Pernah tak korang alami suatu mimpi yang menyeksa korang? Contoh mimpi korang dekat tempat yang gelap gelita bukan dekat dalam api neraka sambil berdepan dengan beribu ekor ular pada keliling kaki lepas tu kena gelut satu badan. Mesti ada, kan?
Aku sebenarnya pernah bermimpi pasal ni tapi bukan sampai kena gelut my whole package. Tapi mungkin diikut beberapa ekor ular. Mana kemana mesti diikut, ada ular aku jumpa dalam mimpi aku ni agak aneh la. Paling rare, ular yang begitu pendek sampai aku sendiri tertanya ini ular ke lipas sebabnya panjang ular tu sama panjang dengan lipas biasa. Ahhh!
Lagi satu mimpi, ini cukup menyakitkan, aku dalam keadaan duduk dengan tangan aku dekat belakang diikat dengan tali sama juga dengan kaki aku. Bergema dalam mimpi aku, tak nampak apa pun sebab mata aku kena tutup dengan kain. Dah macam watak Kaneki dah aku. Aku cuba gerakkan sikit badan aku tapi sakit gila, kulit dekat muka aku pun rasa sakit macam kena simbah air panas. Nak gerak kaki aku tak boleh, tak ada rasa apa, macam kaki aku dah kena potong. Tangan aku pulak bergetar-getar sampai ke hujung jari.
*whiplash!* kena libas dekat muka aku dua tiga kali lepas tu dekat badan aku pulak yang kena. Tukang libas memang dah sah perempuan sebab suara dia memang jelas aku dengar tapi aku tak tahu suara siapa tu.
"Sedap kena seksa macam ni, min? Hmm?" soal dia. Macam mana dia tahu nama aku? Siapa dia ni?
Aku diam, tak meronta sangat. aku memang nakkan rasa sakit pada diri aku dengan lebih teruk, nakkan ada kesan parut pada badan aku. Aku tak hiraukan kecantikan. Dia libas aku lagi lalu berhenti. Aku dengar dia cakap dengan someone katanya bawa troli tu ke sini. Huh? Troli? Ada apa dekat troli tu?
Tiba-tiba dia pegang tangan aku. Tangan aku terasa macam kena sentuh dengan besi, lama-lama tapak tangan aku rasa ditekan, rasa sakit makin berleluasa, aku dikapit dengan besi macam playar tapi lebih dahsyat, rasa macam kena kapit dua playar pada satu tangan aku, diikuti dengan tangan sebelah. Baru aku jerit meronta-ronta kesakitan, aku teresak. Tangan aku dikerat berterusan. Aku dengan rasa lemah terus tertunduk ke bawah, rambut aku ditarik kuat dari belakang sampai badan aku sekali naik.
"Nak lagi?"
"Sakitkan aku je la cepat!! Biar aku macam ni!!" bentak aku dekat dia. Akhirnya dia terus campak aku rebah sampai ke lantai yang sejuk dengan tangan aku masih terikat dah putus.
"Kalau macam tu, nah, rasa ni." dua-dua belah tangan aku kena angkat dan dikerat sampai patah siku aku. aku jerit lagi sambil mengesak. Perut aku dipijak kuat pada dada dan perut dengan kasut mujur tak tembus isi perut tapi hanya sekadar muntahkan sisa saja. Dia akhiri dengan pijakan dekat kaki aku. Pijak sampai hancur sampai ke paras buku lali.
"Puas?"
Keadaan menjadi senyap, aku dibiar terbaring dekat situ dengan badan yang terlampau sakit. Tiba-tiba aku dengar suara lelaki "Min? Min okey?" Suara tu jelas macam suara ex crush aku. Tangan dia yang panas tu menyentuh pipi aku yang sakit, dia usap. "Mesti rasa sakit, kan Min?"
Kepala aku kena angkat dan diletak atas something yang lembut, mungkin aku dibaringkan ke atas pangkuan dia. Dahi aku pulak diusap lembut. Kain yang menutup mata aku ditanggal. Pandangan aku kabur, makin lama makin jelas. Air mata jatuh ke telinga aku sebab wajah tu hampir jelas kelihatan.
"A... Awak..." tangis aku.
YOU ARE READING
cerpen rabak
Cerita Pendeksebuah antologi cerpen rabak yang amatur tak kira apa genre pun nak komedi ke, nak drama ke, nak kisah benar ke. semuanya random sahaja. harap you all enjoy cerita-cerita ceq yang rabak ni. (^^)" pernah capai ke #1 pada 2016