Arcadia adalah tempat yang indah yang tidak diciptakan oleh manusia. Ia berkembang secara semula jadi di suatu tempat di galaksi bima sakti. Tempat itu ditemui oleh seseorang, anak kepada seorang dewa dan manusia. Di dalam sejarah, dewa itu dikatakan berasal dari alam semesta yang berbeza.
Pada awal kewujudan Ascadia, kerajaan itu didefinisikan sebagai kerajaan yang mempunyai keamanan, keharmonian, kestabilan dan kemakmuran yang lebih daripada kerajaan-kerajaan lain yang berada di galaksi bima sakti.
Di padang rumput hijau yang menyenangkan ini, ia disejukkan oleh aliran sungai. Tempat ini didiami oleh makhluk campuran manusia dan makhluk lain. Dewa dan dewi serta beberapa makhluk yang mempunyai fizikal sama seperti manusia juga tinggal disitu. Orang Ascadia adalah orang yang rendah hati, tanpa kebencian dan ketamakan, hidup dengan aman, serta yang belum lagi dicemari oleh sebarang 'kerosakan'.
Ya, itulah yang seharusnya terjadi.
*
*
*
*
*
Sejurus selepas Ariadne dan Caspian tiba di Ascadia, mereka disambut oleh penjaga pintu teleport. Meskipun penjaga pintu itu terkejut dengan kehadiran Ariadne, dia tidak memberikan reaksi berlebihan dan terus menjalankan tugasnya apabila Ariadne memintanya untuk menghubungi para pekerja yang menjaga rumah agam datuknya di kerajaan ini.
Kini, Ariadne duduk disebelah jendela sambil menghirup air teh yang masih hangat.
Sementara itu, seorang wanita yang setia berdiri disisi Ariadne, memandangnya dari hujung mata. Dia bernama Ellen. Seorang pembantu peribadi Ariadne. Dia tidak menjangkakan cik mudanya ini akan datang kembali ke Ascadia dan menghadiri sambutan ulangtahun putera mahkota. Dia juga tidak pasti sama ada Ariadne tahu mengenai dirinya dipandangan rakyat Ascadia atau tidak. Namun ada sesuatu yang benar-benar menjadikan dirinya tertanya-tanya, siapa lelaki rupawan yang datang bersama cik mudanya?!
Tidak mungkinlah lelaki itu adalah teman lelaki cik mudanya. Atau mungkin juga cik mudanya ingin menggunakan lelaki itu sebagai teman lelaki palsu di majlis hari isnin nanti. Apapun ia, Ellen sememangnya panasaran untuk mengetahui siapa lelaki itu dan mengapa cik mudanya membawanya ke sini.
"Ellen."
"Ya." Ellen menjawab panggilan Ariadne.
"Kamu sudah siapkan gaun aku untuk sambutan ulangtahun putera mahkota ke?"
"Belum. Sa-"
Belum sempat Ellen ingin bertanya, Ariadne memintas kata-katanya.
"Kalau begitu, mari kita pergi."
"Pergi ma- ah..."
Ellen hendak bertanya ke mana mereka akan pergi tetapi kemudian dia terfikir, sudah tentulah cik mudanya ingin memilih gaun. Bukan di kedai namun di bilik pakaiannya sendiri.
Ariadne kemudian memulas tombol pintu. Sebuah bilik yang luas dan hampir dipenuhi dengan pakaian, kasut, beg serta barang kemas terbentang di hadapan mata. Lantas mereka berdua berjalan ke bahagian gaun yang kelihatan lebih mewah daripada yang lain.
Terdapat banyak pilihan tetapi Ariadne mempunyai ciri-ciri gaun yang diingini. Warna hitam, itu mesti.
Setelah setengah jam memilih persalinannya nanti, Ariadne bertemu dengan Caspian. Dia pasti ketika ini lelaki itu sudah selesai bersiar-siar dikawasan rumah agam ini.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasíaKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...