Pendidik

28 4 1
                                    

Kau seorang pendidik konon proaktif,
tapi semua mahu fikir negatif.
Ada kerja untuk kau, kau elak.
Banyak kerja kau, pada orang kau tolak.

Cadang mahu tambahbaik, kau keluh.
Cadang mahu ubah, kau kecam.
Orang mahu tambahbaik, kau kecoh.
Orang mahu ubah, kau hentam.

Orang lain kau pandang rendah,
lagak seolah kau insan terbaik;
Dijentik sedikit kau mudah marah,
mahu lahirkan insan positif dan terdidik?

Kau pendidik, juga manusia
Aku pun sama sahaja--
Jangan mudah rasa mulia,
Ini ingatan kita bersama.

HBY,
10.03.2017,
10.50pm.

OverflowingWhere stories live. Discover now