bab 3 | future husband

1.7K 45 1
                                    

Raisha Munirah

Cantik luaran tidak,
Semestinya cantik dalam hati.

  🍧🍧🍧🍧

   Bam!

Tan Sri Rashid melemparkan beberapa gambar di atas meja. Raisha hairan. Marah benar papa ni.

Puan Sri Maira, Raina dan Dania hanya membisukan diri. Puncak kemarahan papa dah sampai tahap paling tinggi.

"Ambil gambar tu, Raisha!"

Terkejut Raisha. Kemerahan wajah Tan Sri Rashid.

Pantas tangan Raisha mengambil dan melihat gambar tu. Membulat terus mata Raisha. Gambar dia dan Diyana bercumbu di London. Boleh terbongkar pula. Kejam punya orang yang bongkar benda ni.

Raisha menunduk kepalanya tidak berani bertentang mata dengan Tan Sri Rashid.

"Raisha! Kenapa ni? Adakah gambar ni betul!?" Tanya Tan Sri Rashid. Dia sekarang berdiri berhadapan dengan Raisha.

"Emm, t... tak pun papa." Jawab Raisha gagap. Dia takut dengan parents je. Dengan orang lain tak ah nak gagap macam ni. Ni Raisha kot.

"Dah tu, kenapa kamu bercium dengan perempuan ni!? Papa tak ajar anak papa suka sama jenis. Kamu lesbian kan? Jawab!?"

"Tak. Tu haters Raisha yang ambil gambar tu. Pastu edit." Tipu Raisha.

Raina menggeleng kepalanya. Berani sungguh Raisha menipu Tan Sri Rashid.

"Jangan nak tipu! Papa tahu kamu ni suka sama jenis. Tolong Raisha, ubah sikap kamu! Tak siap bau syurga. Kalau kamu tak ubah sikap dari sekarang. Papa akan sekatkan kad kredit! Bukan setakat tu je, papa akan tarik kereta Raisha. Biar Raisha tak naik kereta lagi. Pakai motosikal."

Raisha mengangkat kepalanya. What!? Kad kredit disekatkan. Macam mana dia nak hidup ni? Setakat gaji model je berpuluh-puluh ribu tu pun tak cukup baginya.

"No! Papa. Papa tak boleh buat macam tu." Bentak Raisha.

"Takut? Papa akan buat juga. Sekiranya kamu tak ubah sikap. Papa takkan beri kad kredit kat kamu lagi. So, apa kamu nak buat if ubah sikap?" Tanya Tan Sri Rashid. Dia kembali duduk sambil bersilang tangan ke dada.

Raisha diam seketika. Buat apa? Ah dia tahu.

"Raisha akan kahwin."


     "What!? Are you kidding me!? Tell me truth!"

Iman tidak percaya apa yang Raisha ceritakan tadi. Lantak kaulah. Percaya ke tak. Yang hadap Raisha bukan dia.

Raisha menjeling matanya.

"Yes! You know my papa marah sangat dengan I. If I tak ubah sikap I, segalanya harta akan disekatkan oleh papa. Huhuhu. I rasa nak larikan je tau."

Iman menahan ketawanya. Dia rasa mahu tergelak sampai tercabut mulut. Lawak wei. Raisha ni memang tak boleh hidup tanpa harta. Orang kaya katakan.

"Oh yeke. Lawak sangat wei. Tapi if you akan kahwin. Kalaulah. Tak dapatlah I spend time with you." Mengeluh Iman. Dia turut bersedih. Kawan baik dia mahu berkahwin. Tak dapat lagi diorang make in love.

Raisha memegang erat tangan Iman. Ibu jari Raisha mengurut tangan Iman. Mahu saja dia bercium dengan Iman di depan public. Tapi apakah daya dia melakukan semua itu semakin teruk jadinya. Haters is everywhere. Ada peminat mesti ada pembenci. Susah jadi model famous ni.

"Kan. Diyana? You tolong rahsiakan dia okay. I takut dia marah. You pernahkan tengok dia marah. Macam bapak harimau."

"I promise. So, apa plan you nak dapatkan lelaki yang akan jadi future husband you." Tanya Iman. Dia menarik tangan dari pengangan Raisha.

Raisha baru terfikir. Lelaki mana yang dia mahu. Selama ni dia langsung tak pernah fikir pun pasal tu.

"I nak yang segak. Yes! I tahu mana I dapat lelaki bagus untuk I."

"Who?"

"Lelaki yang dekat airport tu. Pilot. Tu segak. I nak yang tu." Kata Raisha. Cepat dia mahukan lelaki yang jadi suami semantaranya.

Iman kerutkan muka. Lelaki yang hari tu. Bolehlah dikatakan segak. Memang ciri-ciri lelaki idaman. Bagus sangat taste Raisha ni. Lesbian pun taste macam perempuan tulen.

"But, you cari dia kat mana? Malaysia ni besar. Kot-kot dia tu pergi negara lain. Dia kan pilot."

Raisha tidak peduli pun hal tu. "You know me sweetie. I akan cari dia sampai lubang cacing."

Dah sudah dah. Perangai Raisha dah kembali. Sekali umpan yang dia minat, umpan tu takkan terlepas dari tangannya.

"Waiting for me, boy."


    Uhuk! Uhuk! Siapalah yang panggil nama dia ni? Lalu terbatuk tiba-tiba.

"Kau okay tak, bro?"

Aniq mengangguk. Dia mengambil air kosong di atas meja. Tak tenang nak tengok bola macam ni. Tiba-tiba je batuk. Parents dia yang cerita pasal dirinya. Lama dah tak lawat parents semenjak bekerja sebagai pilot.

"Ni mesti ada orang rindu kot. Girlfriend kaulah tu." Sakat Nazmin. Dia tahu yang Aniq tak ada girlfriend. Crush ada tapi lesbian. Terus Aniq melupakan crush yang dia suka. Nasib.

Aniq mengecilkan mata sambil pandang Nazmin.

"Kau agak-agaklah. Takkan tak kenal dengan aku kot. Mana ada makwe. Sorang perempuan pun taknak dengan aku." Aniq membaling botol ke arah Nazmin. Nazmin sempat menyabutkan botol itu. Tak guna punya kawan.

"Esok aku ada flight ke Pulau Pinang. Taknak kirim apa-apa ke, bro?" Tanya Nazmin.

"Tak kot. Kalau ada pun aku message kau nanti. Aku off bulan ni."

"Tahu."

"Dahlah aku nak tidur dulu. Bye."
Aniq bangun dari sofa. Malas nak tengok bola lagi. Bosan. Tak gol pun.



To be continued

___________________________

VOTE, COMMENT AND SHARE

Raisha Munirah [OG]Where stories live. Discover now