Chapter 5

129 6 43
                                    

"Kenalkan boyfriend aku, Yoongi"

Yoongi mengangkat kening memandang Eun ha disebelahnya.Tetapi didalam hatinya berbunga apabila mendengar Eun ha berkata seperti itu.Dia ingin senyum tetapi ditahan.

"Oh..jadi You dah ada penganti Taehyung?bagus lah kalau begitu, tidaklah You cuba nak rampas Taehyung kembali daripada i.."kata Jinnie buat muka sombong.

"Jinnie..shut up...Eun ha sebenarnya aku.."belum habis lagi ayat Taehyung , Eun Ha menepis "perkara lama jangan diungkit lagi..yang lepas tu lepaskan jelah...kau dah ada hidup kau..aku dah ada hidup aku sendiri ..dan lagi satu selamat berbahagia kepada kau berdua..."kata Eun ha lalu menarik Yoongi pergi dari situ.Taehyung terpinga2 memandang ke arah Eun ha dan juga Yoongi.

"Youu..janganlah pandang dia lagii..pandanglah i..jomlah kita pergi sana..."kata jinnie gedik.

*****************************************

"Maaf sebab bawa awak terjebak didalam masa lalu saya..dan saya minta maaf juga sebab kata yang awak ni boyfriend saya!saya terpaksa berkta begitu kerana saya tak nak dia ganggu saya lagi.."kata Eun ha sambil duduk di kerusi tengah2 mall itu.

Yoongi duduk disebelah Eun Ha "tak apalah, kata sahaja...saya tak kisah pun!"katanya senyum.

"Betul ke??awak tak marah ke?"tanya eun ha.Yoongi mengangguk.

"Syukurlah..saya ingatkan awak marah!manalah tahu orang hantu clorox macam awak ni nak marah orang..."kata Eun Ha.

"Mana ada saya nak marah..awak ingat saya ni dayus sangat ke nak marah perempuan?sampai tangan kat perempuan pun saya tak sanggup tahu.."kata Yoongi lalu memandang ke arah kedai Anak patung.

"Eun ha, awak suka teddy bear tak?"tanya Yoongi.

Eun ha menujukkan ke diri sendiri "saya?tak lah..saya tak suka teddy bear, tetapi saya suka anak patung kucing...!kenapa?"eun ha innocent.

"Jom ikut saya.."kata Yoongi menarik Tangan Eun ha.

"Nak pergi mana?"tanya Eun ha.

"Nanti awak tahu..."kata Yoongi.

Eun Ha ikut sahaja kemana Yoongi membawanya.Mereka berdua masuk ke dalam kedai Anak patung yang tidak jauh dari tempat mereka duduk tadi.

"Kenapa awak bawa saya masuk sini?"tanya eun ha.

"Saja!kalau awak ada berkenan nak beli mana2, nanti saya bayar..."kata Yoongi.

"Eh..tak payahlah..."tolak Eun ha.Tiba2 mata Eun Ha memandang ke arah Anak patung kucing yang sebesar badan budak 5 tahun.Matanya asyik tertumpu pada anak patung itu.Yoongi dapat detect kemana arah mata eun ha.Dia tersenyum "ambillah, saya bayar.."

"Errr..rasa bersalah pula.."kata eun ha sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Yoongi dengan tidak melengahkan masa mengambil anak patung kucing itu lalu membawanya ke kaunter pembayaran.Selepas sahaja selesai membayar, Yoongi memberikan anak patung itu kepada Eun ha.Eun ha teragak2 hendak mengambil tetapi Yoongi sudah membeli.Dia tidak dapat menolak lagi.

"Terima kasih.."ucap Eun  senyum sambil memeluk Anak Patung kucing itu."sama2..jom kita pergi shopping..nanti saya bayar semuanya..masih jauh lagi perjalanan kita berdua ni!saya dah bagitahu jimin bahawa kamu akan lewat balik...jangan risau..dia takkan tibai kamu kalau kamu lewat balik.."

Tanpa mereka sedar, dari kejauhan, Taehyung memandang mereka berdua dengan penuh rasa sedih dan kecewa "maaf Eun Ha..saya menyesal..hope awak bahagia dengan boyfriend awak..".

*****************************************

Di dalam kereta..

Jam sudah menunjukkan sudah pukul 6 petang.

Mr.Mafia Vs Ms.Clumsy [MIN YOONGI FF]Where stories live. Discover now