bab 9 | new place

1.6K 63 4
                                    

Raisha Munirah

Die with memories,
not dreams. 

🎻🎻🎻🎻

  Mata Raisha terbuka perlahan-lahan. Dia rasa baju dia dah kering. Sekejap, tadi basah kuyup. Aih, lain pulak corak baju dia. 

Dia memandang sekelilingnya. Lain. Kelihatan dalam bilik yang berwarna coklat. Berkayu tapi luas. Tak seluas bilik dia dulu. Dia rindu dengan kehidupan dulu.

"Eh Raisha, awak dah sedar." Tegur seorang perempuan tua yang berwajah manis. Tua pun masih cantik.

Raisha tersenyum lebar. Dia tak kenal siapa perempuan ni. Dia segan.

"Dimana ni?" Tanya Raisha. Dia masih keliru.

"Di rumah Nek Mok."

Raisha angguk. Dia tak pernah merasai duduk dirumah berkayu. Biasalah orang kaya. Sampai ke moyang pun kaya. Orang berada katakan.

"Raisha Munirah Binti Tan Sri Rashid? Awak eh?" Tanya seorang perempuan hampir sama umur dengan Raina. Dia tua sikitlah taklah tua sangat. Macam 30 lebih cam tu.

Raisha menggeleng. Dia tak mahu berbinti Tan Sri Rashid. Dia sedar dirinya baru saja dibuang keluarga. Didalam hatinya, keluarganya sudah mati.

"Ye. I seganlah dengan korang. I rasa diri I tak berguna." Bisik Raisha lembut.

Perempuan tua dan perempuan itu memandang sesama sendiri. Pilu dihati melihat Raisha sebegini. Diorang tahu Raisha dibuang keluarga dari sosial media. Siapa tak kenal dia?

"Tak baik cakap macam tu. Dibuang keluarga tak semestinya tak ada guna lagi. Masa nilah kita perlu kuat semangat. Mila tahu Raisha ni ada ciri-ciri tu." Kata Mila. Lupa pulak, nama perempuan tu ialah Mila.

"Your name is Mila. Beautiful name." Puji Raisha ikhlas.

Mila tersengih sambil menampakkan gigi putihnya. Tiada sorang pun yang pernah puji nama dia. Yang puji nama dia ialah Raisha. Orang terkenal. Kembang hidung.

Raisha melihat Mila tersengih malu. Dia tergelak. Comel je Mila ni. Comel dari Diyana lagi.

"Ibu!" Jerit budak lelaki berlari ke arah sini. Baju dia agak lusuh. Walaupun penampilan dia tidaklah begitu mewah tapi kemas.

Pandai betul Nek Mok jaga anak dia ni. Budak lelaki ni anak dia ke? Boleh jadi.

Raisha angguk sambil dia berfikir.

"Comel ye anak Nek Mok." Kata Raisha.

"Ni cucu Nek Mok. Budak lelaki ni namanya Irfan Adib. Anak saya." Beritahu Mila. Dia seorang balu.  Suami dia sudah lama meninggal dunia kerana penyakit jantung dalam tidur. Sungguh menyayat hati.

"Oh. Mana suami you?" Tanya Raisha.

"Dia dah tak ada sebab penyakit jantung. Dengan adanya Nek Mok dan anak saya boleh memberi semangat untuk meneruskan hidup ni. Begitu juga dengan awak. Setiap orang mempunyai masalah. Tak pernah tak ada. Tadi Kak Mila jumpa Raisha pengsan di tepi jalan. Sudah 3 hari awak tak sedarkan diri."

Raisha Munirah [OG]Where stories live. Discover now