[ Ke hadapan anakku, Ghislain.
Ayah tahu kamu mesti terkejut bila dapat tahu ayah menulis surat untuk kamu dan meminta Donovan berikan semasa ulangtahun kamu yang ke-20 tahun. Kalau boleh ayah tak mahu memberitahu kamu, tapi ini tentang ibu kamu.
Ayah tahu kamu menganggap kematian ibu kamu disebabkan kamu, tapi sebenarnya ibu kamu tidak meninggal dunia kerana melahirkan kamu. Tapi kerana ibu kamu mati didalam peperangan. Bukan peperangan biasa, namun peperangan yang melibatkan kuasa magik di alam semesta lain.
Ghislain, anakku. Kamu sebenarnya bukan berasal dari alam semesta ini. Tetapi kamu dilahirkan di alam semesta asal ibu kamu iaitu diluar multiverse kita. Lebih tepat lagi alam semesta itu digelar sebagai Utopian Parallel. Ibu kamu, Annabeth adalah anak perempuan Dewi perang, Athena dan seorang manusia lelaki.
Ghislain, ayah faham sekiranya kamu berasa keliru. Ayah tidak memaksa untuk kamu memahaminya, cuma ayah mahu kamu tahu siapa ibu kamu dan asal usul kamu sahaja.
Mungkin surat ini pendek, tapi jangan pernah lupa yang ayah sentiasa sayangkan kamu. Hidup ini penuh dengan masa yang susah dan senang. Belajarlah semua perkara yang kamu mampu dan jadilah seorang lelaki yang boleh kamu banggakan.
Ayahmu,
Dimitri.]Louis akhirnya selesai membaca surat tersebut lalu meletakkannya diatas meja. Matanya kemudian dialih menghadap Ghislain yang sedang merenungnya.
"Puas?" Soal Ghislain tidak puas hati.
"Nampaknya ayah kau benar-benar menyayangi kau, kan?" Tanya Louis dengan niat hanya untuk mengusik.
Ghislain cuma mengeluh nafas berat dan tidak berniat ingin menjawab pertanyaan tersebut.
"Baiklah. Seperti yang dijanjikan, aku akan ceritakan segalanya yang aku tahu." Louis tersenyum penuh makna, seakan ada sesuatu yang sedang difikirkannya. "Pertama sekali, aku dan Ariadne adalah orang yang sama tetapi berbeza alam semesta."
Ghislain terkedu sejenak bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Dia salah dengar ke atau Louis yang berkata sesuatu merepek? "Hah?!"
***
Oleh kerana pertemuannya dengan putera mahkota adalah perjumpaan yang sulit, Ariadne diteleportkan terus oleh pekerja istana ke bahagian dalam istana. Bukan tempat dimana para bangsawan lain boleh melihat kedatangannya.
Sepanjang perjalanannya ke bilik kerja putera mahkota, Ariadne melihat-lihat gambar-gambar yang tergantung di dinding. Kebanyakannya adalah gambar keluarga diraja, pasangan suami-isteri, putera-puteri yang masih kecil serta rakan seperjuangan mereka. Terdapat satu gambar yang mempamerkan datuknya, Caesar dan Raja Anastacius, iaitu ayah Ares serta seorang lelaki yang tidak dikenalinya dan seorang wanita berambut merah. Mereka kelihatan gembira di dalam gambar itu.
Untuk seketika Ariadne tersenyum tapi kemudian ia menghilang dan digantikan dengan raut wajah yang merudum. Dia berfikir, ke mana agaknya datuknya menghilang?
"Cik, kita sudah tiba." Beritahu pekerja istana itu.
"Ah, baiklah." Kemudian, Ariadne berdiri dihadapan pintu lalu menarik dan menghembuskan nafas sebagai persediaan. Dia tidak mahu terlihat gementar dihadapan putera mahkota. Dia pun mengetuk pintu, dan tatkala suara seseorang yang berada didalam membenarkan dia masuk, Ariadne membuka pintu.
"Lady Ariadne. Gembira berjumpa kamu." Ares menyapa dahulu.
Lalu pintu pun ditutup oleh pekerja istana dan meninggalkan mereka berdua sahaja didalam bilik itu. Beberapa saat kemudian, Ariadne terlihat dinding di bilik ini berwarna keemasan seketika sebelum menghilang. Dia tahu apakah itu. Ia adalah sihir yang diwujudkan untuk tidak membenarkan orang diluar bilik ini mendengar apa yang mereka katakan. Jadi sekarang dia tertanya-tanya apa yang ingin dikatakan oleh Ares.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...