Caspian sedang duduk di sofa sambil menggenggam tangannya tatkala dia terdengar suara Ariadne memanggil namanya.
"Caspian?"
"Aria." Caspian segera bangkit dari duduknya.
Hanya mereka berdua sahaja di ruang tamu ketika ini tapi pada bila-bila masa sahaja seseorang akan datang ke sini. Lagipun Ariadne tidak pasti sekiranya Stephen dan Wong akan mencuri dengar perbualan mereka. Namun dia tidak seberapa kisah tentang hal itu dan terus duduk di hadapan Caspian.
"Caspian, duduklah." Pinta Ariadne. "Kenapa awak datang ke sini?"
Caspian berdiam diri sejenak seolah-olah sedang memikirkan balasan soalan tersebut. "Saya... nak ikut awak."
"Ikut saya?" Ariadne bertanya hairan.
"Awak ada kata hari itu Ares memburu semua orang yang mempunyai magik. Nampaknya pakcik saya juga adalah mangsanya."
Ariadne terdiam sebelum berkata dengan nada perlahan, "Saya... ucapkan salam takziah."
"Terima kasih. Keluarga awak pun mengalami nasib yang sama kan? Itulah saya fikir awak akan cuba balas dendam. Betul tak?"
"Ya. Tapi bukan sekarang."
"Mestilah. Ares seorang yang kuat."
Ariadne tidak berkata apa-apa. Meskipun dia membenci dengan kenyataan yang disebut oleh Caspian, dia tidak mampu untuk menafikannya. "Apapun, kalau betul awak nak ikut saya, sila siap sedia. Kita akan ke galaksi bima sakti dalam beberapa hari lagi."
"Huh?" Caspian tersentak.
"Kalau nak tahu disitulah Ares tinggal. Putera mahkota Ascadia. Sambutan ulangtahunnya akan tiba hari isnin minggu depan." Jelas Ariadne dan muncul sekeping kad ditangannya lalu dia menyerahkannya kepada Caspian.
Caspian membaca apa yang tertulis di dalam kad tersebut. Seperti yang dikatakan oleh Ariadne, kad tersebut memberitahu siapa, bila dan dimana sambutan itu diadakan. Bahkan juga terdapat cop rasmi keluarga diraja Ascadia yang dicop pada hujung kad itu. Menunjukkan bahawa kad itu adalah benar.
"Tapi Aria. Tidakkah ibu bapa Ares..."
"Raja dan ratu." Ariadne memintas kata-kata Caspian untuk membetulkan panggillan yang digunakan oleh Caspian itu. "Mula-mula sekali, awak kena biasakan diri guna panggilan itu."
"Ah, baiklah."
"Sila teruskan." Gesa Ariadne apabila Caspian tidak bercakap apa-apa selepas itu.
"Uhm, tidakkah... raja dan ratu tahu apa yang Putera Ares lakukan?" Soal Caspian.
Ariadne mula bersandar disofa. "Itulah soalan yang saya tanya-tanyakan selama ini. Saya sendiri pun tak tahu, tapi kita akan tahu juga bila kita disana nanti."
Selepas beberapa ketika berbicara, Caspian pun meminta diri untuk pergi. Tetapi itu tidak bermakna Caspian menarik balik keputusannya untuk mengikuti Ariadne. Dia cuma ingin melakukan persiapan sebelum mereka berdua bertolak ke Ascadia dua hari dari sekarang.
"Jadi, apa yang kamu berdua bualkan?" Soal Stephen tatkala melihat Ariadne masuk ke dalam rumahnya.
Ariadne memandang sejenak Stephen. "Saya rasa sir sudah tahu apa yang kami katakan." Balasnya.
Stephen terdiam. Ya, dia sememangnya sudah tahu, tapi dia tidak menjangkakan pula Ariadne mengetahuinya. "Bila sebenarnya kamu dapat kad itu?"
"Semalam. Ascadia ada teknologi untuk menghantar surat kepada sesiapa sahaja tanpa mengira tempat." Jelas Ariadne.
Stephen mengangguk kecil sambil mengikuti Ariadne menaiki tangga. "Keputusan kamu sudah muktamad ke? Bukan ke ianya tindakan berani mati jikalau kamu pergi ke sana?" Soalnya.
YOU ARE READING
Ariadne: The Witch of Order Magic
FantasyKetakutan mula dirasakan oleh para ahli sihir apabila terdapat satu makhluk yang menyerap kuasa magik mereka satu persatu dihadapan mata mereka sehinggalah jasad kering mereka sahaja yang tinggal. Ariadne, ahli sihir magik order adalah satu-satunya...