21: Talk with Louis ii

36 10 1
                                    

"Jadi, apa yang kau fikir aku akan buat bila aku pulang nanti." Ariadne menyoal sambil tersenyum.

Louis diam sejenak untuk berfikir. "Hmm." Lalu dia juga turut tersenyum. "Antara melupakan atau membalas dendam, awak akan pilih membalas dendam, kan? Awak bukanlah seorang yang pemaaf."

Ariadne mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia berfikir, disebabkan mereka adalah dua orang yang sama, mereka mesti mempunyai pemikiran yang lebih kurang sama. Tapi ayat Louis seterusnya menyangkal idea Ariadne itu.

"Itulah yang membezakan kita. Saya tahu awak sememangnya membenci Ares selepas kejadian itu, tapi saya tidak jangka awak akan berazam untuk membunuh dia."

Ariadne tertawa kecil. "Aku cakap itu masa aku betul-betul marah dan... terdesak."

"Tapi awak sendiri pun tahu kan awak dan Stephen tidak akan dapat mengalahkan Ares?"

Ariadne tidak menjawab tapi raut wajahnya kelihatan bahawa dia tahu apa yang diucapkan oleh Louis itu adalah benar.

"Tidak boleh ke awak lari sahaja ke dunia lain?" Soal Louis.

Namun Ariadne tidak mahu menjawab persoalan itu. Jawapannya adalah tidak juga. Jadi dia tidak mahu membuang masa dan terus bertanyakan sesuatu yang berlegar-legar di mindanya ketika ini. "Kau tak pernah cuba balas dendam pada dewi itu ke?"

Louis terlihat agak terkejut sedikit mendengar soalan tersebut tetapi kemudian dia termenung sejenak. "Saya... tak pernah berniat sebegitu. Mungkin pernah tapi tak lama. Saya cuma berfikir, besar sangat ke kesalahan saya sampai dewi memberi sumpahan itu?"

"Oh, wow. Kalau aku jadi kau, aku sumpah dia balik. Dan cari dia sampai dapat...dan mungkin tampar dia. Aku tak tahu."

Louis hanya tersenyum pahit. "Memang saya ada pergi mencarinya selama tiga kehidupan, tapi saya tak pernah jumpa dia dan pada waktu itu pula semua dewa dan dewi sudah berputus asa dengan dunia ini dan pergi dari sini. Saya berhenti mencari cara untuk membuang sumpahan ini semasa di kehidupan saya yang... ke lapan. Saya terjumpa salah satu ahli sihir yang terakhir di dunia ini, dan katanya; Dewi Calista menunggu saya selama beberapa tahun sebelum menghilang dari dunia ini."

Ariadne terkelu seketika sebelum bertanya, "Dewi Calista itu nama Goddess of Desire ke?"

"Ya, dan selepas itu, saya juga berputus asa untuk mencari cara lain untuk hapuskan sumpahan ini." Ujar Louis.

"Aku... Aku rasa aku boleh tolong kau."

"Huh?"

"Mungkin. Aku tak pasti sangat. Sebab aku ada nampak magik aku mampu memanipulasi sumpahan tapi aku masih tak belajar caranya." Ariadne segera menjelaskan kata-katanya agar Louis tidak mempunyai harapan yang tinggi darinya.

Louis hanya terkejut sedikit sahaja dengan apa yang diucapkan oleh Ariadne. Dia langsung tidak mengharapkan apa-apa. Dia sudah dilahirkan berkali-kali selama beratus-ratus tahun. Jadi dia sudah merasakan betapa sakitnya mempunyai harapan.

Setelah berfikir sejenak, Ariadne mengangkat tangannya dan melakukan satu lambaian. Serentak itu muncul satu cahaya keemasan di sampingnya dan membentuk sebuah buku. "Inilah Buku Vishanti." Beritahunya. "Tapi sebenarnya aku tak nak kau mati lagi." Ariadne terus menatap Louis selepas dia mengatakan itu.

Louis tidak berkata-kata apa-apa malah ekspresi wajahnya pun tidak berubah sangat. Oleh itu, Ariadne tidak dapat meneka apa yang difikirkan serta dirasakan oleh Louis. Lelaki itu sememangnya pandai menyembunyikan perasaannya.

"I'm sorry. I feel like, ada satu ketika nanti aku akan memerlukan bantuan kau."

"Tak apa. Saya sentiasa berada disini."

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now