bab 18 | seksa

1.2K 43 7
                                    

Seperti yang dirancang, semuanya berjalan lancar. Raisha sudah sah menjadi isteri Aniq.

Raisha melihat cincin dijari manis. Tiada perasaan apa, kosong. Bagi dia, kawin ni sebab kebahagian Mylissa. Kalau bukan sebab itu, memang taklah dia nak kawin.

Tetamu banyak pulang. Majlis pun nak berakhir. Senyum? Ha senyum paksa.

"Oi. Lepasni balik rumah parents kau." Bisik Aniq ditelinga Raisha.

Terbeliak mata terus Raisha. What!

Raisha menggeleng kepalanya. Mengatakan dia taknak pergi. Kata-kata Tan Sri Rashid masih bermain dalam fikiran.

"Apa geleng-geleng? Takde. Kita tetap pergi juga. Aku tahu hubungan kau dengan family kau belum settle. Aku nak kau berbaik dengan parents kau je. Jangan takut aku ada, sayang." Ujar Aniq lembut. Dia tahu Raisha takut berjumpa dengan parents Raisha.

Terutama sekali, Tan Sri Rashid. Tadi pun tak berjumpa. Entah kenapa parents Raisha laju-laju nak balik.

Semasa dalam perjalanan ke rumah parents Raisha. Raish termenung. Perasaan dia rasa lain. Seolah-olah ada perkara buruk yang akan terjadi.

Tangan Aniq memegang tangan Raisha bagi Raisha tenang. Sejuk betul tangan Raisha. Takut sangat ke Raisha.

"You.. I rasa tak sedap hatilah. Balik jela. Please you."

"Takde apa tu. Takkanlah parents Raisha berdemdam dengan Raisha. Okey. Dah-dah fikir positive je." Haris cuba menenangkan Raisha. Dah macam apa je rupa Raisha.

"Tidur je Raisha. Lama lagi nak sampai. Kalau dah sampai, aku bangunkan kau."

Raisha terus tutup mata. Baik dia tido dari fikir yang memeningkan kepalanya. Mylissa pula nyenyak tidur dipangkuan Raisha.

Beberapa jam kemudian, sudah sampai ke rumah parents Raisha. Pintu pagar automatic dibuka. Nampaknya parents Raisha tahu-tahu kehadiran mereka.

Keretanya diparking tempat khas. Banyak gila kereta kat dalam kawasan parking.

Aniq mengerakkan badan Raisha.

"Raisha bangun. Kita dah sampai."

Raisha terus terjaga. Cepat juga sampai. Dalam hati dia. Dia memang taknak sejak kaki di rumah ni. Banyak kenangan pahit ketika dahulu.

"Ye, you ambik Mylissa masuk dalam bilik I dulu. If adalah bilik I lagi. Just ask  pembantu dalam rumah tu. And then I suruh security angkat barang kita. Go." Raisha mengarah Aniq masuk dulu.

Aniq ambik Mylissa dari pangkuan Raisha. Lena tidur macam dia je yang penat. Comel.

Kaki Raisha keluar dari kereta lalu dia memanggil security.

"Security. You tolong angkat barang kat dalam bonet kereta i. Lepastu bagi kunci kat Aniq okey."

Lama dah dia tak mengarah orang. Rasa pelik. Yelah. Sebelum ni dia nak arah siapa. Mila? Memang taklah.

Sedih pula Mila dan NekMok terpaksa meninggalkan Raisha. Ikut suami kan. Apa boleh buat.

Langkah Raish menuju ke pintu utama dimana kali terakhir dia dihalau oleh Tan Sri Rashid.

Dia tarik nafas dalam-dalam. Apa nak jadi, hadap jela.

Kaki Raisha menjejak rumah itu. Perasaan dia dah semakin pelik. Something wrong yang akan berlaku.

Badan terkaku secara tiba-tiba.

"Dah apahal berdiri tengah pintu. Semaklah." Kedengaran suara yang agak kuat. Suara sudah lama tak dengar iaitu Tan Sri Rashid.

Mata Raisha memandang mata Tan Sri Rashid.

Serentak, dada Raisha berdebar tak tenang bila melihat Tan Sri sedang berdiri memeluk tubuh menghadap Raisha di depan pintu.

"Kau buat apa kat sini? Aku ingatkan kau tak berani jejak kat rumah ni. Siapa suruh kau masuk kat rumah ni?" Suara Tan Sri kedengaran lagi.

Raisha mengetap rahang. Mendidih darahnya apabila mendengar kata Tan Sri Rashid.

"Sebab Aniq ajak..papa." kata Raisha perlahan. Semut pun tak dengar.

"Siapa suruh kau panggil aku papa. Aku takde anak nama Raisha. Kau tahu tak, aku malu ada anak lesbian lepastu ada cucu luar nikah. Kau tak layak berada kat dalam rumah ni. Sebelum aku..."

"Papa, apa papa buat ni?" Aniq menegur Tan Sri Rashid. Kedengaran suara Tan Sri Rashid marah diluar biliknya.

Aniq memandang Raisha. Riaknya nampak bersimpati. Belum masuk lagi dah kena marah.

"Aniq tak malu ke ada isteri perangai tak sedar diri macam ni? Pelacur pulak tu. Maruah tak ada."

Senyuman sinis jelas terukir di hujung bibir Tan Sri Rashid.

Sekarang ni Raisha tahu ayat tu sebenarnya ditujukan kepadanya. Tan Sri Rashid sengaja sakitkan hati Raisha.

Belum sempat Raisha menjawab. Puan Sri Maira membuka bicara.

"Abang! Dah kenapa? Ni anak kita. Kenapa buat Raisha macamni. Kesiankanlah. Sebelum ni bukan main rindulah, risau apa semuanya. And now Raisha di depan mata abang. But why nak maki anak awak. Raisha tu darah daging awak. Sedarlah diri abang tu."

Mendengar kata-kata Puan Sri Maira. Mata Tan Sri Rashid tajam melawan renungan Raisha.

"Tak, Maira. Dia bukan anak aku. Aku malu ada anak yang tak guna ni."

Aniq menghela nafas berat. Mungkin dia yang salah bawa Raisha ke rumah parents Raisha. Tanpa disangka, Tan Sri Rashid betul-betul marah dengan Raisha.

Tan Sri Rashid membuka langkah pergi dari situ. Perasaan benci dia bertambah.  Amarah dia tak dapat dikawal. Malu dapat cucu luar nikah. Malu dengan kawan sekerja. 

Air mata Raisha menitis sikit demi sedikit. Dia tergamam. Kenapa dia?

"Anak mama."

Puan Maira memeluk Raisha erat sekali sambil mengusap belakang Raisha. Nak cari Raisha dihalang oleh Tan Sri Rashid. Dia berasa lega Raisha dalam keadaan baik-baik saja.

Tbc

Raisha Munirah [OG]Where stories live. Discover now