31

44 9 0
                                    

"Dia digelar sebagai Howell The Conqueror."

"Oh." Ariadne sedikit tergamam serta berasa agak janggal. "Well..." Ada sesuatu yang ingin dikatakannya, tetapi dirinya sendiri pun tidak pasti apakah itu. Sememangnya nama Howell itu adalah nama yang dikenalinya namun dia cuba untuk sedaya-upaya positif. Ya, positif. Katanya orang itu berasal dari realiti lain. Hurm, jadi mungkin—

Tunggu. Bukankah sebelum ini Caspian menceritakan tentang surat dari pakciknya? Ya. Ariadne masih ingat lagi apa yang dikatakan oleh Caspian mengenai surat tersebut.

'Kalau kamu terjumpa pakcik, itu bukan pakcik. Lari. Lari daripada dia.'

Ha... Sekarang, barulah Ariadne memahami apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut. Dia patut kongsikan maklumat ini bersama Caspian nanti.

"Tapi...apa yang kau cakap tu, betul ke?" Soal Ariadne dengan rasa sangsi.

"Kenapa? Kau masih tak percaya?" Tanya Ares pula.

"Ianya cukup naif kalau aku terus percaya kata-kata seseorang tanpa bukti."

Ares berdiam diri sejenak. Cuba untuk memikirkan jawapan dari persoalan Ariadne. "Aku tak pasti apa yang kau mahu dengar daripada aku sekarang ini, tapi sekiranya kau mengingati apa yang kita lalui selama ini, aku pasti kau akan faham segalanya." Ares memandang Ariadne dengan pandangan yang menunjukkan bahawa inilah jawapan terbaik yang mampu diberitahunya ketika ini. Lalu matanya ditundukkan merenung lantai. "Malah personaliti awak juga berbeza." Dia bergumam pada ayat terakhir namun masih mampu didengari oleh Ariadne.

Ariadne terkedu, dan perasaan bersalah mula menjalar dihatinya namun ia hanya sedikit. Dia benar-benar mahu mengetahui memori yang dikatakan oleh Ares itu. Tambahan pula, tatkala Ares menyebut mengenai personalitinya. Sekarang, apabila dia memikirkan semula kelakuannya selama ini, terdapat sesuatu yang menjadikan Ariadne tersedar ada sesuatu yang berbeza dengan dirinya.

Bukankah selama dia berada di dunia Ratu Violette, Ariadne kelihatan agak periang, sedikit dungu dan mengarut? Namun lama kelamaan Ariadne tersedar bahawa dia perlahan-lahan berubah. Entah mengapa dia merasakan ada sesuatu atau seseorang yang membantunya dalam diam, bukankah begitu?

"Jadi, putera Ares. Kalau kau rasa aku akan faham segalanya, kenapa tidak kau gunakan saja magik kau untuk kembalikan memori aku?" Soal Ariadne.

"Kalaulah ia begitu mudah, pasti sudah lama aku lakukannya." Ucap Ares. Terdapat sedikit raut wajah kecewa pada wajahnya.

"Kenapa kau cakap begitu?"

"Sebab Aria, tidak tahu kenapa kuasa kita tidak berkesan melawan jampinya. Ah, bukan kita tapi aku. Kuasa awak berkesan cuma awak belum cukup kuat."

"Apa maksudnya?"

"Kalau awak nak tahu lebih lagi, awak patut tanya kepada datuk awak. Saya pasti dia tahu tentang ini." Ucap Ares dengan nada yang lembut dan perlahan. Kemudian, dia merenung sejenak jendela. "Awak patut pergi sekarang. Ophelia akan datang sebentar lagi." Dia berkata sambil memandang ke bawah. Bagaikan dia merasa bersalah semasa berkata sedemikian.

Ariadne mengambil sedikit masa untuk menjawab pemberitahuan Ares.  "Ya, baiklah."

***


Wong terlihat tidak terkata-kata untuk seketika. "Lord of Order Magic telah meninggal dunia." Ucapnya hampir tidak percaya. Lalu dia memandang  Stephen.

Stephen pun hanya menghela nafas. Tiada kata yang mampu menafikannya. "Beliau ada berikan aku satu alat untuk disampaikan kepada Aria, tapi Aria bukanlah berada di bumi ketika ini."

"Jadi adakah ini bermakna kau akan ke Ascadia?" Soal Wong.

"Tidak. Dia kata aku patut berikan sesampainya Aria di bumi."

"Haih, kau patut cakap itu awal-awal." Rungut Wong.

Stephen hanya bereaksi selamba sambil mengangkat kedua bahunya.

Pada masa itu juga, Wong berfikir mengenai alat yang diberi oleh Caesar, The Lord of Order Magic. Ianya membangkitkan rasa ingin tahunya. Apakah isi kandungan yang terdapat dalam alat itu? Berdasarkan dari cerita Steohen, hatinya kuat menyatakan bahawa alat itu mengandungi jawapan yang diperlukan mereka, lagi-lagi untuk Ariadne. Wong juga berfikir Stephen sudah pun mempunyai idea apakah fungsi alat tersebut.

Pada minit berikutnya, disebabkan kemangkatan The Lord of Order Magic adalah berita yang penting dalam dunia magik, sebagai Sorcerer Supreme, Stephen telah meminta untuk mengumpulkan semua ketua magik dari pelbagai negara kalu mengumumkan kemangkatan Caesar.

Berdasarkan dari pengetahuan Stephen, dia menjangkakan berita ini akan sampai ke Galaksi Bima Sakti dalam masa tiga atau lima hari dari sekarang. Dan ketika ini, apa yang membimbangkan dirinya adalah bagaimana reaksi Ariadne selepas mendengar berita ini nanti?

***

Walaupun Ariadne sudah berada di rumah agamnya, Ariadne masih berasa bingung dan keliru setelah menyelesaikan perbualannya dengan Ares. Teori Ares agak mencurigakan namun pada masa yang sama, dia juga mempunyai pendapat yang sama dengan putera itu. Teori itu juga terdengar munasabah.

Caspian serta para pembantunya terus bertanya kepadanya sejurus selepas dia tiba di perkarangan rumah agamnya sebentar tadi. Ariadne tidak menceritakan segalanya meskipun mereka memintanya kerana merasakan sebahagian daripada perkara yang berlaku tidak perlu diceritakan dengan teliti. Hanya cukup untuk membuatkan mereka berhenti bertanya sahaja.

Dam kini Ariadne sedang duduk di kerusi dalam biliknya sambil merenung ke luar jendela, melihat langit gelap yang dihiasi dengan ribuan bintang. Dia mengingati semula perbualannya bersama Caspian tadi petang. Terdapat banyak topik yang mereka bicarakan sehingga Ariadne tidak seberapa ingat mengapa mereka boleh berbual mengenai topik-topik tersebut. Ia hanyalah topik-topik rawak, walau bagaimanapun, ada satu topik yang begitu terngiang-ngiang difikirannya ketika ini, iaitu topik perbualan tentang semasa mereka berdua masih berada di alam semesta Ratu Violette. Mereka memilij untuk menggelarkan alam semesta itu dengan nama 'Ratu Violette' kerana gadis itu adalah orang kedua yang berkuasa selepas dewi kasih sayang dan belas kasihan.

Agak banyak perkara juga yang mereka berdua bualkan daripada topik tersebut. Antaranya adalah mengenai Hubert. Rupanya bukan Ariadnevsahaja yang berasa sangsi dengan perdana menteri itu malah Caspian juga. Ya, perdana menteri itu sememangnya mencurigakan berdasarkan apa yang dia dengari daripada cerita-cerita penduduk Parterdeame. Namun disebabkan tidak banyak maklumat yang mereka tahu mengenai Hubert, oleh itu mereka berhenti bercakap tentangnya dan beralih kepada individu yang seterusnya.

Ratu Violette dan empat satrianya, Leon, Louis, Ghislain dam Orpheus. Mereka berdua berasa tertarik betapa berbezanya keempat-empat satria tersebut, lagi pula satria-satria itu datang daripada empat empayar yang berbeza. Dan ini juga membuka satu topik baharu, dimana Ariasnr memberitahu Caspian bahawa Louis adalah dirinya di alam semesta itu.

Ariadne menyangka Caspian akan berasa terkejut, namun ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Caspian langsung tidak terkejut dan hanya berkata, "Ouh... awak bertuah dapat bertemu dengan diri awak di realiti lain." Hanya itu saja, dan nada suara Caspian terdengar perlahan. Dan entah mengapa kata-kata itu menjadikan Ariadne bimbang untuk seketika, kerana Caspian mempunyai seorang pakcik yang bernama Howell, kebetulan pula seseorang yang Ares tuduh menjadi dalang disebalik segala kekacauan yang berlaku sebelum ini adalah angkara Howell The Conqurer.

Ariadne mengeluh. Dia berteori bahawa mungkin Howell; pakcik Caspian dan Howell The Conquerer mempunyai rupa luaran yang sama, bahkan mungkin juga mereka orang yang sama dari alam semesta yang berbeza atau mungkin juga tidak.

Apapun, Ariadne tidak fikir apa yang diucapkan Ares adalah sesuatu yang boleh dianggap remeh malah dia berasa yakin bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada kata-kata Ares ada kebenarannya.

~~~~°°°•°°°°~~~~

24.9.2022
1118

[ Ariadne: The Witch of Order Magic will return.]

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now