13: The Man

43 7 0
                                    

Tweet

Tweet

Terdengar bunyi burung berdecit ditepi jendela biliknya. Kini Ariadne telah pun bangun dari lenanya.

"Selamat pagi, Cik Aria." Sapa marionette peribadinya.

"Mmm, selamat pagi." Ariadne yang telah biasa dengan ucapan itu disetiap pagi hanya melemparkan senyuman manis. "Alright, then... Enough with being nice to Louis." Secara tiba-tiba nada suaranya bertukar dingin.

Sudah seminggu berlalu selepas Ariadne menerima surat daripada Louis. Dan kata-kata yang dibisikkan oleh Louis kepadanya membuatkan fikiran Ariadne bimbang, panik dan sebagainya. Macam mana dia tidak panik kalau apa yang Louis katakan padanya adalah;

"Kau langsung tidak tahu apa-apa tentang Campanule malah juga tentang negara-negara yang lain. Jadi aku tertanya, apa yang akan berlaku pada kau jikalau aku beritahu yang kau bukanlah manusia dari tanah bawah kepada semua orang?"

Ariadne menepuk dahinya. Ini semua disebabkan Louis bertanya pelbagai soalan mengenai konflik yang berlaku di tanah bawah ketika ini menjadikan perkara ini berlaku. Sudah tentulah dia tidak dapat menjawab sebarang soalan yang diajukan. Dia bukannya manusia dari tanah bawah.

Namun, kalaupun orang-orang Floralia tahu bahawa dia bukanlah seseorang yang berasal dari tanah bawah, apa yang mereka boleh lakukan? Malah Hubert sendiri pun membenarkan dia tinggal disini. Lagipun, Ariadne dapat tahu daripada Violette bahawa orang-orang yang hidup di kerajaan Parterdeame akan mengikuti arahan Hubert tanpa ada apa-apa bantahan. Jadi, apa masalahnya?

Ugh... Ariadne tidak mahu memikirkannya lagi. Lebih baik dia pergi bersiram dan makan.

Itulah apa yang dia fikir, tetapi selepas sahaja dia menyalin pakaian, Louis telah menghantarnya surat lagi.

[ ...siapa kamu sebenarnya? Dan kenapa kamu menipu?... ]

Itu adalah isi utama yang ditulis didalam surat tersebut dan itu hanya membuatkan dia semakin stress. Jikalau sekali atau dua kali, tidak apa. Tapi Louis bagaikan tidak mahu berputus asa bertanyakan soalan tersebut hampir setiap hari.

Kemudian, Ariadne menarik nafas panjang lalu menghembuskannya. Mungkin dia perlu bersiar-siar di taman untuk menenangkan kembali fikirannya.

Tapi rasanya bersiar-siar di taman yang dipenuhi dengan keindahan ini pun tidak mampu menenteramkan jiwanya malah dia telah memikirkan cara yang mudah untuk membuatkan Louis melupakan segala apa yang mereka bualkan selama ini dengan menggunakan magik.

Walaubagaimanapun, dia tidak seberapa gemar menggunakan cara tersebut kerana ia bagaikan dia menipu dirinya sendiri. Ketika ini Ariadne telah pun menghadap dinding. Kepalanya dirapatkan pada dinding dan pada akhirnya kepalanya menyentuh dinding.

'Aku tak mahu fikirkan lagi... Tapi kalau dah terpaksa, mungkin aku patut gunakan saja magik aku. Cara itu akan memudahkan hidup aku disini. Jadi, rasanya, itu tak salah, kan? Kan? Aku dah agak, aku sepatutnya buat sa...'

"Mesti kepala awak sakit."

Ariadne terkedu tatkala seseorang menariknya perlahan dan memegang dahinya. Dia tidak sedar bila masa dia mula menghantuk-hantukkan kepalanya di dinding. Namun dia tidak fikir hantukkannya itu kuat kerana kepalanya tidak berasa sakit.

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now