Awan putih yang melayang malas menghiasi langit. Ianya hari yang cerah, sesuai untuk melakukan aktiviti riadah diluar dan bersantai. Bahkan suara-suara burung yang menyanyi merdu juga seakan bersetuju dengan kenyataan diatas.
Kini Ariadne dan Caspian sedang duduk dan berkelah bersama-sama dibawah sepohon pokok yang redup. Mereka duduk diatas kusyen yang dilapisi dengan kain segi empat besar. Terdapat sebuah bakul makanan yang telah terbuka dan beberapa manisan dihidangkan diatas kain serta minuman. Itu semua dibawa oleh mereka dan dibantu oleh Marionette.
"Caspian, saya nak tanya sesuatu." Ujar Ariadne.
"Ya, Aria? Apa dia?" Balas Caspian lalu menghirup airnya.
"Awak ada magik kan?"
Caspian tersedak airnya setelah mendengar soalan tersebut dan terbatuk beberapa kali.
"Oops, nah, ambil sapu tangan ni." Tanpa ragu-ragu Ariadne terus menghulurkan sapu tangan yang belum digunakan olehnya kepada Caspian. "Ambil saja terus sapu tangan itu. Tak perlu bagi balik." Ujarnya lagi sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Caspian. "Awak okey?"
"Uh, I'm fine, thank you." Ucap Caspian setelah batuknya reda. Kemudian, dia mengangguk. "Awak betul."
"Huh?" Ariadne terbingung sejenak. Adakah yang dikatakan oleh Caspian itu adalah jawapan kepada pertanyaannya tadi? Jika ya, kenapa Caspian terlihat setenang ini?! "Tunggu dulu. Awak tak terkejut yang saya tahu?!"
"Pada mulanya saya melihat awak kelihatan berbeza dengan orang lain dan aura awak sama sekali berbeza dengan manusia biasa. Jadi saya menyangka awak adalah pakar magik sama seperti saya. Tapi apabila kita berada dekat semalam, saya tak fikir awak adalah pakar magik yang biasa. Aura magik ahli sihir biasa berwarna biru tapi awak berwarna emas."
Kelopak mata Ariadne berkelip-kelip kehairanan. Jadi ini bermakna Caspian juga bukanlah sembarangan pakar magik kerana hanya pakar magik yang telah mahir hampir segala mantera sahaja yang mampu melihat aura seseorang.
Melihatkan wajah bingung daripada Ariadne, Caspian pun mencapai kedua tangan gadis itu seolah-olah ingin memberitahu bahawa Ariadne boleh mempercayainya. "Jangan risau, selama awak berada di dunia ini saya akan menjadi peneman awak supaya awak tak berasa sunyi."
"Ah, thank you. Eh?!" Ariadne tersedar sesuatu. "Awak, awak tahu yang saya juga berasal dari dunia lain?!" Soalnya dengan terkejut.
"Hahaha, apalah awak ini. Tak akanlah ada seorang manusia yang jatuh dari langit dan ada kuasa magik yang luar biasa hidup di dunia yang hampir pupus magiknya." Caspian berkata ceria.
"Ouh, nampaknya ramai orang sudah tahu tentang kisah aku kalau macam ini."
"Eh, bukan macam itu. Saya tahu pun sebab saya ada pada waktu itu."
"Wow, you are full of suprises." Ucap Ariadne dengan rasa takjub. "So, now. What do you think about going back to our universe?" Dia tersenyum semasa bertanyakan soalan tersebut.
***
"Oh." Violette bersuara tatkala dia terlihat Jeremy dan Vivienne yang sedang berjalan bersama. "Jeremy, Vivienne, apa khabar?" Sapanya.
"Eh, tuanku..." Vivienne tersentak sedikit sementara Jeremy pula dengan tenang menoleh dan menunduk sedikit untuk menunjukkan hormat lantas diikuti oleh Vivienne.
"Hello, tuanku ratu." Ucap Jeremy. "Tuanku baru selesai bertemu Tuan Hubert ke?"
"Ya, saya baru sahaja laporkan dengan dia tentang keadaan sekarang dan bersarapan dengannya. Hurm, kamu berdua pun mahu bertemu dengannya juga ke?" Soal Violette.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...