"Hmm? Malam ini ialah majlis pertabalan kau?!" Soal Ariadne, separuh terkejut.
Violette sedikit tersentak tatkala terdengar nada Ariadne yang agak kuat secara tiba-tiba, itu namun dia tetap menjawab seadanya. "Ya, dan juga majlis menyambut kedatangan kesatria."
"Ouh..." Itu sahaja yang Ariadne suarakan sebelum menyambung semula suapan makanannya.
"Dan saya nak jemput kamu datang malam ini."
"Eh?" Ariadne memberi tatapan pelik sebelum mengangkat bahu dan sambung semula mengunyah. "Thank you..., I guess." Ucapnya selepas selesai sahaja dia mengunyah.
Ia tidaklah begitu membosankan berbual bersama-sama Puteri Violette serta melayan kerenah si kembar, Ruri dan Akane meskipun kadangkala Ariadne berasa jengkel dengan mereka. Didalam perbualan tersebut, dia mendapat tahu bahawa si kembar itu adalah butterfly Violette.
Sudah tentulah Ariadne berasa hairan dan bingung apabila Violette menjelaskan apa itu butterfly, marionette dan bangsa Floralia. Tapi dia cuba untuk memahaminya oleh kerana dia akan tinggal disini untuk beberapa ketika.
***
Malam itu dipenuhi dengan keheningan yang tidak dijangkakan, malah orang-orang Floralia yang ceria pun bagaikan sedang menahan nafas mereka dengan harapan dapat melihat satu perubahan drastik yang akan datang ke dunia.
Dewan yang telah ditutup selama ini tanpa seorang ratu telah diselenggarakan dengan baik dan berdiri teguh di situ. Kemewahan dan keindahan dewan itu semakin bertambah lagi di malam yang penuh rahmat ini. Ia adalah tempat yang ideal untuk menjadi pengenalan diantara orang-orang yang akan mengubah dunia bersama-sama.
Violette agak terkejut betapa dia berasa tenang ketika ini. Mungkin kerana fikirannya sudah jauh melampaui kegelisahan atau mungkin ini masih sebuah mimpi. Apapun itu, Violette akan menjadi seorang ratu secara rasmi tidak lama lagi.
Mata Violette melihat ke bawah, melihat para tetamu yang bakal menjadi kesatrianya nanti serta rakan barunya, Ariadne.
Disisi lain, Ariadne berasa takjub melihat keindahan tempat ini. Ia seakan dia telah kembali ke zaman kegemilangan Eropah. Persalinan-persalinan yang dipakai oleh orang-orang Floralia sememangnya cantik-cantik belaka serta mewah. Namun persalinan yang dipakai olehnya tidak ada kurangnya. Gaunnya berwarna kuning keemasan yang agak berkilau dan hampir sahaja menampakkan bentuk tubuhnya. Gaun itu dipadankan lagi dengan rantai mutiara yang diciptakan olehnya melalui magik. Rambutnya disanggul dengan kemas, ia juga dari pertolongan magiknya sendiri.
Dari apa yang diperhatikan oleh Ariadne, kulit orang Floralia kebanyakan cerah dan mulus malah jika dilihat sekali imbas mereka semua kelihatan hampir seperti patung porcelin.
Dan pada waktu ini, Ariadne duduk bersama-sama dengan orang-orang Floralia untuk menyaksikan pertabalan Puteri Violette.
"Terima kasih kepada anda semua kerana sudi datang ke sini di majlis yang bertuah ini."
Suara seorang lelaki yang berada diatas sebuah pentas bergema diseluruh dewan itu.
"Tuan-tuan dan puan-puan, ianya adalah satu penghormatan kepada saya untuk mengalu-alukan pemimpin diraja yang baru dan yang akan memberikan rahmat dewi kepada dunia ini. Pertama sekali, baliau adalah sebahagian daripada roh dewi yang juga dikenali ratu kita. Kini, puteri yang duduk di takhtanya telah ditahbiskan di hadapan anda, namanya adalah Violette dan saya Perdana Menteri Parteademe, Hubert."
"Hubert?" Bisik Ariadne sendiri. "Oh, jadi itulah dia. Aku sangka dia akan nampak tua tapi tidak rupanya."
Hubert mula berjalan ke hadapan takhta Violette diikuti dengan seorang lelaki yang membawa sebuah mahkota. Kemudian, tanpa berlengah Hubert mengambil mahkota tersebut dan perlahan-lahan meletakkan ia diatas kepala Violette. Satu lagi lelaki datang memberikan cogan alam kepada Violette. Seterusnya, sehelai kertas diberikan kepada Hubert.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...