Bagasi pink Raisha ditolak ke arah pintu utama. Puan Sri Maira melarang Raisha balik ke rumah suaminya. Hubungan Tan Sri Rashid dan Raisha semakin tegang. Bahkan dalam hati Tan Sri Rashid benci sampai menyampah tengok muka Raisha.
"Raisha, taknak stay lagi ke dalam beberapa hari?" Soal Puan Sri. Betapa sedih dia melihat Raisha sekejap saja stay rumah ini. Rumah ini rumah Raisha juga.
Tapi,
Ego tinggi mengalah gunung. Mungkin kena rasuk syaitan kot sebab tulah sikap benci dihati Tan Sri Rashid membuak.
"Takpela mama, Raisha taknak kacau. Raisha tak layak duduk rumah ni. Biar Raisha ikut Aniq je mama. Jangan risau." Raisha cuba menenangkan keadaan. Tadi pun kena tengking juga. Haiya. Tak habis-habis cari pasal.
Aniq mengukirkan senyuman manis kepada Puan Sri Maira. Kepercayaan Puan Sri Maira kepada Aniq masih was-was untuk menjaga Raisha.
"Mama, Aniq akan jaga Raisha ni. I love her so much."
Puan Sri Maira senyum. Sedih rasanya bila Raisha meninggalkan rumah ini. Mahu saja Raisha tinggal rumah ini selamanya. Tapi Raisha perlu ikut suami. Bukan hak dia untuk menentukan masa depan Raisha.
Raisha menyulurkan tangan menyalami tangan Puan Sri Maira dan memeluk dengan erat.
Sungguh berat hati Puan Sri Maira. Sedih.
Aniq yang saat ini sedang tenang memandu di sebelah, Raisha menjeling sekilas. Dalam kiraan Raisha, lebih kurang satu jam lagi. Kami akan sampai rumah Aniq.
Tak puas pandang Aniq sekali lalu, Raisha tolehkan lagi kepala ke kanan. Kali ini, Raisha biarkan mata memerhatikan Aniq memandu. Senyuman bahagia terukir. Tak pernah Raisha rasa tenang melihat raut wajah Aniq. Perasaan Raisha kali ini untuk Aniq memang lain macam.
"Puas kau tenung aku?"
Soalab yang berbaur sindiran daripada Aniq, tak mampu mengalihkan pandangan Raisha daripada Aniq.
Malah tanpa rasa malu, Raisha mengelengkan kepala tanda masih belum puas menilil raut wajah Aniq.
"Lama-lama pandang you, baru I perasan . You masih handsome." Raisha cuma nak sampaikan fakta yang membuktikan Raisha sudah berubah.
Ah, mungkin Raisha yang terlebih perasan semua itu. Kata orang, bila hati dah cinta semuanya nampak indah saja.
Wait!
No!
"I hate you, Aniq. You akan rasa menyesal akan kahwin dengan I." Kata Raisha. Bukannya Raisha suka pun dekat Aniq.
Aniq je perasan lebih.
Aniq menoleh pada Raisha sesaat sebelum dia kembali fokus pada pemanduan.
"I don't care, sayang. Aku akan bimbing kau ke arah yang benar. Nanti kau rasa beruntungnya jadi isteri Aniq." Mudah jawapan yang diberi.
Geram punya pasal. Raisha berikan jelinvan tajam. Kenapa susah sangat nak faham? Sebab ini dia tak berminat lelaki.
Lelaki degil. Tanpa Raisha sedar, dia pun 2x5. Tahap kedegilan Raisha lagi tinggi.
Rumah aniq tidaklah begitu besar. Just sedang-sedang. Di kawasan perumahan 2tingkat saja. Cukuplah daripada tak ada rumah.
Tidur kat bawah jambatan. Rosak nama baik Tan Sri Rashid.
Aniq mengeluarkan barang di dalam bonet kereta. Manakala Raisha sedang mendukung Mylissa.
"Cepatlah!" Arah Raisha. Lambat betul Aniq ambil barang. Bukan banyak pun kena ambil. 5 barang je pun. Segala baju Raisha diambil. Rindu pakai baju mahal.
Aniq masamkan muka. Ingat Aniq ni kuli Raisha ke. Main sedap mulut je arah-arah suami.
"Sabarlah." Jawab Aniq sambil membuka pintu rumahnya. Rumahnya baru saja dibeli sebelum kahwin dengan Raisha.
Lama juga Aniq simpan duit beli rumah demi Raisha dan Mylissa. Nak buat deco lagi. Kenal sangat perangai Raisha yang cerewet.
Kaki Raisha terhenti. Cantik rumah walaupun kecil. Pandai Aniq deco rumah. Berapa duit Aniq habiskan semua ini?
Raisha malu. Malu kerana sudahla dia menumpang lepas tu family tak menganggap ahli keluarga.
"Ni rumah kita." Kata Aniq perasaan gembira. Akhirnya impian Aniq tercapai kali pertama masuk bersama Raisha dan Mylissa.
Mylissa merengek. Aniq terus mendukung Mylissa.
"Seriously!? This is your house?" Soal Raisha masih tak percaya. Kiranya Aniq seorang lelaki yang biasa saja.
Aniq mengangguk. Lawak muka Raisha terkejut.
"Whatever. I nak bilik sendiri. I taknak tidur sama dengan I. I allergic dekat lelaki especially you." Matanya dibulat. Nak buat muka marah. Kena bulatkan mata.
Aniq gelakkan Raisha yang tengah buat-buat marah. Takutnya.
"Janganlah buat mata macamtu. Macam beruk tahu tak. Aku dah sediakan bilik untuk kau. Bilik aku tak boleh masuk. Mylissa ni? Tidur mana?" Soal Aniq.
Kalau tidur bilik asing, Mylissa dengan siapa.
"I lah. I bagi susu. Dahlah I nak rehat you jaga Mylissa. Bagi I tidur." Raisha membuka langkah cepat menuju ke biliknya. Yang warna purple tu dah tahu siapa punya.
Sebelum Raisha masuk belum. Sempat pula Raisha menjelir lidahnya ke arah Aniq.
Bam!
Aniq menggeleng. Mengalahkan budak-budak. Ada anak pun perangai macamtu. Adeh.
Tbc
YOU ARE READING
Raisha Munirah [OG]
RomanceDia perempuan yang tengah angau bercinta dengan kekasihnya yang bernama Diyana Liana. Perempuan? Ya kekasihnya dia perempuan. Raisha seorang lesbian. Dia tidak peduli pun apa orang cakap tentang relationshipnya. Pekakkan telinga saja. Satu inside...