko

Miauu~~


cerpen rabakWhere stories live. Discover now