Kakinya melangkah lembut diatas rumput-rumput yang menghijau. Dengan angin yang bertiup perlahan ke arahnya, dia menolak sedikit rambutnya ke belakang telinga. Pemandangan bunga-bunga yang berwarna-warni, tidak akan jemu apabila dipandang. Ia sememangnya menyenangkan.
Namun raut wajah yang terpamer di wajahnya menunjukkan sebaliknya. Ariadne terlihat begitu serius. Persalinan yang dipakainya adalah pakaian yang dipakainya semasa tercampak ke dunia ini. Dia sudah pun memberitahu marionette peribadinya bahawa dia akan meninggalkan tempat ini meskipun marionette adalah makhluk yang bukan benar-benar bernyawa. Ariadne juga telah meninggalkan surat selamat tinggal kepada Violette serta penjelasan siapa dirinya dan di mana tempat asalnya.
Kini, Ariadne sedang berdiri dihadapan pohon kehidupan sambil memegang buku Vishanti. Rasanya disinilah tempat yang Violette dan Hubert menjumpainya hari itu. Dan disinilah juga Ariadne ingin membuka portal untuk kembali ke realitinya bersama Caspian.
"Aria!"
Ariadne terus berpaling apabila terdengar namanya dipanggil. Ianya Caspian. Panjang umurnya, baru sahaja dia berfikir tentang lelaki itu. Bukan hanya Caspian sahaja yang sedang berjalan menghampirinya malah Louis juga.
"I hope I didn't keep you waiting for too long." Ujar Caspian apabila mereka berdua tiba dihadapan Ariadne.
"It's fine, but you two look like siblings." Kata Ariadne dengan selamba.
Louis tersenyum manakala Caspian tertawa kecil. Mereka tahu mengapa Ariadne boleh berfikir sedemikian. Mereka berdua mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa iaitu; mempunyai warna rambut yang hampir sama dan warna mata yang sama serta rupa paras yang menawan. Tubuh Louis yang tinggi juga membuatkan dia kelihatan seperti seorang abang kepada Caspian.
"Eh. Tapi kenapa korang berdua boleh jalan sama-sama ini?" Soal Ariadne tatkala tersedar mereka berdua tiba ke sini sambil berjalan bersebelahan.
"Ah... That's because Louis and I arrived here at the same time. I greeted him and asked, 'what are you doing here?' and he replied, 'Miss Aria want me to meet her at the Tree of Life', and... here we are." Jelas Caspian.
"Ouh, alright. Well, Caspian. Can you give us space for both of us to talk for a while?" Soal Ariadne didalam bahasa inggeris. Ini kerana Caspian adalah seseorang yang berasal dari Norway dan hanya lancar bercakap dalam bahasa Norwegian serta bahasa Inggeris. Namun mengapa pula Caspian boleh bercakap dalam bahasa Melayu sebelum ini? Mudah, itu kerana dia menggunakan magik supaya dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu disebabkan rakyat Parterdeame menggunakan bahasa tersebut.
"Sure." Balas Caspian, lalu melangkah sedikit jauh daripada mereka berdua.
Ariadne dan Louis juga bergerak agak jauh daripada Caspian. Sebelum Ariadne mengucapkan sesuatu dia sempat melihat pemandangan kawasan pohon kehidupan yang terbentang indah dihadapannya.
"Louis." Ucap Ariadne.
"Kenapa? Awak sedih ke?" Soal Louis dengan senyuman yang memahami. Dia bertanya begitu kerana dia dapat merasakan perasaan melankolik daripada Ariadne.
"Tidak juga, tapi bila difikirkan balik, aku baru seminggu lebih tinggal disini. Kalau aku pergi, magik aku akan berhenti memberikan pohon ini tenaga magik."
"Well, tidak perlulah awak berasa risau. Awak bukannya orang yang berasal di dunia ini pun. Jadi awak tidak perlu kisahkan tentang pohon itu. Lagipun, saya tidak kisah langsung tentang pohon ini."
Meskipun Louis mempamerkan senyuman yang manis namun entah mengapa Ariadne berasa ianya merisaukan. Lagi-lagi ayat yang diucapkannya itu. Ghisau.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...