11

595 58 1
                                    

Medusa memandang gadis yang berada didepan dia ini bibirnya ternaik sedikit. Dia ada perjumpaan bersama client tak sangka client dia datang dengan keluarganya. Pada mulanya dia agak terkejut tetapi lama kemudian bibirnya mengukir senyuman seram. 

"Minta maaf sebab menyusahkan Cik Medusa untuk datang ke sini" ucap Tuan Emri. Lupa pula dia harini makan besar keluarganya. Memang adat turun temurun keluarga mereka setiap tahun akan sambut dengan makan besar di luar ataupun di rumah.

Medusa menghadiahkan senyuman.

"Tak apa, I pun memang on the way tadi nasib Tuan Emri call kalau tak memang I pergi terus pejabat you jela" ujar Medusa. Tuan Emri ketawa kecil.

"Ehh kalau tak keberatan why not you join kitaorang makan lagipun sekarang dah masuk waktu dinner-"

"Tak payahlah papa Cik Medusa mesti ada hal selepas ni. Kan Cik Medusa?" celah Emilia Rose. Dia menjeling Medusa tidak suka. Tuan Emri seperti serba salah terhadap Medusa. Dia memandang wajah Medusa meminta untuk menyetuju untuk makan malam sekali. Lagipun Medusa ini rakan kongsi dia jugak tak salahkan dia mahu mengajak makan sekali.

"Sure!" kata Medusa tanpa ragu ragu. Tuan Emri senyum lega apabila Medusa setuju. Dia memanggil pelayan untuk mengambil pesanan. Medusa tanpa rasa bersalah mengambil tempat duduk di sebelah Tuan Emri. Emilia Rose dan Emir Uwais sudah memberi renungan tajam padanya. Renungan seperti mahu menelannya. Tapi apa dia kisah?

Sekali sekala mereka bersembang tentang perniagaan. Sekali juga Medusa menoleh kearah isteri Tuan Emri yang hanya fokus pada makanan tanpa menghiraukan mereka. Dia seperti tidak berminat untuk mencelah. Medusa menjeling Emir yang sedari tadi menguis makanan langsung tidak disentuh makanan itu. Orang kaya biasalah tiada adab dengan makanan. Miskin nanti makanan dalam tong sampah pun dikutip makan.

Dia menjeling tidak menghiraukan panahan tajam Emilia langsung menyuap makanan ke dalam mulutnya. Menjengkelkan orang disini!

Deringan telefon meminta untuk Medusa angkat. Medusa meminta diri dan berlalu ke tandas perempuan. Dia melihat nama yang tertera. Butang hijau ditekan dan telefon di bawa ke telinga.

"Hello"

"Med, kau ada kat mana?" tanya Maria. Riak wajahnya terpapar resah. Ibu jari digigit sekali sekala kepala menoleh melihat Arshal yang baring lemah diatas katil. Didahinya Maria sudah letak cool fever untuk mengurang sugu panas badannya.

"Hotel. Kenapa?" Medusa membuka pili air untuk membasuh tangan.

"Arshal demam" terus terhenti Medusa dari membasuh tangan. Dia tersentak sekejap apabila Maria menyebut nama Arshal.

"Kau dah bawak dia pergi hospital?" Kini giliran dia pula yang resah. Dia tidak bokeh kalau apa apa kaitan dengan Arshal auto fikiran tidak waras hatinya jadi tak tenang. Rasa gelisah menyerbu dirinya.

"Dah, selepas jumpa doktor berkurang sikitlah panas dia cuma kalau boleh kau balik cepat sikit dia meracau panggil kau tadi" Medusa mengangguk tidak betah berlama terus panggilan Maria diletak. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari tandas satu susuk badan ramping menghalang laluannya.

"Tak sangka kau berani sampai macam ni Medusa or should I call you Ershal?" Emilia Rose senyum sinis. Medusa menghela nafas malas. Malas betul mahu melayan perempuan gila ni.

"What do you want?" jeda Medusa. Emilia Rose meringgis. Dia memintal rambutnya sambil berfikir.

"Bagi aku anak kau then aku tutup mulut. Deal?" Medusa mengetap bibir. Benda macam inilah dia takut terjadi dan ia terjadi sekarang. Medusa cuba menenangkan dirinya supaya tidak berbuat perkara yang tidak sepatutnya.

"Mesti Emir pun tak tahu pasal benda ni kan?" sambung Emilia galak. Dia merasakan kemenangan berpihak padanya apabila melihat wajah kelat yang terhias di wajah Medusa.

"You nak buat apa dengan anak I?"

"Aku akan ambil apa yang sepatutnya jadi hak keturunan aku. Disebabkan dia benih dari adik aku dia juga salah seorang keturunan aku. Tak salahkan aku nak ambil hak aku?" ujar Emilia.

Medusa ketawa tangan disilang memandang atas bawah tubuh Emilia yang sedikit rendah darinya.

"Sejak bila you pandai tentang keturunan ni? I ingat pandai habiskan duit je. Lagi satu you tak ada hak langsung untuk ambil anak I dari I sebab dulu pun adik you tak pernah mengaku budak tu dari benih dia. So apa hak yang you nak cakap ni?" bidas Medusa bersahaja tetapi kasar nadanya. Dulu kemain tidak mengaku sekarang lain pula.

"Ke you nak I ingatkan you, Emilia Rose" sambung Medusa dengan nada mengejek.

"Kau ni-" Emilia Rose mengangkat tangan tinggi ingin menampar Medusa tetapi Medusa dengan tangkas menangkap pergelangan tangan Emilia.

"Oops oops relax la why nak marah marah ni. Anyways I rasa macam panas la kat sini I balik dulu. Bye" Medusa melambai Emilia yang sedang berang.

Wajah Emilia Rose menahan amarah. Nak saja dia tarik rambut Medusa. Makin berani perempuan tak tahu malu ni. Medusa mengibas rambut sehingga terkena wajah Emilia. Dia mengukir senyuman. Emilia menghentak kaki tidak puas hati sambil matanya merenung tajam kearah susuk tubuh Medusa yang berlalu pergi.

Medusa sempat meminta diri untuk balik kerana ada hal. Nasib Tuan Emri tidak bertanya banyak. Terus Medusa mengorak langkah keluar dari situ. Risau dengan keadaan anaknya.













Ershal Sophia|14.54

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang