15: Love Letter...?

36 8 0
                                    

"Aku nak berjumpa dengan perempuan bernama Ariadne Rosenberg." Ujar Ghislain.

"Aria?" Violette berpandangan dengan Madam Eve yang juga mempunyai raut wajah hairan seperti Violette. "Untuk apa kamu mahu berjumpa dengannya?" Sambungnya.

"Aku tak akan beritahu selagi perempuan tu tak datang ke sini." Kata Ghislain sambil menutup kedua matanya. Dia terlihat seolah-olah sedang menahan rasa geram.

Melihatkan reaksi satria itu, Violette pun memberikan isyarat kepada marionette agar membawanya ke sini.

Sebenarnya, Violette dan Ghislain telah bertemu sebanyak dua kali. Disebabkan semangat dan kelakuan Violette telah memberikan sedikit bukti kepada Ghislain bahawa Violette mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin, maka Ghislain mula menunjukkan hormat kepada Violette. Tetapi hanya sedikit.

"Hello. Saya dengar saya telah dipanggil. Boleh saya tahu ken-"

Kata-kata Ariadne terus dipintas oleh pertanyaannya Ghislain.

"Kau Aria, kan?"

Senyuman ceria Ariadne sebentar tadi menghilang begitu sahaja. "Ya. Kenapa?"

"Kenapa?" Ghislain bertanya dengan raut wajah yang tidak percaya. Kemudian, dia pun mengeluarkan sehelai kertas dari poket seluarnya lalu menayangkannya dihadapan Ariadne. "Tengok ini."

Ariadne tertanya-tanya. Dia masih keliru kenapa satria ini ingin bertemu dengannya. Dan apa yang menyebabkan lelaki ini kelihatan marah?

"Apa tengok lagi? Ambillah!"

Ariadne hampir sahaja memutarkan bola matanya kerana rasa menyampah tapi dia cuba untuk menahannya sambil mengambil kertas tersebut. Ariadne terkaku. Apa yang tertulis diatas kertas ini sememangnya membuatkan dirinya terdiam.

[ Kepada sayangku Ghislain,

Hari ini sangat indah untuk saya biarkan, dan hari ini juga saya berhajat untuk berjumpa dengan awak.

Saya berharap saya tidak mengganggu hari awak. Louis kata awak tidak sibuk, jadi rasanya tidak salah sekiranya kita bertemu.

Itu sahaja dari saya. Saya harap awak suka bunga yang saya beri.

Yang benar,
Ariadne Rosenberg. ]

Dengan sekali bacaan sahaja, Ariadne sudah dapat meneka siapa yang menulis surat ini, berdasarkan tulisannya sahaja.

"Louis yang tulis..."

"Apa?" Soal Ghislain percakapan Ariadne itu kurang didengarinya.

"Aku cakap, Louis yang tulis surat ini!"

Ghislain bagaikan tersentak dan terkejut dengan apa yang dikatakan oleh gadis dihadapannya itu.

Sementara itu, Ariadne menghela nafas geram. Dia sangat mengenali tulisan Louis oleh kerana sebelum ini dia selalu menerima surat daripada Louis. Tapi dia tidak sangka pula Louis akan menulis surat ini dengan menggunakan namanya. Satria dari selatan itu memang sengaja melakukan ini!

"Baiklah, jadi kau cakap Louis yang tulis surat ini?" Ghislain menyoal lagi untuk kepastian.

"Yes!" Jawab Ariadne.

"Mengarut."

"Apa yang mengarutnya? Kalau kau nak tahu sangat, mari kita ke rumah dia. Mesti dia tengah tunggu kita sekarang ini." Ujar Ariadne. Dia sendiri pun berasa geram tapi kepada Louis serta dia mahu bercakap dengan satria itu. Dah kenapa Louis tulis surat cinta ini?!

Ariadne: The Witch of Order MagicWhere stories live. Discover now