bab 8 | you're nothing

1.6K 56 10
                                    

Raisha Munirah

Change the world by
being yourself.

🎁🎁🎁🎁

  Di ruang makan, hanya bunyi gelak ketawa mereka sekeluarga untuk meraikan menantu baru. Kecuali Raisha yang membisukan diri. Semenjak kejadian itu, dia jarang keluar rumah itupun kerja. Terperuk didalam bilik.

Hanya Nadia seorang je tahu hal itu. Dia memerhati Raisha. Bingung dengan perangai Raisha. Bosanlah tiada kawan nak bergaduh.

"Raisha." Panggil Puan Sri Maira.

Tiada suara. Masih lagi Raisha membisu.

"Raisha, mama panggil ni."

Raisha mengangkat muka. Dia hairan kenapa diorang pandang dia macam tu?

"Kenapa?"

"Dah jumpa calon ke?" Celah Tan Sri Rashid.

Raisha menggeleng. Dia dah malas dah semua ni. Dah malas.

Selepas makan, Tan Sri Rashid mengarah anak-anak nya pergi ke ruang tamu. Ada hal katanya.

Wajah Tan Sri Rashid tegang. Baru saja dia gembira tiba-tiba sesuatu yang mencalarkan maruahnya.

"Raisha!"

Semua orang yang berada di memandang ke arah Raisha.

Raisha terpaku. Seolah-olah dia tahu apa yang berlaku selepas ini. Bila tengok reaksi Tan Sri Rashid. Menakutkan.

Raisha berdiri di depan Tan Sri Rashid dan Puan Sri Maira.

Tan Sri Rashid memberi telephone ke Raisha. Raisha terkejut. Gambar dia tidur dengan Aniq. Kena viral lagi tu.

"Raisha! Kamu tak serik-serik nak malukan papa dan mama. Kamu tahu kamu dah mencalarkan maruah papa. Satu Malaysia tahu yang kau pernah tidur dengan salah seorang lelaki. Dulu lagi pasal lesbian. Lepas ni, tidur dengan lelaki. Benarkah itu? Jangan nak tipu!" Jerit Tan Sri Rashid. Mahu bergegar satu rumah banglo ni.

Raisha menggigil satu badan. Tangannya berpeluh.

"Ye, papa. Raisha lesbian dan pernah tidur dengan lelaki." Jawab Raisha jujur. Biarlah. Asal dia jujur.

Phone ditangan Raisha dirampas oleh Tan Sri Rashid lalu mencampak ke lantai. Pecah berderai!

"Raisha!! Papa tak ajar kamu macam ni. Tak cukupkah papa beri kamu. Dalam keluarga ni kamu seorang yang memberi malang. Dari kecil sampai ke besar. Memang tak pernah berubah. Anak jenis apa ni." Marah Tan Sri Rashid. Kerana kemarahannya sudah ke tahap tinggi. Tangannya naik dan menampar muka Raisha.

Pang!

Raisha terkesima. Wow. Tan Sri Rashid menampar mukanya didepan ahli keluarga. Dia menyentuh pipinya. Lelah dia jaga pipi mulusnya.

"Apa ni, papa?" Tanya Raisha.

"Apa kamu tanya? Anak tak guna!"

Tanpa Raisha melangkah kebelakang. Tan Sri Rashid menolak kasar Raisha ke lantai.

"Mulai sekarang, Raisha Munirah tiada lagi hubungan apa-apa di dalam keluarga ini. Dan segala kerja kamu dah dibuang. Harta akan dirampas. Kamu bukan ahli keluarga ni lagi. From now on, keluar dari rumah ini. Kamu ialah orang asing! Tolong tarik dikeluar!" Arah Tan Sri Rashid kepada bodyguardnya. Bunyi petir semakin kuat. Tanda-tanda hujan mahu turun.

Semua orang dalam rumah tu tergamam. Tan Sri Rashid sudah berkata demikian. Dia duduk semula. Makin sakit jantungnya.

Air mata Raisha menitis. Papa buang dia? Dia tak ada keluarga. Dia tak ada apa-apa. Dia miskin.

"Okay, fine. Ini yang papa nak. Raisha akan pergi dari rumah ni dan takkan pulang ke rumah ni. Mama, halalkan makan minum Raisha. Lagi tepat, terima kasih atas jasa Tan Sri dan Puan Sri." Kata Raisha serak. Dia malu. Tiada seorang pun menghalangnya keluar. Bahkan Puan Sri Maira diam. Di dalam hatinya mahu menghalang anaknya tapi ada sesuatu yang menghalang.

Raisha bangun. Dia menuju ke pintu utama. Dia tak pandang belakang. Dia dah redha.

Setelah dia keluar dari kawasan rumah banglo, dia try nak call Iman.

Iman
Hello.

Raisha
Hello, Iman tolong I ambil I kat rumah I.

Iman
Hahaha, lawak apa ni. I takkan jadi kawan you lagi. You're nothing! You miskin. Macam mana you nak bayar gaji I. Sorry. I'm not your friend.

Telefon diletak oleh Iman. Raisha lagi sekali tergamam. Selama ini Iman berkawannya kerana duit.

Zaman ini duitlah segala-galanya. Tiada duit, tiada ertinya hidup bagi dia.

Otaknya dah kosong. Sekarang ni ada Diyana. Kekasihnya hati.

Diyana
Hello?

Raisha
Hello, baby tolong I.

Diyana
Sorry? I'm your baby anymore. I know you dah dibuang keluarga kan. Jadi, we're break up. I taknak yang miskin. Bye.

Phone dipegang Raisha jatuh. Hujan mula basahi dia. Air matanya jatuh lagi. Dia tak ada siapa lagi. Dia terduduk. Begitu tak guna dirinya sekarang.

Raisha bangun. Dia takkan mudah mengalah tanpa harta. Dia boleh teruskan hidup. Demi dirinya sendiri.

Tapi...

Mana dia nak cari duit? Tempat tinggal? Baju tak ada.

Mata dia semakin berat. Tiba-tiba kepalanya pening. Dia pengsan di tepi jalan yang ditemani oleh hujan. Dia lemah.

Adakah dia akan mati?


To be continued

___________________________

VOTE, COMMENT AND SHARE

Raisha Munirah [OG]Where stories live. Discover now