bab 17 | terima seadanya

926 35 5
                                    

3 Bulan sudah berlalu, Mylissa pun berumur 3 bulan dan Raisha tidak lagi berpantang. Lega rasa hati. Bosan jugalah makan makanan tawar je time berpantang tu. Nak juga merasa makanan manis tapi dilarang oleh Nek Mok.

Tidak untuk dia kerana Mylissa masih menyusu badannya. Apakandaya sebagai ibu baru habis berpantang.

Raisha mendengar suara yang tidak kenal di luar bilik, seolah-olah ramai orang di ruang tamu. Dia terus pergi membuka pintu sedikit. Alaa nak tengok je. Rasa ingin tahu ni membuak.

Membulat mata Raisha apabila melihat sebentuk cincin yang dipegang wanita yang berumur sikit. Takla tua sangat macam mama dia juga. Rindu pulak dengan family.

"sapa diorang tu? kenapa ada cincin? maybe mira nak kahwin lagi kot" bisik Raisha perlahan.

Malas nak peduli. Baik dia layan Mylissa je.

"Raishaa.." Mira memanggil nama Raisha sambil mengetuk pintu bilik Raisha.

Aik. Mira dah kenapa memanggil dia.

Raisha mengambil Mylissa lalu mendukung Mylissa. Tiba-tiba Mylissa tergelak. Lahhh suka la tu didukung.

Melangkah kaki menuju ke ruang tamu. Perasaan dia lain melihat wanita tua memberi senyuman manis kepada Raisha. Aih, seram.

Lalu Raisha membalas senyuman itu. Yelah kan, kalau tak dicop sombong pula. Taknaklah dia jadi macam dulu. Past is past right.

Tangan Nek Mok memegang paha Raisha. Pelik.

"Emm Nek Mok nak memperkenalkan ini Puan Alina dan Tuan Azlan." Nek Mok memperkenalkan mereka. Raisha angguk faham. Nak tanya.

Siapa mereka?

Uishh. Nampak macam orang berada. Takkan mereka ni orang yang diupah oleh parents dia kot untuk tahu jejak dia.

Raisha menggeleng kepalanya. Maybe no!

Raisha sekarang berhadapan dengan Aniq. Aniq pulak tersengih macam apa je. Menyampah Raisha tengok Aniq syok sendiri.

Pandai eh nak suruh dia kahwin dengan Aniq.

"You menang, Aniq." kata Raisha sinis.

" Oh well, kau belum kenal lagi aku. Lusa kita dah kahwin. aku nak pastikan kau nak sediakan. Semua barang nikah aku dah sediakan kau jangan risau."

Raisha ternganga. Seriously, secepat ini Aniq nak kawin dengan dia. Dah buang tabiat ke dia ni. Or salah makan nak kawin cepat.

"Wait, what. Lusa? Gila apa lusa. You ingat i ready ke? Kalau ye pun bincangla dengan i. You ni kan. Buat i geram je. Haa, kalau nak kawin ni ada wali. But how? Emm. Daddy i.." sayu Raisha bila mengingatkan kenangan pahit dia dulu. Biarla berlalu begitu saja.

Aniq perasan raut muka Raisha berubah.

"Takde apalah. Jangan risau. aku dah uruskan. Kau tu kena bersiap esok. Akad nikah dekat masjid nanti. Take noted my future wife." Kata Aniq sambil senyum sinis.

Raisha menjeling matanya. Lalu dia melangkah pergi meninggalkan Aniq. Malas nak lama-lama. Sakit hati je nak tengok muka Aniq. Rasa nak haaa. Geram nii.

Persiapan perkahwinan ini bertempat di hotel. Ceh, nak juga hotel. Raisha melihat pelamin yang dipasang oleh pekerja-pekerja decoration pelamin itu.

Cantik! Dalam hati Raisha mengungkapkan keindahan pelamin yang tengah dipasang. Pandai Aniq buat pilihan tahu-tahu je purple color favourite dia.

"Hey, Raisha, nice to meet you !" Sapa perempuan yang tinggi. Seksi. Rindu dia yang dulu berpakaian seksi tidak cukup kain.

Raisha hairan. Siapa perempuan ni. Tak kenal pun. Perempuan tu kenal Raisha ke?

"Err, hai. Nice to meet you too"

"Raisha right? Im Felicia and adik kepada Aniq. Takkanla you tak kenal i. Kita pernah jumpa time shooting dulu. Maybe you lupa kot dengan i ni. But nevermind, i happy sangat dapat jadi adik ipar you. Congratulations babe!" Kata Felicia dengan perasaan gembira. Impian dia nak jadi adik ipar Raisha. Idola dia dulu.

Raisha baru teringat Felicia. Dia senyum manis. " Ouh, i baru ingat. Sorry ye lupa. You buat apa kat sini?" Tanya Raisha.

Felicia menunjuk jarinya ke arah Aniq yang sedang mengarah pekerja di dalam hotel.

Raisha pun membuat mulutnya 'o'.

"Are you okey with my brother?"

Raisha menggelang kepalanya.

"No".

Felicia gelak. " You ni lawaklah. Takpe nanti you suka dengan abang i. Ohh. I nak pergi kerja ni. Kejap je kat sini. See you tomorrow. "

Felicia laju-laju keluar dari hotel itu. Lambatla tu. Siapa suruh borak dengan Raisha. Dah terlambat.

Pada pagi yang indah. 9 oktober 2021, adalah hari perkahwinan Aniq dan Raisha. Perasaan Raisha takla gembira or takla sedih. Sedang-sedang. Rasa kosong perasaan dia.

Raisha tenung mukanya di cermin solek. Makeupnya sudah pun siap. Cantik. Sama seperti dia dulu. Jarang dah sekarang dia nak bermakeup. Buat apa je nak bermakeup. Takde function.

"Nape masam ni Raisha? Happyla. Ni kan hari perkahwinan Raisha." Mila cuba untuk menenangkan hati Raisha. Dia tahu Raisha sedih. Yela kena paksa. Siapa je suka.

Itu pun kerana baby Mylissa. Kalau pentingkan diri sendiri. Mylissa pula tak ada ayah. Kesian Mylissa dah besar. Raisha sanggup mengabai kehidupan dia demi Mylissa.

"I okey jela. But sedih sikit. Because my family..."

Raisha menunduk kepalanya. Air matanya mahu menitis tetapi ditahan.

" Alahhh, jangan nangis. Nanti adala tu. Dah-dah jangan nak sedih. Akad nikah pun nak mula. Aniq tunggu Raisha kat luar rumah. Nak pergi je masjid." Mila mengajak Raisha.

Raisha mengganguk faham. Raisha masih tertanya, siapa jadi wali dia? Raisha mengangkat punggung. Besar juga baju kawin ni. Berat.

Setelah keluar dari dalam bilik makeup. Aniq terpegun melihat wajah Raisha. Cantik! Crush dia first time jumpa. Jodoh takkan kemana.

"Woww cantik bakal wife kau." Puji Zaim.

" Diamla kau. Bini aku tu."

Setengah jam perjalanan menuju ke masjid. Aniq asyik memandang wajah Raisha. Tak puas kalau tak pandang seminit pun. Confirm rindu.

"Okey dah sampai."

Perasaan nervous menguasai diri Raisha.  Kedatangan ahli keluarga Aniq saja banyak. Ahli keluarga Raisha tiada sorang pun datang. Raisha hanya senyum. Padahal dalam hati, sakit.

Raisha melangkah masuk ke ruang akad nikah.

Raisha terdiam. Kelihatan ahli keluarganya datang. Terutama sekali parents Raisha.

Tan Sri Rashid dan Puas Sri Maira melemparkan senyuman gembira kepada Raisha. Sudah berapa tahun tak jumpa. Akhirnya terubat rasa rindu.

Tbc


Raisha Munirah [OG]Where stories live. Discover now