24: The Other Women

34 8 0
                                    

The Gap Junction. Ruang diantara alam semesta. Tempat dimana buku Vishanti disembunyikan selama ini, dan tempat itu jugalah tempat dimana Ariadne membuka portal ke alam semesta lain. Dengan itu, dia berjaya meloloskan diri daripada Ares.

Itulah kisahnya. Kini, buku tersebut berada di Sanctum Sanctorum, di kediaman Sorcerer Supreme. Stephen cuma memandang satu-satunya objek yang tergeletak di atas meja yang berhadapan cermin tingkap itu. Sudah semestinya ia adalah buku Vishanti.

Seperti yang diketahui, buku Vishanti adalah salah satu barang yang paling hebat dan berkuasa di suatu alam semesta. Buku Vishanti juga mengandungi banyak mantera, jampi, sejarah dan tradisi yang tidak terhingga dari si pemilik asal buku tersebut, iaitu Vishanti serta pakar-pakar magik yang pernah memiliki buku itu sebelum ini. Ia diciptakan beribu-ribu tahun yang lepas di sebuah bandar purba untuk memerangi iblis dan orang yang menggunakan sihir gelap. Buku ini juga telah diturunkan dari ahli sihir terhebat sejak zaman dahulu dan masing-masing menambahkan penemuan mereka sendiri ke dalam halaman muka surat yang sentiasa bertambah.

Disebabkan buku Vishanti yang kian menebal, Sorcerer Supreme dan Lord of Order Magic sebelum ini memutuskan untuk meletakkan jampi agar setiap kali seseorang menginginkan jawapan untuk mengalahkan musuh mereka atau apa-apa yang orang itu mahu tahu, buku ini akan terus memberikan jawapan. Itulah kenapa kadangkala buku itu tidak mempunyai sebarang tulisan pada setiap halaman buku apabila seseorang membukanya.

Dan sebab mengapa Stephen menghadap buku tersebut adalah kerana dia juga menginginkan jawapan. Dia mempunyai pelbagai soalan, namun hanya ada dua persoalan yang sentiasa berlegar-legar difikirannya selama ketiadaan Ariadne di realiti ini. Walaubagaimanapun, Stephen sedikit tertanya-tanya apabila dia teringat kembali apa yang dikatakan oleh Ariadne sebelum ini.

"Betul itu. Vishanti pun ada terangkan pasal itu..."

Apa maksud Ariadne dengan, 'terangkan' itu? Adakah dari pembacaan atau... percakapan? Sebenarnya Stephen tidak pernah menyentuh, melihat apatah lagi membaca buku tersebut. Oleh itu, dia tidak tahu apa-apa pun tentang buku Vishanti melainkan perkara-perkara asas yang telah dibacanya di dalam sebuah buku dan dari Sorcerer Supreme sebelumnya yang juga gurunya serta Wong.

Wong ada kata bahawa buku Vishanti lebih 'rapat' dengan pengguna magik perintah(order). Stephen tidak seberapa faham dengan kenyataan tersebut dan tidak berusaha untuk mencari tahu sehinggalah sekarang.

Meskipun begitu, bukan itu persoalan yang ingin ditanyakan oleh Stephen.

Kemudian, Stephen mula mengambil langkah menghampiri buku Vishanti itu. Semakin dekat jarak Stephen dengan buku tersebut, semakin aneh aura yang dirasakan oleh Stephen dari buku itu.

"Alright, book." Kata Stephen sambil memegang buku tersebut. "Give me what I need."

***


Malam tiba di Ascardia. Langit biru kehitaman dihiasi dengan bintang-bintang kecil yang tidak terkira banyaknya. Satu persatu, seolah-olah menjemput orang ramai ke ruangan yang luas itu. Tiada awan dan bulan yang berada dipermukaan langit dek kerana Ascardia bukanlah terletak di planet bumi namun di galaksi bima sakti.

Dan, di sebuah rumah agam yang mempunyai seni bina Greco-Roman, seorang wanita rupawan sedang duduk menghadap cermin sambil dikelilingi dengan pembantu-pembantu perempuannya.

"Cik mesti terlalu teruja untuk tidur, kan?" Soal pembantunya yang sedang menyikat rambutnya dengan nada yang ceria.

"Macam tahu-tahu je. Mestilah, esok kan saya dengan Ares akan meluangkan masa bersama setelah sekian lamanya dia sibuk dengan urusannya." Balasnya dengan senyuman. "Tapikan, apa yang dia sibukkan sangat? Bukan ke raja dan ratu masih sihat dan boleh menjalankan tugas dengan baik? Jadi kenapa Ares sibuk? Kalau pun dia diberi tugasan, tak akanlah sampai berminggu-minggu?"

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now