2: Dinner

60 9 2
                                    

The Order Magic. Kuning keemasan ialah warnanya. Salah satu bentuk sihir. Bertentangan dengan Chaos Magik. Pengguna boleh menggunakan Sihir Perintah (Order), yang membenarkan penguasaan mantera yang mampu memanipulasi serta membina semula realiti dan struktur kewujudan, dan membawa ketertiban kepada kosmos.

Apabila sihir huru-hara (Chaos) mengubah atau memecahkan keadaan semulajadi sesuatu unsur atau konsep dalam cara yang hampir susah dikawal, sihir perintah pula harus mengembalikan elemen dan konsep kepada keadaan asal dengan kawalan yang sempurna dan teratur.


Selesai Ariadne membaca perenggan-perenggan tersebut, dia segera melihat isi kandungan di antara muka surat terawal buku Vishanti. Tatkala matanya menangkap tajuk yang dicari-carinya, dia terus membuka halaman tersebut.

'Keupayaan Magik Order, m/s 105'

"Manipulasi karma, manipulasi logik, manipulasi kebenaran, manipulasi sumpahan, manipulasi kestabilan,..." Ariadne membaca senarai keupayaan magik order sehinggalah, "... Oh, manipulasi realiti." Dia tertarik dengan keupayaan tersebut, tidak, yang lebih tepat lagi, dia sememangnya mahu mencari jampi ini.

"Baiklah..." Ariadne meregangkan kedua tanganya. Dia sudah pun menjadi agak mahir dalam melontar jampi (Casting Spell). Oleh itu, kali ini dia mahu mempelajari pula sihir memanipulasi realiti dengan bantuan Vishanti.

Sejujurnya, mempelajari magik ini tidaklah sesukar apa yang dijangkakan. Ia cuma memerlukan perhatian yang banyak bagi pemula, tetapi sekiranya sudah dapat membiasakan diri, ia akan menjadi senang seperti memetik jari sahaja.

Ariadne melontarkan pandangannya keluar jendela. Matahari sudah pun terbenam meninggalkan bulan bersama taburan bintang dilangit. Mungkin disebabkan dia berada di alam berbeza tetapi langit kelihatan sangat memukau.

Ariadne masih lagi belum bertemu dengan lelaki yang digelar Tuan Hubert mengenai keputusannya untuk tinggal di sini buat sementara waktu. Violette memberitahunya, Hubert adalah perdana menteri di kerajaan ini dan dia juga adalah guru kepada Violette.

Apa yang membuatkan Ariadne terkejut ialah orang-orang yang tinggal di kerajaan terapung ini adalah sesuatu makhluk yang diciptakan oleh dewi kasih sayang/ Goddess of Love. Walaupun mereka menyerupai manusia namun mereka tidak boleh mengandung atau mempunyai anak.

Itulah apa yang Violette jelaskan kepadanya tengahari tadi. Berdasarkan pengamatan Ariadne mengenai Puteri Violette, puteri itu tidak menunjukkan sangat emosinya walaupun dia melakukan jenaka. Meskipun begitu, puteri itu kelihatan seperti seseorang yang tidak mengenali dunia.

"Haa..." Ariadne mengeluh. Dia sudah mula berasa letih. Oleh itu, dia pun berbaring diatas tilamnya. Tiada suara orang-orang bercakap-cakap diluar seperti di taman perumahannya dulu. Sunyi. Vishanti juga tidak berkata apa-apa selepas sahaja sesi pembelajarannya tadi.

Whoosh

Hembusan angin yang bertiup dari jendela yang sedikit terbuka menyapa pipi Ariadne. Dingin. Ia hampir terasa seperti ais. Tanpa berfikir panjang, gadis muda itu terus menghayunkan sedikit jarinya dan membuatkan pintu jendela tertutup rapat.

Ah..., Ini mengingatkan Ariadne dengan mimpinya pagi tadi. Agaknya, dimana diri dia di alam ini?

***

Dewi mencurahkan rahmat dan kuasanya ke tanah melalui badan kesatria. Tanah yang diberkati oleh rahmat itu mula menunjukkan tanda-tanda kebangkitan dan ia telah berkembang maju sejak itu. Dewi menjadi harapan kepada dunia yang baru untuk mengagihkan rahmat kepada tanah secara kekal.

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now