20: Talk with Louis

35 9 0
                                    

Ariadne mengetap rahangnya, menahan rasa geram kerana dia merasakan matanya mula berair. Dia segera mengelap matanya dengan lengan bajunya. Untuk seketika dia teringatkan bagaimana seluruh keluarganya meninggal dunia.

Kemudian, Ariadne menarik dan menghembuskan nafasnya untuk menenangkan dirinya. Dia tidak sepatutnya berperasaan sedih seperti ini lagi. Dia ada misi yang perlu dilakukan. Oleh itu, dia tidak mahu perasaannya mengganggu rancangannya. Disebabkan itu Ariadne telah membuat keputusan, iaitu; kembali ke alam semestanya, bersama-sama dengan Caspian. Caspian juga seseorang yang datang daripada realitinya, jadi dia mesti membawa lelaki itu bersamanya untuk mengelak berlakunya bencana.

"Caspian, do you trust me?" Soal Ariadne secara tiba-tiba.

Caspian terkelu seketika apabila mendengar pertanyaan Ariadne itu. Jika diikutkan, dia akan terus menjawab, ya. Tapi... baru seminggu Caspian mengenali gadis ini. Oleh itu, ianya tidak logik jika Caspian mempercayai Ariadne membuta tuli. Namun raut wajah yang ditunjukkan oleh gadis ini menunjukkan satu keyakinan serta keazaman. "Umm. Yes. I trust you, Aria."

Selepas itu, Ariadne mula menceritakan beberapa perkara yang diucapkan oleh Vishanti kepada Caspian. Ianya tentang keberadaan mereka di dunia ini dan kesannya. Di akhir pertemuan mereka, mereka telah memberi kata sepakat, dan kini Ariadne telah berada di dalam kereta kudanya.

Ariadne telah memikirkannya sejak malam tadi lagi. Sehinggakan ia masuk ke dalam mimpinya malam semalam. Tetapi rasanya itu bukanlah sekadar mimpi. Mungkin sahaja memorinya di alam semesta lain. Dan didalam mimpi itu, dia sedang membaca sebuah buku. Buku yang berwarna gelap itu sangat dikenali oleh Ariadne, ianya adalah The Darkhold.

Sekarang Ariadne tertanya, kenapa diri dia di realiti lain sedang membaca buku yang terkutuk itu? Orang yang membaca buku itu akan menjadikan setiap jari mereka berwarna hitam. Menandakan bahawa mereka sudah 'rosak' disebabkan buku tersebut.

Buku itulah yang membuatkan Ariadne berfikir pada malam semalam. Dia tertanya apa yang sedang dilakukan oleh Ares dengan buku itu? Tambahan lagi, Ariadne sudah merancang untuk kembali ke realitinya, jadi dia perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi Ares.

"Hurmm." Ariadne melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta kuda ini.

Ariadne tahu bahawa Louis sudah sedia maklum apa yang mampu dilakukan oleh Ares kerana Louis telah mimpikan memorinya sebanyak lima kali dan semuanya berkaitan dengan Ares. Sedangkan Ariadne pula hanya mimpikan memori Louis sebanyak dua kali. Yang pertama adalah berkenaan dengan dewi dan yang kedua pula mengenai kehidupan Louis yang kelima, dimana dia membalas surat seseorang dan menjadi satu skandal besar. Kejadian itu juga membuatkan Louis tidak lagi membalas surat-surat yang ditulis untuknya.

Oleh itu, disebabkan Louis sudah hidup beratus tahun jadi sudah tentulah dia seorang yang matang. Ariadne memutuskan untuk bertemu dengannya dan meminta pendapat daripada lelaki itu. Lagipun, dia sedikit berasa ingin tahu tentang kehidupan Louis selama ini.

"Marionette. Bawa aku ke tempat tinggal satria selatan." Arah Ariadne.

"Baiklah, cik."

Ia tidak mengambil masa yang lama, setelah lima minit berlalu akhirnya mereka tiba di perkarangan rumah agam Louis. Dari jauh Ariadne ternampak kelibat Jeremy sedang keluar daripada kereta kudanya. Nampak seperti lelaki itu baru tiba dari sesuatu tempat. Butterfly itu masih berdiri disitu apabila Ariadne sudah turun dari kereta kuda dan berjalan menghampirinya.

"Selamat datang, Aria. Saya tertanya kenapa kamu datang ke sini hari ini?" Sapa Jeremy dengan raut wajah yang senang.

"Ya. Hello, Jeremy. Aku ke sini sebab.." Ariadne berpura-pura berfikir. "Sebab nak jumpa Louis."

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now