Ariadne telah menantikan saat ini. Sejak dari mula majlis ini lagi dia sudah tertanya-tanya jikalau ada atau tidak makanan disediakan. Dia berasa tertanya kerana baru sahaja pagi tadi dia mendapat tahu orang Floralia tidak perlu makan dan minum bahkan tidur juga.
Ketika ini, pelbagai jenis juadah yang berasal dari pelbagai negara sudah disajikan diatas meja yang berada disepanjang tepi dewan. Bukan makanan sahaja yang disediakan malah pelbagai jenis minuman serta manisan telah dihidangkan dengan tersusun.
Dan kini, Ariadne tidak mahu membuang masa lagi, dia segera mengorak langkah menuju ke meja tersebut. Ia bagaikan syurga makanan. Walaubagaimanapun, dia bukanlah seorang yang akan makan dengan jumlah yang banyak tetapi dia mempunyai selera makan yang banyak pula. Silap hari bulan, mungkin saja dia muntah kerana terlebih makan.
Haih, itu benar-benar membuatkan Ariadne mengeluh seorang diri. Peristiwa muntah bersama rakannya masih tersemat dimindanya.
Setelah Ariadne mengambil pinggan yang sudah diserahkan oleh marionette, dia pun mengambil satu daripada pelbagai jenis manisan yang disediakan disitu.
Ariadne bukanlah seorang yang begitu penyabar. Oleh itu, dia terus menyuapkan manisan tersebut ke dalam mulutnya sekali gus dan terus mengunyah.
'Wahhh, rasanya manis tapi tak terlalu berlemak.' Komen Ariadne sendirian sebelum seseorang menegurnya dari belakang.
"Hello." Sapa seorang wanita.
Ariadne yang tersentak segera mengunyah laju-laju dan menelannya sebelum berpaling menghadap wanita itu. "Hello juga." Balasnya sambil memberikan senyuman yang agak janggal.
"Saya adalah Eve Monroe. Panggil saja saya Madam Eve." Ucapnya dengan bicara yang penuh elegan.
"Oh, nama saya pula Ariadne Rosenberg. Panggil saja saya Aria." Ariadne hanya memberitahu namanya oleh disebabkan wanita itu sudah pun memberitahu namanya dahulu.
"Saya sudah agak. Violette ada bercakap mengenai kamu dengan Hubert pada makan malam semalam."
"Ouh, ye ke?" Ariadne membalas sambil menggigit manisan ke dalam mulutnya.
"Hurm, nampaknya bukan saya sahaja yang tertarik untuk bercakap dengan kamu."
"Huh?"
Kemudian, Ariadne pun menoleh ke arah mata Madam Eve tujukan. Untuk seketika, dirinya bagaikan tekaku. Kenapa? Sebab ada lelaki hensem berjalan ke arahnya!
Lelaki itu bukan sahaja hensem, tapi juga cantik. Rupawan sangat! Dengan rambut perang keemasan, lelaki itu bagaikan bersinar dan menenggelamkan orang lain disekitar lelaki itu dimata Ariadne. Bagaikan putera dari cerita dongeng!
Akhirnya, lelaki itu tiba juga dihadapannya. Dari jarak ini, Ariadne boleh melihat betapa memukaunya mata hijau milik lelaki itu memandangnya.
"Sungguh indah malam ini, bukankah begitu cik?" Lelaki itu mula berkata dengan senyuman yang begitu menawan mana-mana hati wanita bahkan juga lelaki.
Ariadne merenung sejenak wajah lelaki itu sebelum menyedarkan dirinya dan membalas, "Ah, ya...mungkin."
"Jika saya tak silap, kamu adalah Louis, satria dari empayar selatan, bukan?" Soal Madam Eve. Dia sengaja bertanyakan soalan tersebut kerana dia menjangkakan bahawa gadis di sebelahnya ini tidak akan berkata sesuatu yang akan meneruskan perbualan antara dia dan lelaki tersebut. Mungkin sahaja kerana terlalu mengagumi keindahan wajah milik lelaki itu.
"Benar itu." Balas Louis. "Dan kamu...?"
"Eve Monroe. Panggil saja saya Madam Eve."
"Baiklah."
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...