29: Lord of Order Magic

27 8 0
                                    

"Wah..." Jeremy bersuara kagum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ghislain nampak betul-betul serius."

"Ya, dia betul-betul mahu tahu jawapannya." Balas Donovan yang berdiri bersebelahan dengan Jeremy sambil memandang Ghislain dari luar jendela ruang tamu. Mereka berdua bukan mengintip tetapi mereka terlihat sosok tubuh kedua satria yang sedang bercakap antara satu sama lain semasa mereka berdua bersiar-siar di taman.

Sementara itu, di dalam rumah pula...

"Itu ke sebabnya kau datang berjumpa aku?" Tanya Louis. Raut wajahnya tidak terlihat begitu serius, berbeza dengan Ghislain.

"Ya. Aku ada tanya Ratu Violette tentang hal ini, tapi katanya dia bukanlah orang yang sesuai untuk menjawab persoalan aku, tetapi Ariadne. Tapi disebabkan Ariadne tak ada disini, ratu kata aku patut berjumpa dengan kau, kerana kau adalah satu-satunya yang rapat dengan Ariadne." Jelas Ghislain.

"Hm, begitu rupanya." Louis tersenyum. "Tapi, kalaupun benar kau bukan berasal dari alam semesta ini, apa yang aku boleh buat?"

Pertanyaan itu membuatkan Ghislain tidak mampu berkata-kata. Ya, apa yang Louis boleh lakukan? Lalu secaranya tiba-tiba dia berdiri. "Aku dah bazirkan masa kau. Kau patut berehat. Aku pergi dulu."

Sebelum sempat Ghislain melangkah pergi, Louis segera berkata, "Tidak, jangan putus asa dulu."

"Kenapa? Kau sendiri cakap yang kau tak boleh buat apa-apa."

"Bila masa aku cakap macam itu? Aku cuma tanya apa yang aku boleh buat."

Kemudian, Ghislain berdiri menghadap Louis. "Jadi, macam mana? Apa yang kau tahu?"

"Memang aku tak boleh buat apa-apa, tapi Aria boleh. Jadi, bertenanglah dan duduk. Aku akan ceritakan segalanya yang aku tahu."

Mendengarkan itu, Ghislain pun kembali duduk.

"Tapi aku ada satu syarat."

Ghislain terkaku lalu berdiri semula. Dia sudah bersedia untuk berjalan pergi sekali lagi.

"Tenang... Syarat itu bukan sesuatu yang akan merugikan kau."

Ghislain memberi tatapan penuh perasaan tidak percaya kepada Louis. Kemudian, dia mengeluh. Nak atau tidak, dia perlu bersetuju untuk tahu kebenarannya walaupun sedikit. "Baiklah. Apa syaratnya?"

Louis tersenyum.

*

*

*


Bunyi suara-suara burung berdecit didengari oleh Stephen setibanya dia di tempat ini. Terdapat juga pohon-pohon yang telah ditanam dengan teratur serta dibentuk dengan sempurna dikawasan sekitarnya.

Dalam pada itu, Stephen pun memerhatikan keadaan sekelilingnya. Terdapat satu kawasan yang lapang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dan dari sini juga dia terlihat seseorang sedang duduk diatas sebuah batu yang besar sambil menikmati keindahan pemandangan di hadapannya.

Kemudian, Stephen mula melangkah menghampiri orang itu. Mungkinkah orang itu ada seseorang yang dicarinya?

"Hello." Sapa Stephen. Pada waktu orang itu menoleh, Stephen dapat merasakan bahawa orang inilah lelaki yang dicarinya.

"Hello, Sorcerer Supreme." Balas lelaki tua itu dengan senyuman.

"Oh, kamu tahu siapa saya?" Soal Stephen yang berasa sedikit terkejut.

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now