"Tanah ini, Parterdeame telah dicipta pada zaman dahulu. Ia dicipta oleh Milene, dewi kasih sayang dan belas kasihan untuk membekalkan rahmat kepada dunia. Pokok di tengah-tengah tanah ini adalah sumber rahmat kuasa dewi yang membolehkan dunia berkembang. Permaisuri adalah wakil dewi dan juga yang akan mengagihkan rahmat kepada dunia. Tugas kita adalah untuk menstabilkan dunia. Namun untuk menyelesaikan tugas tersebut, kita mesti mendapat sokongan dari empat kesatria di setiap empat empayar." Jelas Hubert.
"Hanya untuk kepastian, rahmat dewi akan dihantar melalui badan kesatria, bukan?" Salah seorang hadirin bertanya.
"Tepat sekali. Ia boleh dikatakan peranan mereka adalah untuk menyampaikan rahmat dewi kepada empayar mereka untuk kita. Namun seperti yang kamu semua sedia maklum, satu ketidakwajaran telah berlaku."
Violette telah mendengar tentang perkara tersebut dari dirinya masih kecil lagi. Apabila ratu menghembuskan nafasnya yang terakhir, ratu yang seterusnya sepatutnya segera dilahirkan. Akan tetapi ia mengambil masa beberapa dekad sebelum ratu yang seterusnya dilahirkan. Mereka semua masih tidak tahu sebabnya.
"Apapun, ratu akhirnya dilahirkan meskipun kita semua perlu menunggu lama." Sambung Hubert.
Disebabkan tiada sesiapa yang berkata apa-apa, Violette mengangguk kepada Hubert agar meneruskan kata-katanya.
"Ratu yang seterusnya telah dididik dengan jayanya, dan kini kesatria telah dipilih..."
Ageha berdehem sebelum bersuara, "Saya akan mengambil alih dari sini."
"Ya. Kesatria juga sudah dididik oleh para guardian." Hubert berasa sedikit jengkel dengan Ageha yang jelas sekali telah memintas kata-katanya tadi. Walaupun begitu, dia cuba menyembunyikan perasaannya itu.
"Dan itu juga bermaksud mereka perlu tinggalkan diri mereka sebagai seorang manusia..." ujar Ageha.
"Sebab mereka perlu beransur-ansur mengambil rahmat dewi ke dalam tubuh mereka?" Violette memberi huraiannya.
"Ya, mereka akan pergi ke Parterdeame selepas sahaja mereka menjadi seperti kita, bangsa Floralia. Dan mereka akan membina ikatan yang kuat bersama ratu. Oleh itu, ia akan menjadi lebih senang untuk ratu dan para kesatria berkerjasama untuk mengimbangi dunia dan mengharmonikannya. Ia kedengaran mudah tapi..." Hubert berjeda.
"Tapi...?" Soal Violette.
"Tapi memberikan rahmat terus ke dalam tubuh manusia memberikan masalah yang besar. Oleh kerana itu, generasi terdahulu mengambil masa empat atau lima tahun untuk menyelesaikan proses ini. Disebabkan ketiadaan ratu dalam jangka masa yang lama, dunia semakin mereput pada kadar yang cepat. Ini adalah keadaan yang sangat jarang berlaku dan mengerikan. Kami memutuskan untuk menamatkan pendidikan dalam masa dua tahun pada kali ini. Sebelum para kesatria menjadi orang Floralia sepenuhnya, kami memutuskan untuk membawa mereka terus ke Parterdeame." Jelas Hubert.
Violette terkedu. "Apa?"
Bagi Violette, hal tersebut ialah perkara yang sangat baru. Dia langsung tidak diberitahu mengenai hal itu.
"Kenapa tiada sesiapa yang beritahu saya?" Soal Violette, sedikit berasa kesal.
"Well, itu reaksi yang dijangkakan." Lelaki berambut merah atau dipanggil, Donovan berkata dengan raut wajah bersalah.
Meskipun Jeremy mempunyai perasaan yang sama seperti Donovan tapi raut wajahnya tidak kelihatan bersalah dan terlihat sedikit bersahaja. "Ia sememangnya tugas yang agak sukar untuk menyelesaikan latihan sedemikian dalam separuh tempoh masa yang asal."
Violette berasa tidak percaya. "Semua orang tahu tentang hal ini?"
"Ya." Salah seorang butterfly yang memiliki rambut putih perak ataupun dikenali sebagai Vivienne pun menjawab. "Ia adalah arahan dari Tuan Hubert." Raut wajahnya serupa semacam Donovan.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...