Raisha Munirah
The time is always right
to do what is right.🎃🎃🎃🎃
Dua bulan sudah berlalu, tiadanya salah seorang ahli keluarga. Dibuang dan dihalau, lebih teruk lagi dimaki hamun oleh papa sendiri di depan adik beradik lain.
Kehidupan tanpa dia amatlah berbeza. Suaranya hilang, yang selalu dikacau pun takda.
Air milo panas dibiarkan di atas meja supaya hilang panas. Bibik salah buat air milo panas. Nak sejuk punya. Tapi takpa sama je rasanya. Dania ni meminat air milo tegar. Setiap malam dia wajib minum air milo.
"Kak Raina, kak Nadia. Bila nak cari kak Raisha?" Soal Dania. Hampir setiap malam dia bertanya soalan yang sama.
Diorang nak rancang mencari Raisha untuk pulang ke rumah. Bila mahu keluar ke rumah, Tan Sri Rashid melarang diorang mencari Raisha. Walaupun Tan Sri Rashid tiada di rumah pakcik gate melarang pula yang diarah oleh Tan Sri Rashid.
"Entahlah, 2 bulan tak jumpa. I takut kot-kot Raisha tu mati kebulur. Duit takda nak beli makanan. I kesian dengan Raisha even though I and Raisha selalu bergaduh." Kata Nadia.
Raina berdiam diri. Betul juga kata Nadia. Apa nak dimakan oleh Raisha nanti. Ya Allah, tolong bantu adik dia.
"Adik rindu kak Raisha." Ujar Nadia seakan-akan mahu menangis. Dialah paling rapat dengan Raisha apabila sebelum tidur.
Dulu dengan Raina, tapi Raina pun ada suami. Nadia pulak asyik keluar dengan kawan ataupun boyfriend. Dia juga mempunyai boyfriend tetapi boyfriend dia sibuk dengan pelajaran SPM. Begitu juga dengan dia.
Namun, Raisha seorang saja tidak mempunyai boyfriend. Setiap malam dia berluang masa dengan Raisha. Kadang-kadang satu malam Raisha sibuk akan kerjanya.
"Tak payah nak sibuk pasal anak malang tu." Bidas Tan Sri Rashid. Tipu. Seorang ayah mana tak risau pasal anaknya. Tapi dia tepiskan. Demi jaga nama keluarga. Malangnya , 2 bulan lepas sangatlah hangat berita itu.
Sekarang, berita itu semakin hilang dan menghilang.
"Papa dah kata. Jangan ulang lagi pasal tu. Papa tak ada pun anak sikap macam tu." Kata Tan Sri Rashid melabuhkan punggung di sofa berdekatan ditepi meja.
Raina mencebik. Selepas ini, dia perlu pulang. Bulan lepas dia pindah rumah ikut suami. Isteri haruslah disisi suami. Bagi dia, berpisah dengan keluarga sangatlah perit apatah lagi dibuang seperti Raisha.
Kuih puding dipotong segitiga lalu memasukkan ke dalam bekas yang besar. Kuih puding itu kelihatan sedap dimata Raisha. Baru saja dia merasa kuih puding tersebut. Dia terjatuh cinta dengan kuih puding. Rasa dia lain daripada yang lain.
"You nak berjual kat mana kuih puding ni?" Tanya Raisha. Matanya masih termenung kuih puding itu. Menarik deria rasanya. Kalau dia pandai masak ni. Confirm selalu buat.
"Kat kedai kek. Tak jauh pun. Dalam sehari seratus lebih je untung. Itupun sikit je Mila buat. Kalau banyak, untungnya tinggi." Kata Mila sambil menyusun kuih puding. Biar nampak kemas dan cantik.
Nak berjual ni biar ada aura menarik perhatian pelanggan.
"If I nak belajar buat kuih puding ni boleh tak? I teringin sangat nak buat. I just pandai 5 jenis kuih je. Itupun kuih barat." Ujar Raisha. Bersinar-sinar mata dia sambil memandang Mila.
Mila tergelak kecil. Perangai macam budak-budak. Sebiji dengan anak dia. Kenapalah keluarga dia buang dia? Sikap yang baik.
Selama Raisha duduk dirumah ini. Banyak dah berubah dia. Rajin solat. Tak lesbian lagi. Sebelum ni, Mila tahu yang dia tu lesbian tapi Mila nasihatkan dia supaya berubah menjadi perempuan tulen. Dengan izin Allah, dia sudah berjaya walaupun susah bagi dia.
"Boleh je. Kalau tak Raisha nak berjual kuih yang Raisha tahu tu. Berjual jelah. Dapat juga untung sikit-sikit." Mila memberi candangan kepada Raisha.
"Tapi bahan tak ada."
Mila mengusap belakang Raisha. "Ikut Mila lepas ni ye."
Raisha senyum lebar. Mila sangat memahami kehendak dia. Seolah-olah Mila membaca mindanya. Tidak macam kawan dia dulu, kawan kerana duit.
30 minit selepas berkemas, Raisha memakai baju blouse dan seluar jeans. Ketat. Tudung lagi belum dipakai. Katanya pintu hati belum terbuka nak pakai tudung. Aih.
Pekan itu tidak sejauh yang disangka oleh Raisha. Hanya mengambil masa 10 minit dari rumah.
Dia masuk ke dalam kedai itu. Ingatkan kedai kuih tapi kedai roti.
Lelaki disekelilingnya melihat Raisha dengan pandangan tajam. Tipulah dia tak malu. Orang kaya pergi ke tempat macam ni. Siapa tak judge? Tapi dia tidak ambil kisah pun.
"I nak belilah kuih kat sini."
Setelah Raisha dan Mila membeli kuih didalam kedai itu. Raisha terjumpa kucing yang kesakitan. Kucing itu kotor. Kakinya cedera.
Raisha menyuruh Mila memegang kuihnya. Dia pergi ke arah kucing itu. Kucing itu menggigil.
"Alooo, kesiannya you. Jap, I nak dukung you."
Raisha membelai-belai kucing itu supaya jadi manja terhadap dia. Kepalanya terasa berat. Matanya semakin layu. Dia terjatuh sambil itu dia memeluk kucing itu. Baru kucing itu tak lari.
2 jam berlalu, Mila berdoa. Harap-haraplah Raisha tidak ada berlaku apa-apa. Dia risau. Laju sungguh dia bawa Raisha ke hospital.
Doktor membuka pintu lalu menepuk bahu Mila. Mila mendongak.
"Doktor! Raisha okay tak?" Tanya Mila risau.
Doktor menggeleng lalu satu langkah kebelakang untuk memberi ruang Raisha beritahu mengenai dirinya.
Raisha memeluk badannya. Mukanya pucat. Betulkah perkara ini berlaku? Memang betul perkara ini akan berlaku. Hari mengitung hari, hari yang ditunggu sudah pun sampai.
Bahu Raisha digoncang oleh Mila. Jantung Mila berdegup kencang.
"I...."
To be continued
___________________________
VOTE, COMMENT AND SHARE
YOU ARE READING
Raisha Munirah [OG]
RomansaDia perempuan yang tengah angau bercinta dengan kekasihnya yang bernama Diyana Liana. Perempuan? Ya kekasihnya dia perempuan. Raisha seorang lesbian. Dia tidak peduli pun apa orang cakap tentang relationshipnya. Pekakkan telinga saja. Satu inside...