Makanan yang baru saja dimakan oleh Aniq dimuntah begitu saja. Semenjak dua hari , setiap pagi dia selalu muntah. Macam ada sesuatu yang tak kena. Pening kepalalah.
"Bro, kau okay tak? Jomlah pergi klinik. Risau aku kau macam ni." Kata Nazmin sambil mengosok belakang Aniq. Aniq memuntahkan lagi. Sakit wei.
Semasa check di klinik, doktor itu tersenyum lalu tersengih. Perkara ini selalu terjadi bagi kehidupan yang sudah berkahwin. Itu menjadi berita baik pada setiap pasangan yang impikan anak.
"Mana bini encik?" Soal doktor itu.
Wajah Aniq berkerut. Bini? Sejak bila dia berkahwin apatah berbini. Pelik betul soalan yang ditanya doktor ni. Pasti doktor ni bergurau.
Doktor melihat Aniq tidak mahu menjawab soalannya.
"It's okay. Encik ni kena morning sickness. Encik yang menggantikan bini encik alahan ni. Untung bini encik." puji doktor itu.
Nazmin memandang pelik ke arah Aniq. Aniq telan air liur.
"Hmm apa tu?" Tanya Aniq. Dia tahu apa maksud tu. Tapi dia belum kahwin lagi.
"If bini encik ada sakit macam ni. That's mean, she is pregnant. If dia tak ada tapi encik ada sakit macam ni. Dia tetap mengandung walaupun takada morning sickness. Congrats!" Ucap doktor.
Aniq dah mati kata. Ni perkara yang serious. Dia teringin dia pernah rosakkan anak dara orang, iaitu Raisha. Jadi, Raisha sekarang tengah mengandung.
Di dalam kereta, sel-sel otak Nazmin berhubung. Dia mahu tanya soalan kepada Aniq. Betulkah apa yang dikatakan oleh doktor. Doktor pakar kot tadi.
"Bro, cakap betul-betul. Perempuan mana kau pernah tidur?" Tanya Nazmin tegas.
Aniq menoleh ke tepi. Dia dah tahu Nazmin akan tanya begitu.
"Yea. Memang aku pernah. Dia yang merangkap aku. So, aku tak nak bertanggungjawab pada dia tu. Dia guna cara jijik. Padan muka dia tu." Ujar Aniq. Dalam hatinya, mahu saja dia bertanggungjawab pada Raisha. Tapi Raisha telah mempergunakannya. Kerana mahu kahwin dengan nya.
"Siapa 'dia' tu?"
"Raisha Munirah." Jawab Aniq ringkas.
Kereta Nazmin terhenti di tepi jalan. Dia terkejut apa yang diberitahu Aniq. Biar betul? Raisha si anak Tan Sri Rashid peristiwa 2 bulan lepas dibuang keluarga sebab perkara ini. Kejam sungguh Aniq.
"Oi! Nasib baik aku pakai tali keledar. Apasal kau tetiba je berhenti? Gila." Marah Aniq. Habis telefon dia tercampak dibawah seat.
Wajah Nazmin mendekati wajah Aniq.
"Kau yang gila, Aniq. Kau tak kesian ke dengan Raisha tu? Dia dibuang keluarga pastu mengandung anak kau. Kalau akulah jadi kau. Aku akan jadi suami dia." Bebel Aniq sambil mengecilkan mata. Dah bengang dengan Aniq ni. Tak sangka Aniq tak bertanggungjawab.
"Dia tu lesbian. Dia yang rancang semua tu." Aniq cuba mempertahankannya. Dia keliru adakah Raisha berbuat demikian. Nanti dia akan siasat semua tu.
Nazmin mendengus kasar. Dia dah tak tahan dengan perangai Aniq.
"Lesbian ke apa ke. Dia tetap perempuan juga. Perempuan mana akan beri maruahnya. Kecuali perempuan tu murah. Kau boleh je ubah dia ke jalan yang betul. Sebab kau suami. Perempuan tetap minat dengan lelaki. Manusia boleh berubah." Tambah Nazmin. Kakinya tekan pedal minyak. Malas nak membebel lagi.
YOU ARE READING
Raisha Munirah [OG]
RomanceDia perempuan yang tengah angau bercinta dengan kekasihnya yang bernama Diyana Liana. Perempuan? Ya kekasihnya dia perempuan. Raisha seorang lesbian. Dia tidak peduli pun apa orang cakap tentang relationshipnya. Pekakkan telinga saja. Satu inside...