Taksub

36 3 0
                                    

Manusia,
bila taksub sesuatu,
jadi macam gila--
seolah masuk hantu.

Bila ditegur dia,
kita dimarah.
Bila dinasihat dia,
hatinya bernanah.
Bila dikritik dia,
Mulalah nak marah.
Bila dimarah dia,
hatinya membarah.

Menegur dikata menyemak,
Menasihat dikata mencemuh,
Mengkritik dikata menyalak,
Bila marah, dijadikan musuh.

Yang kacak jadi hodoh,
Yang ayu jadi biadap,
Yang bijak jadi bodoh,
Yang bodoh mudah sentap.

Bila taksub kuasai diri,
Adab sopan tiada lagi.
Dalam hati ada berhala,
Yang Esa bagai tiada.

HBY,
03/12/15.

OverflowingWhere stories live. Discover now