12

551 63 5
                                    

Maria bersandar di daun pintu. Jatuh kasihan kadang kadang melihat seorang wanita sedaya upaya membesarkan anak seoramg diri dengam hidup yang tunggang langgang. Dia tabiklah pada wanita seperti Medusa kalaulah dia mungkin mati jalan yang dia pilih. Itulah kehidupan wanita kuat apabila adanya anak iaitu akar teguh yang menarik dia bangkit untuk hidup. Wanita tidaklah sekuat lelaki tetapi lelaki tidaklah setabah seperti wanita.

Medusa memerah kain lalu disapu diseluruh anggota badan Arshal. Sesekali Arshal mengeliat kecil apabila titisan air jatuh mengena kulitnya.

"Poor my boy. Don't be sick like this, u made mami worry about you" bisik perlahan sambil mengelap lengan Arshal. Risau dia dengan Arshal yang jarang demam tiba tiba demam teruk sampaikan bila makan saja muntah. Nasib ada Maria untuk bantu dia kalau tak apalah jadi.

Selesai mengelap badan anaknya Medusa mengambil besen yang berisi air itu keluar bersamanya melintasi tubuh Maria. Maria melihat bayang Medusa dihujung matanya. Terus dia tutup pintu bilik itu perlahan supaya tidak menganggu Arshal yang sedang nyenyak lena itu. Maria mengorak langkah turun tangga menuju ruang tamu. Tak mahu menganggu Medusa yang tidak stabil emosinya.

Medusa menyelak perlahan pintu bilik kerjanya. Kakinya melangkah lemah masuk ke dalam bilik itu. Dia merebahkan tubuh diatas sofa. Fikirannya melayang tentang apa yang diperkatakan oleh Emilia Rose. Dia takut apabila Emir tahu tentabg kewujudan Arshal Raess. Medusa menghela nafas berat matanya menatap lama siling. Fikirannya bercelaru sekarang serabut sangat. Terasa jiwanya kosong pemandangan gelap gelita seperti dikambus tanah hitam sehinggakan tidak mampu melihat apa apa objek hanya hitam sahaja dia nampak.

Emir bermain jarinya disekitar gelas arak tersebut. Dirinya rasa tidak tenteram semenjak kedatangan Medusa dalam hidupnya. Apa yang dia paling risau apabila Medusa mula menyentuh tunangnya. Dirinya seperti terperangkap dalam kandang singa yang bila bila masa boleh menerkam dirinya. Dia meringis lantas meneguk minuman arak itu.

Emilia Rose yang baru turun itu pelik apabila melihat Emir seorang diri di island kitchen bar dengan botol arak didalam gengamannya. Sengaja dia turun untuk minum air terasa tekaknya haus. Tatkala dia turun tak sangka melihat adiknya yang sudah lama tidak meneguk minuman haram itu meneguk dengan sukanya. Kira kira orang dalam rumah ini semuanya sudah lelap rupanya silap Emir masih belum lagi lelap selalunya peraturan dalam rumah ini tepat pukul sepuluh memang wajib gelap.

Emilia Rose berdehem membetulkan gaun tidur kemudian kakinya mengorak langkah mendekati Emir. Masa paling tepat untuk dia beritahu tentang hal anak Medusa. Silap, anak Emir. Medusa hanyalah manusia yang perlu dia lenyap untuk kebaikan hidupnya. Kerusi disebelah Emir ditarik lantas melabuhkan punggung. Dia menggelengkan kepala melihat adiknya itu. Dengan rambut kusut masai seperti orang kena paksa bersihkan kandang kuda yang penuh najis.

Emir senyum separa mabuk sambil menghulur minuman arak itu kepada Emilia. Emilia merampas kasar lalu diletak perlahan botol arak itu. Emir merasakan jiwanya tenang sekejap apabila meneguk minuman haram itu. Jika tidak fikirannya penuh tentang Medusa. Mental! itu yang dia rasakan. Emilia memandang botol kaca arak itu sahaja tidak rasa ingin meneguk minuman arak itu. Emilia memusing tubuhnya menatap tajam adiknya yang sedang melayan perasaan.

"Emir" panggil Emilia. Emir menoleh memandang kakaknya kemudian kembali meneguk arak.

"Aku nak kau rampas balik hak kau yang Medusa telah ambil" ujar Emilia tegas. Emir mengerut dahi tidak mengerti apa yang diucapkan oleh Emilia. Sudahlah dia serabut tentang Medusa kenapa perlu Emilia panaskan nama perempuan itu waktu sekarang. Baru sahaja dia mahu merasakan ketenangan sudah dilamun rasa serabut.

"Hak apa yang kakak cakap ni? Medusa? apa benda ni" ujar Emir keliru. Emilia merenggus kasar. Bengap sungguh adiknya seorang ni mahu memahami.

"Anak kau. Anak kau tak mati tapi ada pada Medusa" serentak mata Emir membulat. Dia memandang Emilia tidak percaya. Setahu dia anak dalam kandungan Medusa sudah meninggal daripada info yang diberi oleh penyiasat upahannya.

"Tapi bukan-"

"Tidak. Hilal tipu kau dan aku sendiri dengar dia bercakap dengan seseorang tentang anak kau. Dengar sini Emir, kau mesti rampas balik hak kau jangan lemah jangan beri muka langsung pada dia. Ingat Emir kau lelaki harus pertahankan hak kau!" ujar Emilia dengan nada tegas. Dia perlu menghasut Emir untuk menghapuskan Medusa. Bila syaitan sudah menghasut manusia begitulah perangainya tidak ubah seperti syaitan. Sanggup  menghancurkan kehidupan seseorang demi kepentingan sendiri. Malahan sanggup melakukan perbuatan keji itu dengan tidak rasa bersalah sekalipun.

Wajahnya sedaya menyakinkan Emir untuk merampas kembali hak mereka. Emir mengengam penumbuk erat bibirnya diketap bengang apabila mengetahui hal yang sepatutnya dia tahu terasa dirinya dibodohkan hidup hidup. Perasaannya bercampur baur tak sangka Hilal sanggup menipu dia setelah berkhidmat bertahun lamanya hanya untuk perempuan kejam itu. Fikirannya tidak waras lagi hanya disebabkan hasutan kakaknya.

Bodohnya seorang Emir Uwais hanya menurut segala arahan wanita bertopengkan syaitan tanpa menyiasat adakah sahih atau tidak apa yang keluar dari mulut Emilia Rose. Seperti lembu dicucuk hidung. Melihat wajah merah padam Emir bibir Emilia menguntum senyuman kemenangan.

Aku perlu jumpa Hilal, gumam Emir Uwais. Dia perlu tahu kenapa Hilal buat dia sedemikian. Hatinya bagaikan dirobek apabila mengetahui Hilal menikam belakangnya. Matanya penuh dengan amarah kalau meleyapkan Hilal bokeh meredakan hatinya ini pun di sanggup. 

Hati Emilia senang melihat ekspresi wajah yang ditunjuk oleh Emir. Senyum sinis terukir di bibir Emilia setelah meracuni fikiran Emir. Tak lama lagi kau akan aku hapuskan Medusa!. Mereka berdua ini ibarat adik beradik syaitan tetapi menyerupai manusia. Tidak ada beza jika berada bersama syaitan.

Emilia menuang arak dalam gelas kaca kemudian meneguk dengam rasa senang hati. Tidak menghiraukan Emir yang sedang bengang itu. Apa yang dia mahu, pasti akan tercapai. Termasuklah kemahuannya untuk menghapuskan Medusa. Gadis kolot yang sentiasa membuatkan dirinya terasa diancam oleh perwatakan gadis itu.










Im so sorry... lately ni busy sangat but  dont worry saya akan update jugak okies! dont forget to vote and also comment












Ershal Sophia|20.55

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang