Perihal Manusia

4 0 0
                                    

Sedih sungguh perihal manusia
Sangka dirinya mampu kecap bahgia
Mencari dan mengejar sinaran
Dari jasad tubuh gelandangan
Yang singgah hanyalah sedetik
Menagih kasih walau setitik.

Lucu sungguh perihal manusia
Sangka dirinya mampu berjaya
Perbaiki hati dan jiwa lain
Seolah keduanya barang bermain
Sebelum cuba baikpulih
Hati dan jiwanya yang letih.

Hina sungguh perihal manusia
Sangka dirinya betul sentiasa
Pesanan lain tiada diendah
Pandangan lain hanya diludah
Keras kepala seumpama permata
Namun nilai langsung tiada.

Sungguh pelbagai perihal manusia
Yang kerap rasa dirinya Tuhan dunia.

HBY,
10 Oktober 2022,
6.57pm.

OverflowingWhere stories live. Discover now