Di Airport, Aniq berjalan menuju ke tempat selalunya pilot berkumpul sebelum mahu melakukan kerjanya. Kali ini, dia pergi ke Negeri Sembilan selama 2 minggu ada khusus naik pangkat di situ. Tempah saja rumah sewa di situ. Dia dan Nazmin bersama menempah rumah sewa berhampiran tempat khususnya.
"Aniq, kau happy semacam ni kenapa? Tahulah nak pergi Negeri Sembilan. Tak payahlah excited sangat."
Nazmin meletakkan tangannya dibahu Aniq. Aniq membiarkan saja.
"Mestilah excited. Raisha kot ada kat situ. Sebelum aku berjejak kaki di KL ni. Aku mesti kahwin dengan Raisha. No matter what happened. Itu janji aku. Nazmin." Kata Aniq sambil senyum manis. Inilah tujuan dia bekerja untuk melamar Raisha.
Nazmin tumpang gembira. Mana taknya, baru hari ni Aniq tak ada alahan perempuan mengandung. Pelik. Setiap pagi pasti Aniq mengalami alahan itu. Mungkin disebabkan dah 9 bulan Aniq mengalami alahan itu.
"Ek eleh. Banggalah sangat dah tak single lagi. Kalaulah perkahwinan kau dan Raisha tu tahu satu Malaysia. Pasti kau dikejar netizen. Nilah risiko dapat bini famous lagi-lagi body Raisha tu mengancam bagi kaum adam. Even aku pun terpikat tengok body dia dulu. Sekarang ni dia dah berubah. Kan aku dah cakap. People always change." Ujar Nazmin. Dia sokong Aniq mahu bertanggungjawab pada Raisha. Bukan senang nak cari lelaki bertanggungjawab pada zaman kini.
Aniq tergelak kecil. Pelik-pelik je Nazmin ni. Macamlah dia tu tak laku. Memang betul kata Nazmin, dulu hidup single. Tanpa bercinta terus kahwin pastu dapat anak.
Dulu bukan nak jual mahal kat perempuan. Tapi semua perempuan baginya mengambil kesempatan mengkikis duitnya. Mata duitan.
"Kau tu, bertahun-tahun bercouple tapi tak ada berita pun nak ajak kahwin." Sindir Aniq sengaja. Bercinta bagaikan nak rak. Tapi tak ada usaha nak meningkat hubungan mereka.
"Perempuan tak nak kahwin dengan aku. So aku dah break up dengan dia semalam. Pening kepala dapat girlfriend kaki kikis duit." Nazmin mengeluh. Selama bertahun-tahun bersama. Terbongkar sebuah rahsia perempuan itu kaki kikis. Hanya mahukan duit saja.
Aniq terdiam. Kesian sungguh dia dengan Nazmin. Dia pernah jumpa perempuan itu. Rupa paras sangat cantik.
Semua manusia mempunyai helah tersendiri untuk mendapat sesuatu.
Kini, tinggal hari nak tunggu due date. Yes, kandungan Raisha dah sampai 9 bulan. Perutnya semakin besar. Susah nak berjalan. Sering keletihan, hanya mahu duduk rumah saja. Berat juga bawa baby dalam perut.
Aniq pulak tak habis-habis message dia. Dia tahu Aniq nak bertanggungjawab pada dia. Tapi dia dah malas nak pedulikan hal itu. Biar dia yang tanggung semua tu. Pernah sekali dia terjumpa Aniq di KL. Tapi nasib baik Aniq tak perasan dia berhampiran dengan Aniq.
Sekarang kedai roti kami semakin laku, lagi-lagi kek lapis sarawak. Ramai customers yang memuji kek lapis sarawak itu. Tak larat juga Raisha buat sebanyak 100 kek lapis sarawak. Gila? Tapi untung yang banyak. Tambah lagi, dia sarat mengandung cepat lelah. Dia mengajar Mila membuat kek lapis sarawak. Tak dapat lawan dia. Tangan anak jati Sarawak.
"Mila, I nak tolong boleh tak? I bosan tengok orang beli. I pun nak tolong." Tanya Raisha sambil mengelipkan matanya. Minta simpati kat Milalah tu. Macamlah tak tahu gaya tu.
Mila mengeluh. Berapa kali ditegur. Taknak dengar. Bukan dia tak kisah pasal tu, kisah sangat.
"Okaylah. Sukati awak. Kerja tu yang ringan je ye." Mila mengingati Raisha. Ada juga degil Raisha apabila bab bekerja. Dia memang degil ketika menjadi model. Semua ikut kehendak dia.
Raisha senyum teruja. Lelah dia berlatih setiap malam mahu lembutkan hati Mila. Mila sebiji sikap kakak sulungnya, Raina. Seorang yang tegas tapi tegasnya itu ada juga sayangnya.
Raisha menyusun kek yang berada di rak. Ada juga customer yang mahu bergambar dengan dia, bahkan ada yang minta tandatangan dia. Dia pun tak terfikir perkara ni berlaku. Dulu memang pernah perkara macam tu berlaku tapi dia tak peduli tentang itu. Dirinya rasa sombong dan angkuh.
Celah kangkang dia terasa ada air yang mengalir ke lantai. Dia berhenti menyusun kek lalu dia melihat di bawah. Banyak air di lantai. Kenapa dia tak perasan pun? Air tu air apa?
Raisha kaku di situ. Tak bergerak. Bagaikan dirinya di sumpah.
"Mila! Air apa ni? Kenapa air ni keluar dari bawah I." Jerit Raisha. Customer di situ pun gelisah. Senang ceritalah semua di dalam kedai anak dara. Diorang mana tahu pasal perempuan mengandung ni.
Mila terkejut melihat keadaan Raisha. Air di bawah Raisha banyak menitis.
"Raisha! Awak ni nak beranak!" Beritahu Mila sambil mendekati Raisha yang terkaku disitu.
Sungguh hati Raisha rasa nak terjatuh. Nak beranak! Oh no! Dia belum ready lagi nak beranak.
Takut!!!
4 jam kemudian, Mila, Nek Mok dan Irfan duduk di ruang menunggu bersalin. Tak duduk senang pun mereka. Berselawat dan berdoa hanya pada Allah untuk memastikan Raisha dalam keadaan selamat dan juga babynya.
Pintu bilik bersalin dibuka perlahan. Doktor perempuan itu tersenyum lega hati lalu tersengih. Dia menghampiri mereka.
"Tahniah! Raisha dapat baby girl."
"Ya Allah, terima kasih." Ucap ketiga-tiga mereka. Syukur rasanya semua berjalan lancar. Raisha beranak menggunakan cara normal. Dia seorang yang kuat tanpa adanya suami.
To be continued
________________________Vote, comment and share.

YOU ARE READING
Raisha Munirah [OG]
RomanceDia perempuan yang tengah angau bercinta dengan kekasihnya yang bernama Diyana Liana. Perempuan? Ya kekasihnya dia perempuan. Raisha seorang lesbian. Dia tidak peduli pun apa orang cakap tentang relationshipnya. Pekakkan telinga saja. Satu inside...