Prolog

184 14 6
                                    

Cerita ini bukanlah 100% cerita asli daripada penulis. Hanya watak utama dan beberapa watak lain sahaja dimiliki oleh penulis.

Sebarang persamaan bermaksud ia idea asal marvel.

Beberapa karakter didalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan karakter di dalam THE ROYAL SIBLINGS. Hanya nama sahaja yang sama.

~~~~°°°•°°°~~~~

Sebuah buku yang bercahaya dan terapung diatas sebuah batu di tengah-tengah tempat itu mula kelihatan di mata Ariadne.

"The Book of Vishanti!" Ariadne memberitahu kepada lelaki yang berlari bersamanya.

Lelaki itu yang baru sahaja melihat ke belakang terus berkata, "Aku tak boleh biarkan dia mengambil magik kamu, pergi ke buku itu!"

"Macam mana saya nak ke sana?!" Soal Ariadne apabila terlihat jurang yang sangat besar dan jauh dari lantai yang mereka pijak sekarang dan lantai tempat buku itu berada.

"Lompat!"

Stephen Strange, iaitu The Sorcerer Supreme pada masa ini membalas tanpa teragak-agak, dan akhirnya mereka berdua mendarat disebuah lagi lantai yang terapung.

Sedikit lagi mereka berdua akan sampai ke buku tersebut dan mereka akan dapat...

BANG!

Jalan dihadapan mereka musnah serta merta tatkala makhluk yang mengejar mereka sebentar tadi melakukan rempuhan yang kuat. Makhluk itu tidak menyuarakan apa-apa, sebaliknya dia terus melakukan serangan.

Stephen terlewat beberapa saat untuk mengelak serangan tersebut, dan mengakibatkan kakinya tercedera. Dia mengerang kesakitan sebelum melakukan gerakan tangan untuk menjampi balasan serangan daripada makhluk itu.

Dengan menggunakan mantera dinding pelindung, Stephen sedaya upaya membentuk satu bebola dari mantera tersebut lalu mengurung makhluk tersebut didalamnya. Stephen tahu mantera itu hanya mampu bertahan dalam masa kurang satu minit. Oleh itu, dia pun berkata, "Aria! Pergi!"

Mendengarkan sahaja arahan itu, Ariadne terus berlari dan melompat untuk mencapai buku tersebut. Pada waktu jarinya menyentuh kulit buku itu, dia dapat merasakan satu aura yang luar biasa. Tanpa dirinya menyedari, rambutnya perlahan-lahan bersinar.

"Aria! Sebut mantera itu!" Jerit Stephen didalam kepayahan menahan jampinya dihapuskan oleh makhluk itu.

"Mantera apa?!"

Di waktu itu juga dinding pelindung Stephen mula retak.

"Cepat!" Stephen menggesa.

Ariadne secara spontan membuka buku Vishanti tersebut. Dia membelek kertas-kertas dibuku itu dengan harapan dapat menjumpai mantera yang disebut oleh Stephen. Tapi mantera apa? Buku ini tebal dan terlalu banyak jampi didalam ini.

"Mana? Mantera apa?" Ariadne yang sedang panik cuba menggesa dirinya mencari meskipun dia tidak mengetahui mantera apa yang perlu dicarinya.

"Anakku..."

Panggilan itu membuatkan Ariadne terkaku. Suara siapa itu?

Disaat itu juga Stephen memanggil Ariadne. "Aria! Aku tak dapat bertahan lagi! Pergi!!!"

Ariadne semakin panik. Siapapun yang bersuara sebentar tadi, rasanya dia perlu meminta bantuannya. "Si...siapa kamu?"

"Akulah Vishanti, pemilik buku ini..."

Kelopak mata Ariadne mula terbuka luas.

"Dengar sini, sebut mantera ini. 'Accipe me ad universum extra hoc regnum'."

Tanpa teragak-agak Ariadne menyebut kembali mantera itu. Kali ini bukan rambutnya sahaja yang bersinar malah matanya juga.

Krak!

Tak!

Krak!

BAM!

Dinding pelindung tadi sudah pun pecah. Stephen telah pun terbaring diatas lantai disebabkan daya tolakan yang dirasakannya sebentar tadi.

Shing.

Sebuah portal terbuka di belakang Ariadne yang sedang memeluk buku Vishanti. Makhluk itu terus menoleh dan meluru ke arah gadis tersebut.

Sebelum Ariadne disedut masuk ke dalam portal, dia sempat melihat Stephen berusaha menggunakan jampinya untuk menarik makhluk itu daripada menggapai Ariadne.

Segala-galanya berputar-putar apabila dia berada didalam portal tersebut. Fikirannya kosong. Ia terasa seperti dia terjatuh ke dalam lubang yang terang tanpa penghujung.

Ianya beberapa saat kemudian barulah pemandangan Ariadne berubah. Tiada lagi gelombang-gelombang biru cerah yang mengelilinginya, sebaliknya pemandangan langit biru yang indah menyapa matanya.

Namun ia tidak lama sebelum segalanya menjadi gelap.

~~~~°°°•°°°~~~~

10.7.2022
529

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now