Clap
Clap
Serentak itu beberapa orang marionette datang dengan sebuah dulang di tangan mereka. Teh yang merupakan produk dari tanah bawah dihidangkan kepada mereka semua. Manisan-manisan seperti kek, kuih dan gula-gula turut diletakkan diatas meja.
Ariadne yang tidak pernah mengambil bahagian dalam pertemuan yang berkelas seperti ini, memerhatikan segala-galanya dengan penuh minat. Begitu juga dengan Orpheus.
Louis adalah orang yang pertama menyisip air teh yang telah dituangkan. Dengan elegannya dia mengangkat cawan tehnya lalu tersenyum. Setiap gerak-gerinya kelihatan sangat sempurna sehinggakan sesiapa sahaja akan jatuh suka kepadanya. Oleh itu, ia masuk akal apabila jumlah orang Floralia yang menyukainya tiba-tiba sahaja meningkat. Itu apa yang difikirkan oleh Madam Eve.
"Sir Louis, bagaimana? Kamu suka dengan rasa teh itu ke?" Soal Madam Eve.
"Oh, saya sukakannya. Ia terasa seperti minum sekuntum bunga dan mempunyai rasa yang mendalam. Saya sangat berterima kasih, tetapi ada beberapa perkara yang saya tidak faham." Ujar Louis.
"Hmm? Apa yang kamu tidak faham, Sir Louis?"
"Saya dengar teh parti madam adalah yang terkenal di kalangan orang-orang Floralia. Saya tak pernah fikir yang madam akan menjemput saya. Apalagi bila saya belum berada disini lebih dari seminggu. Jadi, ia adalah satu penghormatan yang besar untuk saya menerima jemputan madam."
Madam Eve tertawa sedikit. Berasa gembira kerana menerima balasan yang positif daripada Louis.
Sementara itu, Ariadne merasakan perkara ini agak melebihi batas. Bukankah perempuan-perempuan disini kecuali Madam Eve terlalu jelas menunjukkan bahawa mereka berminat dengan Louis?
"Takde benda lain ke diorang nak tengok?" Disebabkan tempat duduk Ariadne berada sedikit jauh daripada para gadis, dia pun merungut dengan nada perlahan.
"That's right."
Ariadne terus berpaling ke sampingnya tatkala mendengar suara seorang lelaki yang bersetuju dengannya.
Orpheus segera menjauhkan dirinya dari Ariadne. "I'm sorry, I'm didn't do anything." Sebentar tadi dia juga sedang menghakimi gelagat para gadis sehinggalah dia terdengar kata-kata perempuan di sebelahnya.
Ariadne menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja sebelum berkata, "Look at them. Dari tadi Louis tak lepas dari mata diorang." Ujarnya dengan nada berbisik selepas merapatkan jarak diantara dia dan satria dari barat itu.
"I know right. Perempuan-perempuan ini tak fikir ke Sir Louis akan rasa tak selesa kalau mereka asyik pandang saja?" Orpheus bersetuju.
"Kalau nak pandang pun, sikit-sikit dahlah. Ini tidak. Macam tak pernah nampak lelaki je."
Kemudian, Ariadne dan Orpheus berpura-pura mengambil kek coklat yang terhidang dihadapan mereka tatkala salah satu tetamu perempuan yang hadir memandang mereka.
"Yang hairannya, Louis langsung tak nampak macam dia rasa tak selesa. Macam dia dah biasa jadi tumpuan orang." Sambung Ariadne.
"Hmm, orang handsome, biasalah"
Salah seorang tetamu lelaki yang hadir dan duduk berdekatan mereka mengejutkan mereka berdua. Sambil tangannya meletakkan semula cawannya diatas meja, dia berkata lagi, "Dari tadi kamu berdua cakap pasal mereka, kamu berdua cemburu ke?"
"Eh? Cemburu celah mana?" Soal Ariadne.
"it's not because we're jealous, it's just..."
"Ini tentang adab terhadap seseorang." Ariadne memintas ayat Orpheus.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...