【1】

283 43 9
                                    

"Balik ni kita keluar jalan jalan jom?"

Bahu Minyoung dirangkul erat oleh Jinhee daripada belakang 

"Petang ni? Jom!" Teruja Minyoung pula

Kedua dua mereka melangkah keluar daripada bangun sekolah menuju ke pintu pagar

Ting!

Telefon Minyoung berbunyi tiba tiba menandakan ada mesej masuk. Laju dia mencapai telefon untuk melihat mesej tersebut

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌
Hyunjae sunbae🙄

Dtg rooftop blok lama

tolong aku

please sekarang

jgn lambat

﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌

Dahi Minyoung berkerut membaca mesej tersebut. Muncul rasa tidak sedap hati selepas membaca mesej tiba tiba Hyunjae

"Jinhee, kau tunggu depan pagar. Aku nak jumpa Hyunjae sunbae. Dia suruh aku pegi rooftop"

"Nak usik kaulah tu. Alah kau macam tak biasa! Diakan musuh kau! Kenapa pulak dia nak jumpa?" Minyoung menjungkitkan bahu tidak tahu

"Takpe, aku pergi sana. Kalau ada apa apa aku jerit nama kau" Jinhee tersenyum lalu mengangguk

"Okay!"

Setelah itu, Minyoung dan Jinhee mengambil haluan masing masing. Minyoung melangkah ke bangunan lama sekolah, tempat pelajar ponteng

Daripada bawah, Minyoung mendongak melihat tingkat atas. Kedengar seperti ada pergelutan beberapa pelajar

"K-kau nak bunuh aku ke huh?!"

"Memang pun! Biar kau mati! Aman dunia ni kalau kau tak ada!"

Suara tersebut Minyoung abaikan langkah dilajukan untuk naik ke tangga

BUKK!

Namun secara tiba tiba suatu jasad jatuh di hadapan menghalang langkah Minyoung

Kaki Minyoung bagaikan dipaku. Mata gadis itu terbeliak luas memandang jasad Hyunjae terbaring lemah hadapannya. Kepala dia yang terhentak pada lantai mengalirkan darah yang banyak. Anak mata Hyunjae tergerak gerak menikam anak mata Minyoung yang masih terpana

"T-tolong..." Rintih suara Hyunjae yang sakit sebelum hilang. Serta merta mata Hyunjae terkatup rapat

Minyoung berundur ke belakang dengan dada yang berombak. Terkejut dan takut melihat jasad Hyunjae yang tidak bernyawa dengan keadaan penuh darah

Seketika kemudian, suatu jeritan nyaring dilepaskan Minyoung begitu kuat hingga menarik perhatian manusia yang masih berada di sekolah

Baju Minyoung yang terpercik darah di pandang sebelum kakinya terasa lemah lalu jatuh terduduk menggigil

Beberapa saat kemudian, beberapa orang guru datang ke tempat kejadian

"Ya tuhan! Bawa Minyoung jauh! Call ambulans!"

≪•◦ ❈ ◦•≫

"𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭? 𝐀𝐤𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮"

"𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭? 𝐀𝐤𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐋𝐞𝐞 𝐇𝐲𝐮𝐧𝐣𝐚𝐞 + 𝐊𝐢𝐦 𝐌𝐢𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠

𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now