Keesokkan hari, Raisha termenung diberanda. Perkarangan rumahnya dulu. Rindu dihati. Bilik Raisha masih ada lagi. Baju, beg , kasut masih simpan dalam keadaan rapi. Wangian lavender menusuk rongga hidung. Lavender salah satu wangian Raisha suka.
"Raisha, jom makan. Mama dah panggil kita tu." Aniq mengajak Raisha turun makan.
"Taknaklah. Nanti I kena marah lagi dengan papa. I takut. " Raisha segan berjumpa dengan Tan Sri Rashid.
Dia sangka Tan Sri Rashid tak marah lagi kat dia. Tetapi, terlebih marah. Malu kot ada cucu luar nikah.
"Sayang, tak baik macamtu. Papa tu papa Raisha. Pasal semalam tu jangan nak ungkit lagi."
Raisha bangun dari kerusi. Sampai bila dia nak berbaik dengan Tan Sri Rashid yang lebih dikenali sebagai papanya. Tapi malangnya, papanya masih membenci diri Raisha.
Degupan jantung Raisha berdebar. Semakin Raisha turun tangga satu persatu. Ada perkara yang buruk akan berlaku. Kelihatan Tan Sri Rashid, Puan Sri Maira dan Nadia tengah makan di meja makan.
Berselera sekali Tan Sri Rashid makan.
"Papa..." Suara serak Raisha kedengaran.
Tan Sri Rashid menoleh ke arah Raisha. Selera dia hilang. Dalam hati dia kenapa benci sangat tengok muka Raisha malah suara Raisha pun dia benci.
Sudu Tan Sri Rashid letakkan di tepi pinggan. Dia berdiri lalu pergi dari pandangan Raisha.
Raisha mengeluh dalam hati. "kenapa papa tak suka sama i." Aniq memaut lengan Raisha. Aniq tahu Raisha dalam keadaan kecewa. Tengok dari reaksi muka pun dah boleh agak. Hati Aniq tak tenang apabila Tan Sri Rashid tak suka dengan Raisha. Anak sendiri kot.
"I tak ada selera nak makan la. Don't force me!" Raisha menarik lengannya.
"Raisha...." Puan Sri Maira memanggil Raisha dengan lembut.
Raisha memusingkan badannya dalam hatinya gembira apabila Puan Sri Maira memanggil dia. Dia ingat mama dia tak sayang dia lagi.
Disebabkan Tan Sri Rashid. Puan Sri Maira susah nak berbaik dengan Raisha. Ego betul papa Raisha.
Lalu mereka pun makan bersama dalam satu meja dengan mesra tanpa Tan Sri Rashid.
Raisha membaringkan badannya bersama dengan Mylissa yang sedang tido nyenyak. Baru lepas menyusu, penat juga rasa badan sebab kurang susu."Raisha, kita duduk sini sampai esok, lusa kita balik rumah aku." Aniq memberitahu kepada Raisha. Aik berubah pulak laki ni kejap sayang kejap aku. Period maybe.
Raisha hanya mengangukkan kepalanya. Malas nak bercakap.
" aku ni bercakap dengan tilam ke manusia?" Bersahaja Aniq tanya.
" lah marah. Rilekla nak marah I pulak. You ni period ke apa?" Raisha menjeling Aniq dengan jelingan maut. Acah mamat ni. Kalau tak sebab Mylissa memang takla nak kawin
Aniq mengeluh lembut. "Sorry sayang." Emosi Aniq tidak stabil. Macam mana cara nak berbaik semula hubungan anak beranak ini.
Tan Sri Rashid serupa perangai Raisha dulu. Degil, ego dan kerasa kepala.
"Kita nak buat makan malam apa malam ni, mama?" Soal Raisha setelah kakinya melangkah ke ruang dapur.
Kelihatan mamanya duduk santai di meja makan. Tak ada tanda-tanda mamanya ingin membuat makan malam.
"Raisha buatlah air dulu," arah Puan Sri Maira. Mood swing sekarang ini sebab kena marah oleh Tan Sri Rashid.
Kena marah kerana melayan baik terhadap Raisha. Perasaan benci Tan Sri Rashid semakin membuak. Entah mengapa sampai macam tu sekali.
"Mama?" Panggil Raisha. Jauh mengelamun Puan Sri Maira. Risau pula tengok keadaan mamanya.
"Raisha, mama tahu kamu kecil hati bila kata-kata yang keluar dari mulut papa kamu. Jangan kamu sampai membenci dia pula. Mama pasti yang papa masih sayangkan kamu seperti dulu." Jelas Puan Sri Maira.
Raisha menunduk kepalanya. Kecil hati? Siapa je tak kecil hati bila papa sendiri tak mengaku anak kandung. Depan Aniq lagi ti. Malu.
Ingatkan Tan Sri Rashid berubah hati. Malangnya tidak sama sekali.
"Raisha kan kuat." Puan Sri Maira memberi kata-kata semangat kepada Raisha. Dia tahu Raisha seorang perempuan yang kuat bila menghadapi cabaran.
Senyuman Raisha melebar. Nasib baik mamanya baik. Kalau tak, tak ada ertinya hidup bila mamanya sama seperti papa.
"Kalau takde apa-apa lagi. Raisha naik dulu. Mama." Pamit Raisha.
Tiba-tiba Tan Sri Rashid datang ke dapur.
"Tak balik lagi ke kau? Kalau kau balik nanti. Tak payah nak tunjuk muka lepastu tunjuk buat baik konon. Dah lesbian tu lesbian. Anak luar nikah tu bawa berambus juga. Kotor rumah ni nanti." Tengking Tan Sri Rashid. Berbisa juga mulut. Menusuk hati Raisha.
"Papa.." sebak Raisha menahan air matanya. Tak sanggup tiap-tiap masa kena tengking oleh papa sendiri.
"Berapa kali jangan panggil aku papa. Dasar anak derhaka."
Raisha terdiam seribu kata. Sangat benci Tan Sri Rashid terhadap Raisha . Hati Raisha sekarang ditikam pisau. Sakit tak berdarah.
Raisha laju menaiki tangga sambil mengeluarkan air mata dari tadi tahan. Akhirnya turun juga membasahi pipinya.
Kejam!
"Abang! Dah-dah lah tu. Raisha tu anak awak. Janganlah sakit hati dia. Tolonglah." Rayu Puan Sri Maira. Sekurang-kurangnya ingatlah perasaan anaknya.
Kalau Puan Sri Maira jadi Raisha. Mahu patah hati. Kemurungan.
Tan Sri Rashid melihat Raisha berlari laju. Melampau pula. Raisha tu anak dia. Tapi, dia telah mencemarkan nama syarikat Tan Sri Rashid.
Nama syarikat lebih penting dari hati anak kandung iaitu Raisha
Tbc
YOU ARE READING
Raisha Munirah [OG]
RomanceDia perempuan yang tengah angau bercinta dengan kekasihnya yang bernama Diyana Liana. Perempuan? Ya kekasihnya dia perempuan. Raisha seorang lesbian. Dia tidak peduli pun apa orang cakap tentang relationshipnya. Pekakkan telinga saja. Satu inside...