"Kejuuu!!" mulut itik mereka terpapar pada skrin.
Wah. Teknologi zaman sekarang ini makin hebat pula. Lagi-lagi dengan aplikasi baru, Snapchatlah, Face Swaplah. Entahlah kenapa ramai manusia sekarang suka sangat dengan apps itu sampai ada yang syok main tukar-tukar muka dengan apps Face Swap. Kejadah.
"Hahahahah! Huduh gila beb!" kata Sofia kepada Laily dan Zalikha sambil dia lihat selfie yang mereka tangkap ketika mereka sedang menjamu kek di restoran Secret Recipe.
"Macam sial la muka aku transfer ke Sofia. Macam Yoda dalam cerita Star Wars pun ada juga." Rungut Zalikha.
Mereka hanya main-main menggedik saja tidak kira lawa atau tidak, malah aplikasi itu sekadar untuk menghibur diri buat para narcis.
Kegembiraan mereka bukan hanya disitu saja.
Zalikha terpaksa ber-OT di tempat kerjanya, semua rakan sepejabat pulang dengan lampu dibiar sedikit terbuka. Berlambakan kertas di dalam bakul yang dia perlu key-in sebelum esok harinya. Tinggal separuh dari kertas dalam bakul dia sudah mula penat. Dia pandang pada henfonnya yang berjenama Lenovo, fikir dia ingin berhubung dengan keluarga atau kawan-kawan rapat untuk bersembang dengan menghantar satu selfie kepada mereka melalui whatsapp.
Mesej dibalas "Apahal bagi gambar muka hantu ni Ika? Hantar la gambar tu leklok sikit."
Zalikha tercengang mambaca mesej dari umminya. Mereka ingat Zalikha menggunakan Face Swap atau aplikasi seram untuk mengubah wajah menjadi hantu. Dia periksa semula gambar selfie, tidak ada apa pun. Dia menangkap lagi satu selfie dan hantar.
1 minit kemudian, dibalas lagi "Muka hantu ni lagi? Kamu ni sengaja nak takutkan ummi ke?"
"Tak la. Ika snap ok je. Kenapa?"
"Habis kenapa bagi ummi muka hantu kamu tu? Dah la. Cukup."
Zalikha sekali lagi periksa gambar itu. Masih tidak ada apa-apa. Cantik saja. Dia mula hairan ada yang cuba mempermainkan Zalikha dengan mengubah wajahnya dari cantik dan berseri kepada cantik dan menyeramkan.
Dia mengambil selfie sekali lagi sebanyak mana yang boleh untuk memastikan tidak ada apa-apa yang muncul hingga wajahnya bertukar seperti tadi. Dia periksa sekali lagi, membelek berberapa selfie hingga terjumpa sesuatu yang membuat dia naik bulu roma. Wajah Zalikha bertukar menjadi wajah yang berupa seperti nenek tua berkulit pucat bergigi tajam dan mata yang kecil hitam. Zalikha terus campak henfonnya jauh ke atas karpet. Berdebar hati serta nafas naik turun melihat wajah yang seram. Dia fikir ini hanya sebuah mimpi atau bayangan disebabkan stres.
Zalikha cuba menenangkan diri dan fikiran, mengucap dua kalimah syahadah, dia bangun dan pungut henfonnya atas karpet itu dan menghubung Sofia
"Helo?"
"Helo. Sofia kat mana ni?"
"Kat rumah la. Mana lagi? Kenapa ni?"
"Do me a favor... Aku nak. Kau datang jemput aku kat ofis. Sekarang tau."
"Kenapa ni Ika? Macam takut je."
"Just.. Just datang." Talian mati.
Telapak tangan Zalikha berpeluh bergetar memegang henfon. Dia berkata pada diri untuk tidak menangkap gambar dan melihat gambar-gambar selfienya. Malah dia tinggalkan henfon atas meja dan luncur dengan kerusinya menuju ke tingkap menunggu kedatangan Sofia. Masih ada kereta yang lalu lalang di sekitar bandar, kedai-kedai di situ tutup dan ada yang masih buka.
Henfon Zalikha bergetar kuat atas meja. Mungkin ia berbunyikan mesej atau panggilan dari Sofia. Zalikha mula rasa gemuruh sebabkan itu. Maka henfonnya dicapai dengan tabah dan membuka skrin. Ikon menunjukkan sebuah mesej dari Sofia "otw.. kau stay dulu kat ofis, dah nak sampai nanti aku mesej, baru kau turun." mungkin mengambil masa yang lama untuk Sofia sampai ke destinasi.
Sambil itu Zalikha sekali lagi periksa gambarnya setelah kerjanya tergendala, dan kali ini gambar selfienya kembali normal. Dia sedikit lega dan buntu kenapa gambar tiba-tiba kembali kepada mukanya yang cantik. Tapi dia tidak puas hati dengannya, dengan itu dia mencuba cara lain dengan mengambil selfie di depan cermin tingkap. Dia menekan skrin dua tiga kali untuk adjust fokus kamera henfon supaya jelas. Dalam empat lima gambar ditangkap dengan posisi yang sama dan apabila dia menangkap gambar yang terakhir.. Mata Zalikha mula membulat. Pada gambar itu, wajah makhluk yang sama baru saja muncul dengan kepala terapung dan ia bukan pada wajah Zalikha tetapi ia berada di sebelah kirinya sederet dengan wajah Zalikha.
Zalikha paling biji matanya ke kiri sambil dia menarik nafas dengan hela, perlahan dia paling kepalanya 90 darjah juga ke kiri. Makhluk itu benar-benar muncul dengan tubuh yang kurus kering bagai rangka menemani Zalikha sambil tenung pada tingkap lalu berpaling pada wajah Zalikha sambil ia meraung.
"AAAAHHHHH!!!"
***
"Ini adalah peti simpanan suara untuk nombor..." talian mati. "Haih mana Ika ni? Call pun tak berjawab. Dia tahu ke aku dah sampai ni?"
***
*Bling* "Fia. Aku nak kau buka tv buka siaran berita. Now!!"
"Kenapa? Ada apa?"
"Just buka la gila!"
Mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ditemui oleh salah seorang rakan sekerja di dalam pejabat pada pagi tadi. Mangsa didapati seorang wanita ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak menyedarkan diri, tiada sebarang kecederaan pada beliau.
YOU ARE READING
cerpen rabak
Historia Cortasebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016