Gred yang cemerlang, adab sopan yang bagus, mempunyai rupa paras yang rupawan dan datang daripada keluarga yang bangsawan...
Semua itu boleh menggambarkan satu orang... Dan orang itu adalah, Caspian de Arlesia.
Caspian, kamu seorang anak yang taat. Ingat untuk terus beradab sopan seperti ini sehinggalah kamu dewasa."
Selama membesar, Caspian selalu mendapat pelbagai pujian daripada orang sekelilingnya. Sampai dia terfikir, apa yang bagusnya menjadi seseorang anak yang baik dan taat? Bahkan, dia tidak pernah begitu gembira mendengar semua pujian tersebut. Dalam erti kata lain, dia sudah lali.
Namun pada suatu hari, ibu bapanya meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Disebabkan dia adalah anak tunggal dan masih lagi berumur 10 tahun pada ketika itu, sudah tentulah dia tidak mampu menguruskan harta milik ibu bapanya.
Kemudian, seorang lelaki yang hampir seumur dengan bapanya datang bertemunya. Howell de Arlesia, adik kepada ayahnya, iaitu; pak ciknya.
Ia tidak lama selepas itu, Howell memberitahunya bahawa dia memiliki kuasa magik sama seperti ayahnya. Pakciknya juga berkata dia akan mengajar Caspian cara-cara untuk menggunakannya serta mengawalnya sekiranya dia mahu.
Pada awalnya Caspian berasa keliru dengan kata-kata pakciknya. Tapi kemudian, dia memutuskan untuk bersetuju.
Dan kini, segalanya dipenuhi dengan tanda tanya, kekeliruan dan kesedihan. Pada umurnya sudah mencecah 20 tahun, pakciknya memberikan dia kunci. Sudah tentu Caspian berasa bingung, tapi selepas itu Howell berkata bahawa itu adalah hadiah hari jadinya.
Howell kemudian membimbingnya untuk ke tempat kunci yang diberikan ini boleh digunakan. Ianya adalah sebuah pintu.
"Bukalah." Kata Howell.
Terlihat riak wajah yang sukar untuk dimengertikan oleh Caspian pada wajah Howell, seperti seorang yang tiada semangat dan juga...sedih. Namun Caspian tidak berfikir banyak tentang hal tersebut dan berfikir mungkin sahaja pakciknya berasa nervous kalau-kalau dia tidak menyukai hadiah yang diberikan. Kemudian, dia terus memasukkan kunci tersebut lalu memusingkannya.
Angin lembut menyapa dirinya selepas dia membuka pintu tersebut, dan sebuah padang yang ditumbuhi dengan pelbagai bunga mula memenuhi pemandangannya.
"It's beautiful. Did you make it with your magic, uncle?!" Caspian bertanya dengan nada yang hampir teruja.
"No. Maybe. Just a little bit."
Ianya balasan yang mengelirukan, tapi apapun Caspian melangkah masuk keluar pintu itu setelah lama merenung padang bunga dihadapannya. Seperti yang dia jangkakan, tempat ini sememangnya menyenangkan, bagaikan syurga bunga.
"Did you like it?" Soal Howell.
"Yes! I love it."
Caspian menyangka Howell akan berasa lega namun rasanya dia salah sama sekali.
"I'm sorry, Caspian. If you want to blame someone, then blame me. I do this to protect you and this also mean that i couldn't take care of you anymore."
"Uncle. What do you mean?"
"Again, I'm sorry, Caspian. And, happy birthday."
Sejurus selepas itu, pintu pun ditutup lalu menghilang begitu sahaja dan meninggalkan Caspian berdiri di tengah-tengah padang bunga ini.
.
.
.
.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...