4

862 63 2
                                    

Medusa dan Emir Uwais bangun lalu berjabat tangan. 

"I berminat dengan projek yang you utarakan. Jadi, Boleh kita lanjutkan ke peringkat seterusnya supaya kita boleh bekerjasama dalam projek ini?"

"Saya berterima kasih atas kerjasama Cik Medusa dalam pelaburan yang Cik buat. Kami menerima pelaburan Cik Medusa seperti mana yang tertulis hitam putih atas kertas perjanjian. Saya juga berharap, Cik akan terus melabur dengan syarikat ini," hujah Emir Uwais. Kata kata Emir membuat senyuman Medusa melebar. Misi pertamanya sudah berjaya.

Membuat Emir Uwais merana dan melutut padanya. Itulah tujuan sebenarnya.

"I minta diri dulu." pamit Medusa. Emir menghantar Medusa melalui pandangan hinggalah kelibat wanita itu tidak kelihatan. Emir masih tertanya tanya adakah itu gerangan yang dia kenali? atau bukan. Dia mengusutkan rambutnya. Dia tidak boleh fokus teringat akan wajah wanita itu.

Umaira yang masuk ke dalam pejabat tuannya itu pelik. Hatinya berdebar debar ada yangtidak kena ke?. Dia berjalan perlahan ke meja tuannya.

Bum! 

Terkejut Emir dibuatnya. Emir merenung tajam kearah setiausahanya. Umaira menunduk bawah takut dengan renungan tajam Emir. Dia pun tak tahu kenapa tanganya gedik sangat mahu menghentak meja itu. 

"You ingat I kawan you ke?" soal Emir dingin. Umaira mengemam bibir. tahu takut semasa buat tidak fikir akibatnya.

"Maafkan saya tuan. Tangan saya nilah gatal nak-" 

"Cukup. You nak apa?" Emir memintas percakapan Umaira. Dia langsung tidak memandang wajah setiausahanya. 

"Ni laporan dari jabatan dua," Umaira meletakkan fail itu diatas meja. 

"Saya keluar dulu," Emir mengangguk. Seketika dia tersedar lalu dia memanggil Umaira kembali.

"Umaira," Umaira yang berura ura mahu keluar menoleh. Emir memanggilnya dekat.

"Ada apa tuan?" tanya Umaira. Emir menyatukan tangannya memandang setiausahanya.

"Cari maklumat tentang Medusa," Umaira ragu ragu ingin membalas. Dia meramas jarinya wajahnya menunduk takut memandang wajah tuannya. 

"Tapi tuan-" ternaik kening Emir.

"Kenapa? tak boleh?" Umaira cepat cepat menggelengkan kepala. Emir tersenyum.

"Dah you boleh keluar," halau Emir. Umaira mengangguk perlahan dan melangkah longlai keluar dari pejabat Emir Uwais.

Sampai di tempat duduknya, Umaira mengeluh. Tuan dia ni pun satu tiada kerja lain ke nak bagi pada dia. Mana dia nak cari maklumat Medusa sudahlah semua fasal dia disembunyikan hanya butir tertentu sahaja disiarkan. Nampaknya dia kena minta pertolongan pakciknya, Widad. Umaira mendail nombor pakciknya. 

"Pakcik, pakcik kena tolong Maira" Umaira mencerita dari awal sampai habis. Namun balasan pakciknya tidak. 

"Tak mahu," balas Widad tetap dengan pendiriannya. Umaira mencemik ingin menangis terasa mahu bunuh diri sahaja saat ini. Tetapi dia tidak berputus asa terus dia memujuk pakciknya sehinggalah pakciknya menyetuju untuk menolongnya.

"Yalah nanti pakcik cari,"Widad  mengalah. Bukan dia tak tahu anak buahnya ini selagi tak dapat apa yang dia mahu selagi itulah dia tidak habis kacau. Sudahlah kerja ini dikira mencerobohi privasi orang. Umaira bersorak gembira. Terus panggilan dimatikan bibirnya tidak lekang dari senyuman. 

Meduaabersandar di badan kereta sambil menunggu anaknya keluar dari tadika. 

"Mami!" jerit Arshal Raess. Dia melambai tangan kearah maminya. Seorang wanita paruh baya memimpin tangan kecil Arshal Raess jalan kearah Medusa. Medusa menyimpul senyuman dia mendapatkan anaknya itu. 

"Anak mami," Medusa mendukung si anak lalu mengucup tepi dahi anaknya. Puan Zetty tersenyum melihat keakraban ibu dan anak itu.

"Ini begnya Cik Medusa" Dia menghulur beg Arshal kepada Medusa.

"Thank you Cik Zetty," ucap Medusa. Puan Zetty mengangguk lalu kembali masuk ke dalam tadika itu. Medusa membuka pintu sebelah penumpang memberi laluan untuk Arshal masuk. Setelah memastikan anaknya masuk dengan selamat barulah dia masuk kereta di bahagian pemandu.

"Mami," panggil Arshal.

"Yes baby boy," sahut Medusa dalam masa yang sama matanya masih memandang depan. Tangannya ligat memusing stereng kereta. 

"Kawan Raess cakap orang berbinkan Abdullah tu anak haram. Kiranya Raess ni anak haram jugak ke mami?" tersentak Medusa mendengar soalan anaknya. Mulutnya bagaikan dikunci tak tahu dia mahu membalas apa.

"M-mana ada," balas Medusa tersekat sekat.

"Habistu mana ayah Raess? Raess pun nak ayah macam orang lain. Kawan kawan semua balik dengan ayah diaorang," sayu sahaja dia mendengar luahan anaknya. Medusa menghela nafas dia.

Maafkan mami sayang...

" Raess kan dah ada mami. Raess sayang mami tak?" ujar Medusa cuba memanipulasikan anaknya. Dia tidak mahu anaknya membuka cerita perihal siapa ayahnya. Bila diingatkan rasa sakit di hati semakin membuak buak. 

"Sayang!" ujar Raess lalu kepala diangguk berkali kali. Medusa senyum melihat anaknya.

"Raess nak makan apa? mami masakkan," soal Medusa menceriakan keadaan kembali. 

Arshak Raess senggih lalu jarinya naik mengetuk dagu berfikir sesuatu. 

"Raess nak makan roti sardin gulung. Raess tengok dekat televisyen tadika tadi nampak macam sedap je orang tu buat," kata Raess. 

"Alright baby boy," balas Medusa. Arshal Raess menepuk tanagn gembira. Medusa menggeleng kepala melihat telatah sang anak.

Telefon berdering kuat menyentak Medusa yang sedang menghadap laptop itu. Dia mencapai telefon itu lalu melihat nama yang tertera pada skrin telefon itu.

Maria

Terus butang hijau dileretkan. Telefon dibawa ke telinga manakala matanya masih tumpu pada skrin laptop.

"Hello," sapa Medusa.

"Medusa, you ingat event esok?" 

"Of course," balas Medusa. Maria mengangguk.

"Good. Jaga diri you elok elok," pesan Maria. Medusa ketawa kecil.

"I know Maria," seraya dia menamatkan panggilan itu. Bibirnya menyenget Medusa tidak sabar hendak memulakan misi dia. Tidak sabar ingin melihat kehancuran Emir Uwais, raja syaitan itu. 








Ershal Sophia| 21.04

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang