1

2.2K 105 3
                                    

Ershal Sophia mengesot perlahan sambil menahan kesakitan walaupun dia tahu berkemungkinan besar dia tidak mampu untuk mencapai telefon pintar yang berada diatas meja solek di dalam bilik yang gelap tiada satu pun lampu yang menyala. Manakan kipas tidak terpasang hanya peluh yang merinik menemani seluruh anggota badannya yang sedia bahang. Mengesot demi mengesot sambil memengang perutnya yang deras mengalir cecair merah dari celah kangkangnya. Air mata sedari tadi jatuh tidak henti henti.

Satu...
Dua...

Akhirnya tanganya sempat mencapai telefon pintar lalu dia mendail nombor dengan tangan terketar ketar. Ershal Sophia meringis kesakitan habis lencun pakaiannya dengan cecair merah pekat itu. Badannya disandar ke dinding menampung dirinya yang sedang kepenatan menahan sakit yang teramat.

"Helo Esh," 

"Tolong aku Maria... anak aku," tangan yang terketar itu memengang perut yang sedia sakit memberi sokongan kepada dirinya agar bertahan. 

"Esh, kau kat mana? Aku pergi pada kau," risau dia akan rakannya ini.Apatah lagi terdenagr esakan dari Ershal. Ershal memengang telefon itu erat. Ari arinya berdenyut kuat.

"Aku kat rumah... t-tolong cepat" balas Ershal bercampur tangisan.

"Tunggu, aku datang sekarang!" Ershal melepaskan nafas lega mendengar balasan Maria. Wajahnya basah dengan air mata dibiarkan. Biarlah air mata ini menjadi penawar bagi kesakitannya saat ini. Dia bersandar kepala ke dinding menarik nafas panjang menahan sakit pada rahimnya. Sayang tolong bertahan... mami dah tiada sesiapa selain awak... tolong bertahan demi mami. Sebelum semuanya kabur dan gelap.

Maria berdecit apabila sampai dihadapan pintu rumah Ershal. Lupa pula dia yang pintu rumah rakannya ini perlu memasukkan kata kunci. Teringat dia yang Ershal pernah memberitahu kata kunci rumahnya pada dia. Terus dia membuka telefon aplikasi mesej ditekan lalu ruang mesej Ershal dibuka lalu tangannya laju meleret mesej itu. Akhirnya, dia jumpa lalu kata kunci itu dimasukkan selepas sahaja pintu terbuka terus dia meluru naik tangga menuju ke bilik Ershal. 

Pintu bilik Ershal dirempuh. Dia melihat tubuh lemah Ershal Sophia sedang bersandar pada dinding itu dia dekati. 

"Esh! bangun aku dah sampai" Maria menampar kecil pipi Ershal sekadar untuk menyedarkan Ershal. Ershal membuka mata kecil sebelum tertutup semula. Maria panik terus dia merangkul pinggang Ershal untuk berdiri dan berjalan keluar dari bilik itu. Maria membawa Ershal dengan berhati hati hingga ke keretanya. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka lalu tubuh Ershal diletak lalu dia berlari ke bahagian pemandu. Minyak ditekan sekuat hati lantas kereta itu memecut laju ke hospital.

Sampai sahaja di hospital, Maria keluar dari kereta memanggil doktor. Tiga orang doktor berlari ke kereta Maria dan seorang mengangkat tubuh lemah Ershal dari tempat duduk kereta diubah ke atas katil hospital. Katil ditolak oleh beberapa doktor dan misi ke bilik bersalin. Maria turut sama tolak didalam hati dia berdoa agar kawannya baik baik sahaja.

"Esh! tolong bertahan demi anak you. Please Esh jangan tutup mata," kata Maria. Telinga aku menangkap butir kata Maria dan mataku samar samar melihat Maria memengang tanganku memberi kekuatan namun apakah daya aku tak mampu lagi.

5 tahun kemudian...

"Arshal Raess!" jerit satu suara lantang. Cepat cepat budak lelaki itu lari meninggalkan mainan yang bersepah menyorok dibelakang badan seorang perempuan tua yang sedang menyiram pokok itu. Dia dikenali sebagai nanny atau nama sebenarnya ialah Jienna. Sudah lima tahun dia bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Medusa sejak Arshal Raess lahir terus Maria mengambilnya kerja untuk menjaga Medusa. Sayang sungguh Maria akan kawannya seorang ini.  

"Raess, kan mami dah cakap jangan sepahkan barang macamni. Ini siapa nak kemas? Raess tak sayang mami ke?" Medusa mengutip satu persatu mainan anaknya yang berselerak diatas rumput palsu berhadapan dengan kolam kemudian diletak ke dalam bakul mainan. Arshal Raess perlahan lahan jalan kearah maminya lalu memeluk kaki maminya erat.

Tersentak Medusa dengan kelakuan anak lelakinya seorang itu. Dia menunduk menyamakan ketinggiannya dengan si anak.

"Mami... jangan marah marah tau nanti Raess kemas la balik. Raess sayang mami sangat sangat. Mami jangan marah marah lagi tau," pujuk Arshal Raess sempat dia mencium dahi licin milik maminya. Medusa tersenyum nipis dia membalas kembali pelukan sang anak. Dicium pipi sang anak berkali kali hingga naik lemas sang anak. Jienna menarik senyuman melihat keakraban si ibu dengan si anak itu

"Pandai eh dia ambil hati mami. Mami pun sayang Raess sangat sangat. Okey Raess kemas sekarang mainan lepastu masuk mandi mami nak siapkan makan malam. Alright sayang?" Medusa melepaskan pelukan Arshal Raess sambil mengelus lembut rambut perang keperangan milik sang anak.

"Alright, mami" akur Raess. Dia mengutip satu persatu mainannya kemudian diletak didalam bakul kemudian diseret bakul itu masuk kedalam rumah walaupun dia tahu kudratnya tidak mampu mengheret bakul yang penuh dengan mainan itu namun dia tidak berputus asa.

Tergeleng kepala perempuan tua itu melihat telatah tuan mudanya itu. Jienna menutup pili air lalu paip itu digulung dan disangkut pada pili air itu lantas dia mendekati tuan mudanya yang bersusah payah mengheret bakul mainan itu. 

"Tuan muda, mari nanny bawakan bakul itu. Tuan muda pergilah naik keatas bersiap untuk makan malam," ujar Jienna. Arshal Raess teragak agak.

"Nanny okey ke? Raess minta maaf susahkan nanny. Terima kasih nanny sebab tolong Raess," ujar Arshal Raess dengan sopan kepada pembantu rumah tua itu. Walaupun dia hidup mewah dia tidak diajar untuk biadap dan memandang rendah pada orang lebih lebih lagi dengan orang yang lebih tua darinya.

"Nanny okey sayang. Dah pergi naik atas mandi," Jienna mengangkat bakul mainan itu sambil memerhati tuan muda naik keatas dengan selamat barulah dia berlalu ke bilik mainan untuk menyimpan mainan tersebut.

Medusa menarik senyuman apabila si anak yang sedang berjalan kearahnya. Dia menarik kerusi kepada si anak.

"Raess nak lauk apa?" tanya Medusa kepada sang anak.

"Ikan," Medusa mencedok lauk ikan diletak pada pinggan sang anak. Kemudian mereka makan tanpa bunyi hanya bunyi kipas sahaja menemani suasana mereka.

Medusa masuk ke dalam bilik tidurnya selepas menidurkan Arshal Raess. Dia duduk dibirai katil diambil sekeping gambar dimana seorang bayi didalam dukungan seorang wanita iaitu dialah wanita tersebut yang sedang mengendong anak lelaki, Arshal Raess. Terlakar senyuman manis pada bibir wanita itu seperti menang loteri. Terharu yang teramat yang dia rasakan semasa bayi lelaki itu lahir ke dunia. Dia merasakan sesuatu yang terindah buatnya walaupun ketika itu dia ditinggal dan dipermainkan oleh seorang insan yang bersifat syaitan. Bayangkan dia keseorangan terkontang kanting menangung kesakitan itu.

Medusa mengusap perlahan gambar itu sebelum disimpan rapi didalam laci meja soleknya. Medusa melihat dirinya pada pantulan cermin. Bibir dicarik senyuman sinis. Dia bukanlah Ershal Sophia yang dulunya lemah selalu mengharapkan orang dan mudah terpedaya. Dia, Medusa seorang wanita berkuasa yang mampu menghancurkan hidup seseorang. Kali ini dia bangkit demi anaknya. Dia akan balas juga apa yang mereka lakukan kepadanya suatu hari nanti. Wajah wajah yang memusnahkan kehidupannya itu masih segar dalam ingatan dan tak pernah dia lupakan sehingga dendam kesumat terkabul.









Ershal Sophia| 22.29

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang