"Aku, aku se...sebenar, sebenarnya..."
"Ugh, cakap jelah bahasa inggeris kalau kau tak pandai cakap bahasa melayu." Marah Ghislain kepada Orpheus.
"Alright." Orpheus mengeluh. Bukannya dia tidak pandai berbahasa melayu, cuma mindanya bercelaru untuk memikirkan ayat seterusnya didalam bahasa tersebut. "Actually, I just found out that I am one of the last gods (dewa) in the world. Hubert was the one who told me. But before that, I had a hunch when my caretaker said I couldn't sing while I was playing the harp or other instruments." Jelas Orpheus.
"Oh, jadi kau adalah dewa muzik atau dalam bahasa Inggerisnya, god of music?" Teka Louis.
"Maybe."
"Well, then, Aria. Orpheus sudah mengaku, kamu pula bila?" Soal Louis.
"Huh, are you a goddess too, Aria?" Tanya Orpheus dengan nada yang terkejut.
"Bukan..." Ariadne mengeluh. "Sebenarnya aku ahli sihir."
"Ahli sihir?!" Serentak Orpheus dan Ghislain bertanya.
"Ya, tapi bukan yang jahat atau wanita tua yang menyamar jadi gadis muda, bukan. Tapi..." Ariadne terjeda. "Mungkin apa yang aku bakal kata akan mengejutkan kamu semua. Tapi aku datang dari alam semesta lain."
Mereka semua terdiam, bahkan Louis juga. Louis tidak menyangka gadis itu berasal daripada alam semesta yang lain namun juga kedengaran logik disebabkan di dunia ini tidak lagi mempunyai ahli sihir.
"Alam semesta lain? You mean, in another universe?" Soal Orpheus.
Ariadne mengangguk.
"Aku tak faham. Kau fikir aku percaya apa yang korang berdua cakap? Mustahil untuk ada dewa dan ahli sihir lagi di dunia ini." Ujar Ghislain yang terang-terangan menyangkal pernyataan Ariadne dan Orpheus.
"Jadi, kau nak kami tunjuk bukti ke apa?!" Soal Ariadne dengan geram.
"Tunjukkan saja, Aria. Lelaki macam dia ini seorang yang degil." Kata Louis dengan bersahaja.
Ghislain cuma memberikan Louis pandangan yang tajam sahaja.
"Baiklah, kalau macam itu..." Ariadne berfikir seketika. "Ah, aku dah dapat. Tengok cawan itu." Dia menunjuk ke arah cawan Ghislain yang telah kosong tanpa air teh. Kemudian, dia menggerakkan tangannya. Serentak itu, cawan itu pun terangkat dengan sendirinya.
Secara refleks, Ghislain segera menjauhkan dirinya daripada cawan tersebut. Selepas beberapa ketika menunggu dan tiada apa-apa yang berlaku, Ghislain mendekati cawan itu lalu mencari sekiranya ada tali atau apa-apa yang mengangkat cawan tersebut, namun tiada.
"Kau, kau ke yang buat cawan ini terapung?" Soal Ghislain.
"Ya, mestilah." Jawab Ariadne, sedikit berbangga dengan dirinya.
Louis dan Orpheus juga berasa terkejut tetapi lebih memilih untuk menonton sahaja apa yang bakal dilakukan oleh Ariadne.
"Encik Ghislain, sila menjauh sedikit." Ujar Ariadne. Panggilan encik itu mungkin bakal menjadi tabiatnya apabila dia mahu mengarahkan Ghislain melakukan sesuatu nanti.
Setelah itu, Ariadne menggerakkan lagi tangannya tapi kali ini dia bagaikan sedang memusingkan sesuatu. Tanpa dijangka cawan kaca itu bertukar menjadi cecair lalu membentuk sesuatu objek. Objek yang terhasil adalah sebentuk bunga yang diperbuat daripada kaca. Bunga itu juga mempunyai warna serta corak yang sangat berbeza berbanding cawan sebentar tadi.
Kemudian, Ariadne memusingkan lagi gerakan tangannya ke arah yang berlawanan. Sekali lagi ia menjadi cecair dan membentuk sebuah cawan yang mereka lihat awal-awal tadi.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...