Rama-rama biru itu akhirnya mendarat di tangan Ariadne namun dia segera menghalaunya pergi daripada menyentuh tangannya.
"Rosenberg? Jadi apa perlu aku buat? Gelabah?" Nada jengkel daripada suara Ariadne jelas terdengar.
Jeremy sudah tentulah tidak menjangkakan reaksi itu. Dia agak terkejut jika dilihat dari raut wajahnya. "Well, saya cuma tertanya kalau kamu adalah sebahagian daripada keluarga Louis."
"Apa pendapat kau?" Ariadne mengelak untuk menjawab dan memberikan guardian butterfly itu senyuman yang kelihatan sedikit angkuh.
"Pendapat saya, kamu bukanlah sebahagian daripada keluarga Louis. Kerana dulu terdapat satu ketika dimana semua ahli keluarga Rosemberg diburu..."
Untuk seketika, Ariadne terimbas kembali memorinya tatkala semua ahli keluarganya diserap kuasa magik mereka dan meninggalkan jasad kering sahaja. Namun dia segera kembali semula ke realiti.
"Jadi, hanya maharaja iaitu kekanda Louis dan Louis sahaja yang tinggal. Lagipun, loghat bahasa melayu kamu terdengar seperti orang Chrysanthemum." Ujar Jeremy.
"Hm, mungkin aku adalah ahli keluarga Louis yang sempat larikan diri dan menyesuaikan diri disitu." Kata Ariadne, memberi alasan namun begitu dia kelihatan yakin dengan kata-katanya.
"Mungkin saja." Walaupun Jeremy berkata sedemikian, tapi dia tidak mempercayai kata-kata Ariadne. Kemudian, dia mengambil pocket watch dan memeriksanya. Lalu, dia pun berdiri. "Rasanya mereka berdua sudah selesai. Mari kita pergi, Cik Ariadne Rosenberg." Dia sengaja menekan sedikit suaranya ketika menyebut nama Ariadne.
Ariadne hanya memberi pandangan mata yang menunjukkan dia berasa jengkel sahaja sebelum bangkit dari sofa.
Jeremy tersenyum sebelum berjalan keluar daripada ruang tamu terbuka itu bersama-sama Ariadne.
Seperti yang dikatakan oleh Jeremy, Ratu Violette dan Louis sudah pun selesai berbual. Tidak pasti berbual tentang apa, akan tetapi Louis kelihatan sedang tersenyum-senyum manakala Violette pula terlihat serius.
"Maafkan saya jika mengganggu, tapi beritahu saya apa yang kamu berdua bualkan dari awal sampai akhir." Ujar Jeremy setelah memasuki ruang tamu yang diduduki oleh Louis dan Violette ini.
Ariadne pun memandang Jeremy dari atas ke bawah selepas mendengar kata-kata Jeremy itu. 'Teruknya dia ni. Bukan ke kami keluar dari tempat ni untuk beri diorang ni privasi?' Dia benar-benar menghakimi Jeremy disaat ini.
Violette pula terkelu mendengar kata-kata Jeremy itu.
"Dia sebenarnya agak sukar. Aku gagal mencuri hati ratu kali ini." Dengan selamba Louis menjawab.
"Oh, jadi ini pertama kali kau ditolak. Sungguh, ratu sangat istimewa." Kata Jeremy, agak kagum
"Ap—apa?" Violette sedikit tergamam.
"Well, permainan belum selesai lagi. Saya akan bersedia untuk pertempuran yang panjang." Ujar Louis lagi. Kali ini kata-katanya lebih tertuju kepada Violette.
Violette cuma diam dan tidak bersuara apapun. Namun dia berasa sedikit kekok apabila kedua lelaki dihadapannya itu berbicara mengenai dirinya.
Setelah mengucapkan selamat tinggal, akhirnya Violette dan Ariadne sudah pun berada di dalam kereta kuda. Ariadne memberikan satu pandangan terakhir kepada Louis dan Jeremy, lagi-lagi kepada Louis sebelum kereta kuda ini bergerak keluar dari perkarangan rumah agam satria selatan.
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah agam Violette, Ariadne terlihat kelakuan ratu itu agak pelik. Ratu itu sedang merenung tangannya lalu mengeluh sendirian. Bukan sekali tapi berkali-kali Violette mengeluh sehinggalah membuatkan Ariadne ingin bertanya.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasíaKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...